Tuesday 14 June 2011

Soalan & Skema T5 Pertengahan Tahun 2011

(100 MARKAH)

Jawab Lima soalan.
Soalan 1 wajib dijawab dan pilih empat soalan yang lain.

1. a. i. Berikan pengertian wahyu
[ 2 markah ]

ii. Nyatakan dua ciri wahyu .
[ 4 markah ]

b. i. Senaraikan dua prinsip Rabbaniyyah?
[ 4 markah ]

ii. Nyatakan dua cara untuk menerapkan sifat Rabbaniyyah dalam diri kita.
[ 4 markah ]

c. i. Berikan dua contoh perkara yang tidak mampu difikirkan oleh akal.
[ 2 markah ]

ii. Nyatakan dua sebab Allah SWT merahsiakan perkara ghaib dari pandangan manusia.
[ 4 markah ]

2. a. Terangkan dua ciri pengaruh asing yang bertentangan dengan Islam.
[ 4 markah ]

b. i. Nyatakan maksud ibadat khusus berserta dua contoh.
[ 4 markah ]

ii. Berikan dua perbezaan antara ibadat umum dan ibadat khusus.
[ 4 markah ]

c. i. Huraikan dua peranan rasul.
[ 4 markah ]

ii. Nyatakan dua sebab Rasul bersifat maksum.
[ 4 markah ]

3. a. i. Nyatakan dua tanggunggjawab rakyat terhadap pemerintah.
[4 markah ]

ii. Terangkan dua sebab setiap rakyat berhak mendapat pendidikan yang sempurna.
[ 4 markah ]

b. i. Nyatakan empat sumber kehakiman Islam.
[ 4 markah ]

ii. Huraikan dua kriteria untuk menjadi hakim.
[ 4 markah ]

c. Nyatakan dua cara untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar
[ 4 markah ]

4. a. i. Jelaskankan dua ujian terhadap keluarga melalui harta.
[ 4 markah ]

ii. Senaraikan dua sumber harta yang haram beserta contohnya.
[ 4 markah ]

b. i. Nyatakan dua jenis pekerjaan yang digalakkan oleh Islam.
[ 4 markah ]

ii. Huraikan dua matlamat bekerja menurut Islam.
[ 4 markah ]

c. Jelaskan dua sebab Islam menetapkan batasan dalam pemilikan harta.
[ 4 markah ]

5. a. i. Berikan pengertian hak milik.
[ 2 markah ]

ii. Terangkan tiga golongan yang tidak layak mengurus harta.
[ 6 markah ]

b. i. Sebagai seorang pelajar, jelaskan dua cara anda berbelanja ke jalan yang diredhai Allah SWT.
[ 4 markah ]

ii. Nyatakan empat ciri sistem muamalah Islam.
[ 4 markah ]

c. Jelaskan dua implikasi sekiranya hidup tanpa bekerja.
[ 4 markah ]

6. a. i. Jelaskan dua syarat yang membolehkan sesuatu pekerjaan itu dianggap sebagai ibadah.
[ 4 markah ]

ii. Terangkan dua etika kerja menurut Islam.
[ 4 markah ]

iii. Nyatakan dua kelebihan bekerja makan gaji berbanding bekerja sendiri.
[ 4 markah ]

b. Nyatakan dua perkara yang membezakan antara sistem perundangan Islam dengan sistem perundangan ciptaan manusia.
[ 4 markah ]

c. Senaraikan empat contoh pengaruh asing yang merosakkan pemikiran umat Islam.
[ 4 markah ]





7. a. i. Berikan dua keburukan monopoli.
[ 4 markah ]

ii. Terangkan dua cara untuk mengatasi perbuatan monopoli.
[ 4 markah ]

b. Nyatakan dua faedah mengamalkan perundangan Islam kepada masyarakat.
[ 4 markah ]

c. i. Terangkan dua sumbangan alam terhadap manusia.
[ 4 markah ]

ii. Nyatakan empat faedah memelihara alam.
[ 4 markah ]



KERTAS SOALAN TAMAT


SKEMA PEMARKAHAN


SULIT

No Soalan
Contoh Jawapan
Markah

1



a)
( i )
Kalam Allah yang diturunkan kepada para nabi dan rasul melalui perantaraan malaikat Jibril (1m) atau secara terus daripada Allah (1m).

2 isi x 1 markah

( ii )
i. Datang daripada Allah. (1m) bukan ciptaan manusia (1m).
ii. Kebenaran yang mutlak (1m) dan bukan bersifat relatif (1m).
iii. Menerangkan perkara ghaib (1m) yang tidak dapat dijangkau oleh akal manusia (1m).
iv. Diturunkan kepada nabi dan rasul (1m) dan tidak kepada manusia biasa (1m).
v. Tidak mampu dipinda oleh manusia (1m) kerana mutu bahasanya yang tinggi (1m).
vi. Tidak diturunkan selepas kewafatan Rasulullah SAW (1m) kerana tiada lagi rasul selepas Rasulullah SAW.
vii. Melalui perantaraan malaikat Jibril (1m) atau secara langsung daripada Allah SWT (1m).

2 isi x 2 markah

b)
( i )
i. Allah SWT sebagai pemberi peraturan hidup.
ii. Islam dan seluruh makhluk merupakan hak kepunyaan Allah SWT.
iii. Islam agama yang diwahyukan Allah SWT dan bukan ciptaan manusia.
iv. Islam satu pegangan yang jitu dan bersih daripada kekurangan, kejahilan dan dorongan hawa nafsu.

2 isi x 2 markah

( ii )
i. Berakhlak mulia (1m) seperti menghormati orang tua (1m).
ii. Beriman kepada Allah SWT (1m) dan tidak mensyirikkannya (1m).
iii. Berjihad (1m) melalui harta / tenaga / nyawa / untuk meninggikan agama Allah SWT (1m).
iv. Bekerja kerana Allah SWT untuk mendapatkan keredhaanNya (1m).
v. Meninggalkan segala laranganNya (1m) seperti tidak berjudi dll (1m).
vi. Mengerjakan segala perintah Allah SWT (1m) seperti mengerjakan solat / menutup aurat dll (1m).

2 isi x 2 markah

c)

( i )
i. Syurga.
ii. Neraka.
iii. Alam kubur / Barzakh.
iv. Hari Kiamat / Akhirat / Kesudahan.
v. Timbangan / Mizan.
2 isi x 1 markah


No Soalan
Contoh Jawapan
Markah


( ii )
i. Bukti kekuasaan Allah SWT.
ii. Menguji iman manusia kepadaNya.
2 isi x 1 markah

2
(a)

i. Memuja manusia (1m) secara berlebihan (1m).
ii. Menafikan kekuasaan Allah SWT (1m) ke atas manusia (1m).
iii. Memberi kebebasan bertindak (1m) tanpa batasan (1m).

2 isi x 2 markah

( b )
( i )

Amalan khusus yang disyariatkan oleh Allah SWT (1m) sama ada fardhu atau sunat (1m).

Contoh solat, puasa, zakat, haji, zikir, membaca al-Quran, berdakwah dll (2 markah)
Pengertian :
2 isi x 1 markah

Contoh :
2 isi x 1 markah


( ii )

Bil
Ibadat Umum
Ibadat Khusus
1. Amalan harian yang dilakukan bertepatan dengan ajaran Islam dan diniatkan kerana Allah SWT. Segala perbuatan yang dilakukan oleh setiap individu secara khusus berhubung dengan Allah SWT.


2.
Menghubungkan antara manusia dengan manusia.
Menghubungkan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah SWT.

2 isi x 1 markah















( c )
( i )
i. Menyeru manusia mentauhid dan menyembah Allah (1m) dan tidak mensyirikkanNya (1m).
ii. Mengajar dan menerangkan perkara-perkara ghaib (1m) seperti syurga / neraka dll (1m).
iii. Menyampaikan berita gembira (1m) tentang nikmat syurga (1m).
iv. Memberi amaran azab (1m) tentang siksa neraka (1m)
v. Mengajar manusia cara beribadat yang betul (1m) seperti cara solat (1m).




2 isi x 2 markah



No Soalan
Contoh Jawapan
Markah



(ii)
i. Menjadi contoh / teladan kepada manusia.
ii. Menolak hujah orang mengingkari ajaran Rasul
iii. Menjamin kewibawaan para Nabi dan Rasul.
iv. Menyakinkan manusia kebenaran risalah yang dibawanya.
v. Memelihara kemuliaan dan keaslian wahyu daripada penyelewengan

2 isi x 2 markah


3.




a)
(i)
i. Bekerjasama mempertahankan negara (1m) dari ancaman musuh (1m).
ii. Menumpukan taat setia kepada negara (1m) agar dapat meningkatkan pencapaian negara (1m).
iii. Menuntut ilmu (1m) untuk sama-sama memaju / membangunkan negara (1m).
iv. Menghormati kebebasan beragama (1m) agar kesejahteraan negara dapat dinikmati (1m).
v. Menjaga keamanan dan keharmonian (1m) agar hidup aman (1m).

2 isi x 2 markah


(ii)
i. Rakyat mampu menjadi warga yang bermanfaat (1m) kepada diri sendiri / keluarga / masyarakat / negara (1m).
ii. Supaya sama-sama dapat membangunkan negara (1m) supaya lebih maju / disegani (1m).
iii. Pemimpin bertanggungjawab membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti (1m) bagi memajukan rakyatnya (1m)

2 isi x 2 markah


(b)
(i)
i. Al-Quran.
ii. Al-Hadis.
iii. Al-Ijmak.
iv. Al-Qias.
4 isi x 1 markah


(ii)
i. Beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT (1m) kerana dapat melindungi hakim daripada sifat mazmumah (1m).
ii. Memiliki berbagai ilmu dan kemahiran (1m) kerana penguasaan ilmu membolehkan para hakim mengendalikan penghakiman dengan saksama (1m).
iii. Berwibawa dan dihormati (1m) agar penghakimannya diterima oleh masyarakat (1m).




2 isi x 2 markah



No Soalan
Contoh Jawapan
Markah



iv. Bijaksana / berpandangan jauh (1m) agar menghasilkan keputusan dan jalan penyelesaian yang menyeluruh (1m).
v. Berani / Tegas (1m) agar tidak tunduk kepada tekanan dan desakan dalam merealisasikan keadilan (1m).
vi.

(c)
i. Belajar bersama (1m) seperti menerusi belajar dalam kumpulan (1m).
ii. Mengadakan persatuan pelajar / kelab (1m) seperti Kelab Kembara dll (1m).
iii. Menerusi aktiviti sukan / permainan (1m) seperti Sukan Tahunan (1m).

Jawapan munasabah diterima.
2 isi x 2 markah


4.




(a)
(i)
i. Harta musnah dalam bencana (1m) seperti kebakaran / banjir dll (1m).
ii. Hidup tidak tenteram / ketakutan (1m) seperti khuatir harta dirompak dan sebagainya (1m).
iii. Lalai dalam menunaikan ibadat wajib seperti solat / zakat / haji (1m) kerana sibuk mencari harta / takut hartanya berkurangan (1m).

2 isi x 2 markah


(ii)
i. Harta yang diperoleh secara zalim (1m) seperti menipu / mencuri / monopoli (1m).
ii. Harta yang diperoleh dengan cara menindas orang lain (1m) seperti riba / manipulasi / rasuah / pecah amanah (1m).
iii. Harta yang diperoleh melalui barangan haram (1m) seperti menjual arak / dadah / khinzir / berhala dll (1m).
iv. Harta yang diperoleh melalui perkhidmatan yang tidak diakui oleh syarak (1m) seperti menilik nasib / ceti haram dll (1m).

2 isi x 2 markah


(b)
(i)
i. Bekerja makan gaji (1m) seperti di sektor awam atau swasta / menjadi doktor (1m).
ii. Bekerja sendiri (1m) seperti berniaga / bertani dll (1m)
2 isi x 2 markah


(ii)
i. Mencari rezeki yang halal (1m) untuk menyara diri dan keluarga (1m).
ii. Membangun / memajukan ekonomi (1m) diri / keluarga / masyarakat / negara (1m).
2 isi x 2 markah



No Soalan
Contoh Jawapan
Markah



iii. Mengelakkan diri daripada bergantung kepada orang lain (1m) seperti tidak meminta-minta (1m).
iv. Mendapatkan keredhaan Allah SWT (1m) melalui pekerjaan yang halal (1m).


(c)
i. Mengelakkan manusia daripada berasa sombong (1m) dan terlalu mencintai harta dimilikinya (1m).
ii. Menyedarkan manusia bahawa dalam harta yang mereka miliki terdapat hak orang lain (1m) seperti hak orang miskin / anak yatim / kaum keluarga (1m).
iii. Menjadikan manusia sentiasa bersyukur / tidak terlalu kecewa jika harta mereka diperlukan untuk kepentingan awam (1m) seperti pembinaan hospital / sekolah dll (1m).

2 isi x 2 markah


5.


(a)
(i)
Sesuatu harta yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hambaNya untuk dimiliki dan dimanfaatkan (1m) seperti rumah / tanah dsb (1m).

2 isi x 1 markah



(ii)

Bil
Perkara
Huraian
1. Anak yatim. Tidak layak mengurus harta sehingga mencapai umur dewasa.


2.
Kanak-kanak.
Tidak layak mengurus harta kerana belum mencapai tahap kematangan berfikir / tidak dapat membezakan kebaikan dengan keburukan.

3.
Orang yang terencat akal / lemah akal / safih.
Tidak layak mengurus harta kerana tidak mampu membuat penilaian yang sempurna berasaskan keutamaan.

4.
Gila / Tidak siuman.
Tidak layak mengurus harta kerana tidak boleh mengurus harta dengan baik.








Isi 1 markah, Huraian 1 markah.


No Soalan
Contoh Jawapan
Markah




(b)
(i)
i. Membeli keperluan persekolahan (1m) seperti buku / pakaian seragam dan sebagainya (1m).
ii. Berbelanja dengan berhati-hati (1m) agar tidak membazir (1m).
iii. Mengutamakan perbelanjaan untuk keluarga terdekat (1m) untuk menjamin kesejahteraan keluarga (1m).
iv.
2 isi x 2 markah


(ii)
i. Adil kepada semua pihak.
ii. Mendatangkan manfaat kepada kedua-dua pihak.
iii. Tiada penipuan.
iv. Redha antara kedua belah pihak.
v. Tidak membebankan mana-mana golongan.
4 isi x 1 markah

(c)
i. Hidup dalam kesempitan / tidak mempunyai wang (1m) bagi memenuhi keperluan hidup (1m).
ii. Tersisih oleh masyarakat (1m) kerana sering meminta-minta (1m).
iii. Menimbulkan masalah social (1m) seperti lepak / berpeleseran (1m).
iv. Masalah jenayah akan berleluasa (1m) seperti mencuri / menyamun / ragut (1m).
v. Kuasa beli kurang (1m) kerana tidak mempunyai wang (1m).
2 isi x 2 markah

6.



(a)
(i)
i. Pekerjaan yang halal / diizinkan oleh syarak (1m) seperti berkebun / bertani / guru dll (1m).
ii. Tidak melalaikan seseorang daripada beribadah (1m) seperti tidak tinggal solat (1m).
iii. Pekerjaan yang tidak mengganggu kepentingan awam (1m) dan alam sekitar (1m).

2 isi x 2 markah


(ii)
i. Bekerja dengan ikhlas kerana Allah SWT (1m) bagi mendapatkan keredhaanNya (1m).
ii. Amanah dalam melaksanakan kerja (1m) seperti tidak ponteng (1m).
iii. Bekerja dengan tekun / bersungguh-sungguh (1m) seperti menepati waktu (1m).
iv. Sentiasa mematuhi arahan ketua (1m) seperti menyiap tugasan tepat pada waktunya (1m).
v. Sentiasa meningkatkan produktiviti (1m) yang berkualiti (1m).

2 isi x 2 markah


(iii)
i. Dapat merancang waktu cuti dan berehat kerana bekerja telah ditentukan.
ii. Mendapat kemudahan perkhidmatan, tempat tinggal, perubatan dan elaun.

2 isi x 2 markah



No Soalan
Contoh Jawapan
Markah









iii. Kualiti dan produktiviti tidak dipikul secara bersendirian tetapi dipikul oleh majikan.
iv. Kuirang menanggung risiko kerana semua risiko untung dan rugi ditanggung oleh majikan.
v. Boleh merancang pendapatan tetap dan stabil.

(b)

Bil
Perundangan Islam
Perundangan Ciptaan Manusia
1 Ciptaan Allah SWT. Ciptaan manusia.
2 Bersifat universal. Bersifat setempat.
3 Sesuai untuk semua tempat dan zaman. Sesuai hanya pada sesuatu tempat dan keadaan sahaja.
4 Al-Quran dan al-Hadis sebagai rujukan. Pemikiran manusia sebagai sumber rujukan.
5. Lengkap dan merangkumi dunia dan akhirat. Merangkumi dunia sahaja.
6. Mengingkarinya berdosa dan mematuhinya mendapat pahala. Melanggarnya akan dikenakan tindakan di dunia.

2 isi x 2 markah


















(c)
i. Kapitalisme.
ii. Sekularisme.
iii. Liberalisme.
iv. Materialisme.
v. Sosialisme.
vi. Komunisme
4 isi x 1 markah


7.

(a)
(i)
i. Melahirkan sifat tamak / pentingkan diri.
ii. Ekonomi akan terjejas / negara mundur.
iii. Harga barangan melambung tinggi.
iv. Berlakunya pergaduhan.
2 isi x 2 markah



(ii)
i. Memberi didikan agama (1m) kepada masyarakat (1m).
ii. Mengadakan kempen (1m) melalui media-massa (1m).
iii. Menggubal undang-undang (1m) anti-monopoli (1m).
iv. Mengenakan hukuman yang berat kepada mereka yang mengamalkan monopoli (1m) supaya mereka insaf (1m).

2 isi x 2 markah



No Soalan
Contoh Jawapan
Markah


(b)
i. Mengelakkan perpecahan dan pergaduhan (1m) sesama sendiri (1m).
ii. Mengukuhkan hubungan silaturrahim (1m) tanpa mengira agama / keturunan / budaya (1m).
iii. Melahirkan masyarakat yang aman (1m) dan sejahtera (1m)

2 isi x 2 markah



(c)
(i)
i. Menyediakan keperluan manusia (1m) seperti makanan dan minuman (1m).
ii. Mengekalkan sistem semula jadi (1m) seperti kawasan tadahan hujan (1m).
iii. Memudahkan pergerakan manusia (1m) seperti melalui sungai / udara / laut (1m).
iv. Mengawal pencemaran udara (1m) melalui proses fotosintesis yang menghasilkan oksigen (1m).

2 isi x 2 markah



(ii)
i. Mengawal suhu bumi.
ii. Mengekalkan keindahan.
iii. Mengawal bencana alam.
iv. Mengelakkan kepupusan habitat tumbuhan / haiwan.
4 isi x 1 markah







PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

Soalan & Skema T4 Pertengahan Tahun 2011

(100 MARKAH)

Jawab Lima soalan.
Soalan 1 wajib dijawab dan pilih empat soalan yang lain.

1. a. i. Apakah maksud Rububiyyah?
[ 2 markah ]

ii. .Nyatakan dua konsep Rububiyyah.
[ 4 markah ]

b. i. Terangkan dua cara media massa mempengaruhi pemikiran umat Islam dengan budaya kuning.
[ 4 markah ]

ii. Jelaskan dua tindakan yang perlu anda lakukan untuk menghindari budaya kuning.
[ 4 markah ]

c. i. Nyatakan bahagian alam.
[ 2 markah ]

ii. Senaraikan empat cara memelihara alam.
[ 4 markah ]

2. a. Jelaskan dua peranan mukjizat Rasul.
[ 4 markah ]

b. i. Nyatakan dua contoh pengaruh asing yang bertentangan dengan Islam.
[ 4 markah ]

ii. Terangkan dua ciri ajaran sesat seperti mana yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
[ 4 markah ]

c. i. Terangkan dua ciri akal.
[ 4 markah ]

ii. Senaraikan empat perkara yang tidak mampu difikirkan oleh akal manusia tanpa bimbingan wahyu.
[ 4 markah ]

3. a. i. Nyatakan dua ciri wahyu.
[4 markah ]

ii. Berikan dua perbezaan antara akal dan wahyu.
[ 4 markah ]

b. i. Terangkan dua peranan Rasul.
[ 4 markah ]




ii. Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda dapat mencontohi Rasul-Rasul Ulul-Azmi.
[ 4 markah ]

c. Nyatakan empat keistimewaan manusia yang membezakannya dengan ciptaan Allah SWT yang lain.
[ 4 markah ]

4. a. i. Terangkan dua kesan buruk ajaran sesat kepada masyarakat Islam..
[ 4 markah ]

ii. Huraikan dua ciri pengaruh asing yang bertentangan dengan Islam.
[ 4 markah ]

b. i. Nyatakan dua keistimewaan wahyu al-Quran.
[ 4 markah ]

ii. Senaraikan dua keistimewaan Islam sebagai agama wahyu yang terakhir.
[ 4 markah ]

c. Huraikan dua perlakuan yang merosakkan akal.
[ 4 markah ]

5. a. i. Berikan pengertian ilmu fardhu ain.
[ 2 markah ]

ii. Nyatakan tiga kepentingan mempelajari ilmu fardhu kifayah kepada individu.
[ 6 markah ]

b. i. Nyatakan dua cara berfikir yang menepati syariat.
[ 4 markah ]

ii. Kemukakan dua cara mensyukuri nikmat akal yang dikurniakan kepada kita.
[ 4 markah ]

c. Huraikan dua kesan fahaman anti- hadis kepada umat Islam.
[ 4 markah ]

6. a. i. Berikan dua konsep uluhiyyah Allah SWT.
[ 4 markah ]

ii. Kemukakan dua perbezaan orang yang beragama dan tidak beragama.
[ 4 markah ]

iii. Nyatakan empat asma ul-husna Allah SWT.
[ 4 markah ]

b. Nyatakan dua sebab beberapa orang Rasul digelar Ulul-Azmi.
[ 4 markah ]

c. Huraikan dua sebab Allah SWT mencipta manusia di atas muka bumi ini.
[ 4 markah ]

7. a. i. Huraikan dua daripada perkara berikut :-

i. Irhas.
ii. Istidraj.
iii. Maunah.
[ 4 markah ]

ii. Nyatakan empat sifat yang mustahil bagi Rasul.
[ 4 markah ]

b. Huraikan dua tanggungjawab insan sesama insan.
[ 4 markah ]

c. i. Terangkan dua sumbangan alam terhadap manusia.
[ 4 markah ]

ii. Nyatakan empat faedah memelihara alam.
[ 4 markah ]



KERTAS SOALAN TAMAT




SKEMA PEMARKAHAN



No Soalan
Contoh Jawapan
Markah

1



a)
( i )
Keyakinan / iktikad dalam hati secara mutlak bahawa Allah SWT yang mentadbirkan semua benda di dunia ini (1m) dan tiada pentadbir lain melainkan Allah SWT yang Maha Esa / Kuasa (1m).
2 isi x 1 markah

( ii )
i. Allah SWT Pencipta / Pemilik / Pentadbir alam.
ii. Allah SWT berkuasa memberi sesuatu menurut kehendakNya.
iii. Kekuasaan Allah SWT meliputi langit dan bumi.
2 isi x 2 markah

b)
( i )
i. Menyalurkan hiburan yang keterlaluan / melalaikan (1m) seperti Rock / Black Metal dll (1m).
ii. Menyemai budaya yang bertentangan dengan Islam (1m) seperti Valentine’s Day dll (1m).

2 isi x 2 markah

( ii )
i. Menjauhkan diri daripada orang-orang yang terlibat dengan budaya kuning.
ii. Bergaul dengan para ulama.
iii. Mendalami ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.
iv. Mengamalkan budaya tempatan yang positif.
v. Menjadikan Islam sebagai cara hidup.
2 isi x 2 markah

c)

( i )
i. Alam Musyahadah.
ii. Alam Ghaib.
2 isi x 1 markah


( ii )
i. Memelihara alam dan segala isinya daripada kemusnahan.
ii. Mengawal penebangan hutan.
iii. Merancang kawasan pembangunan / perindustrian.
iv. Memelihara keindahan sungai.
v. Mengawal pencemaran udara.
vi. Mengekalkan habitat haiwan.
vii. Mengawal penggunaan bahan galian.
2 isi x 2 markah

2.
(a)
( i )
i. Membuktikan kebenaran / kenabian / kerasulan.
ii. Membuktikan kekuasaan Allah SWT.
iii. Melemahkan musuh-musuh.
2 isi x 2 markah


(b)
( i )
i. Sekularisme.
ii. Sosialisme.
iii. Kapitalisme.
iv. Liberalisme.
v. Komunisme.
4 isi x 1 markah


No Soalan
Contoh Jawapan
Markah



( ii )
i. Kepercayaan kepada rukun-rukun iman dan asas akidah yang tidak selaras dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (1m) seperti percaya ada kitab lain yang menyaingi / memansuhkan kitab suci al-Quran.
ii. Mempertikaikan kebenaran al-Quran dan Hadis (1m) seperti ajaran Bahai yang menentang / mentafsir al-Quran sesuka hati (1m).
iii. Mana-mana ketua kumpulan / orang yang mendakwa dirinya / orang lain sebagai nabi terakhir / Nabi Isa Alaihissalam / Imam al-Mahdi dll (2 isi).
iv. Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar di dunia sebagai agama yang sepatutnya menjadi anutan kepada umat manusia (2m).
v. Mentafsir / menghuraikan al-Quran dan Hadis sesuka hati (2m).
2 isi x 2 markah

( c )
( i )

i. Membezakan manusia dengan haiwan (1m) kerana melalui akal manusia dapat belajar (1m).
ii. Akal boleh berkembang (1m), semakin banyak berfikir akal semakin berkembang (1m).
2 isi x 2 markah


( ii )
i. Syurga.
ii. Neraka.
iii. Malaikat.
iv. Jin.
v. Roh.
vi. Alam kubur / barzakh.
vii. Sirat / Mizan dll
4 isi x 1 markah

3.
( a )
( i )
i. Datang daripada Allah SWT (1m) bukannya daripada seseorang (1m).
ii. Diturunkan kepada Nabi / Rasul (1m) bukannya orang awam (1m).
iii. Disampaikan melalui mimpi yang benar / di sebalik tabir / perantaraan malaikat Jibril / secara langsung dari Allah SWT (2m).
iv. Merupakan ajaran yang benar (1m) dan sesuai diamalkan sepanjang zaman (1m).
v. Tidak diturunkan selepas kewafatan Rasulullah SAW (1m) kerana tiada lagi Rasul selepas Rasulullah SAW (1m).
vi. Kebenaran wahyu adalah mutlak (1m) dan bukan relatif (1m).




2 isi x 2 markah




No Soalan
Contoh Jawapan
Markah



( ii )

Bil
Wahyu
Akal

1.
Diturunkan kepada Nabi dan Rasul.
Anugerah allah SWT kepada semua manusia.

2.
Berkebenaran mutlak.
Bersifat relatif.

3.
Tetap dan tidak berubah.
Berubah.


2 isi x 2 markah

( b )
( i )

i. Menyeru manusia mentauhid dan menyembah Allah (1m) dan tidak mensyirikkanNya (1m).
ii. Mengajar dan menerangkan perkara-perkara ghaib (1m) seperti syurga / neraka dll (1m).
iii. Menyampaikan berita gembira (1m) tentang nikmat syurga (1m).
iv. Memberi amaran azab (1m) tentang siksa neraka (1m)
v. Mengajar manusia cara beribadat yang betul (1m) seperti cara solat (1m).

2 isi x 2 markah


( ii )
i. Tidak mudah putus asa.
ii. Mempunyai keazaman yang tinggi.
iii. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT.
iv. Sanggup bersusah payah untuk Berjaya.
4 isi x 1 markah


(c)
i. Menjadi Rasul.
ii. Menjadi khalifah.
iii. Mempunyai fizikal.
iv. Memiliki akal fikiran.
v. Berbudaya dan bertamadun.
4 isi x 1 markah

4.
( a )
( i )
i. Masyarakat tidak aman (1m) kerana berlaku pergaduhan (1m).
ii. Hubungan silaturrahim terputus (1m) saling bermusuhan (1m).
iii. Berlaku pembunuhan / permusuhan / perceraian (1m) kerana taksub (1m).

2 isi x 2 markah








No Soalan
Contoh Jawapan
Markah



( ii )
i. Menafikan kekuasaan Tuhan / peranan wahyu (1m) dalam hidup manusia (1m).
ii. Memberi kebebasan kepada manusia bertindak (1m) tanpa batasan (1m).
iii. Menolak ayat-ayat al-Quran / al-Hadis (1m) mengikut logik / nafsu (1m).
iv. Menggalakkan manusia mencari harta kekayaan (1m) dengan apa cara sekalipun (1m).
v. Taasub kepada bangsa / darjat (1m) hingga mengasingkan agama dari kehidupan (1m).
vi. Memuja manusia (1m) secara berlebihan (1m).
vii. Berfahaman sempit (1m) berdasarkan bangsa / darjat / kaum / negeri /warna kulit dll (1m).
viii. Mengasingkan agama (1m) dari kehidupan (1m).
2 isi x 2 markah


( b )
( i )
i. Mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan (1m) untuk manusia menimbanya (1m).
ii. Merupakan rahmat kepada orang-orang yang beriman (1m) sebagai pegangan hidup (1m).
iii. Tidak dapat ditandingi (1m) oleh mana-mana kitab (1m).
iv. Terjamin dari sebarang perubahan / pemalsuan (1m) hingga hari kiamat (1m).
v. Menjawab semua permasalahan (1m) manusia (1m).
2 isi x 2 markah


( ii )
i. Lengkap / sempurna (1m) merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia (1m).
ii. Menggalakkan pembangunan (1m) tamadun manusia (1m).
iii. Datang daripada Allah SWT (1m) bukan ciptaan manusia (1m).
iv. Mudah diamalkan (1m) sesuai dengan fitrah manusia (1m).

2 isi x 2 markah


( c )
i. Memikirkan perkara-perkara yang negatif.
ii. Mengambil makanan / minuman yang merosakkan akal seperti arak.
2 isi x 2 markah


5.
( a )
( i )
Ilmu yang berkaitan dengan amalan yang wajib diketahui / diamalkan oleh setiap umat Islam (1m). Contoh ilmu syariah / akidah / akhlak (1m).

2 isi x 1 markah
(Pengertian 1 markah, Contoh 1 markah)





No Soalan
Contoh Jawapan
Markah



( ii
i. Dapat memajukan diri (1m) ke tahap yang lebih baik (1m).
ii. Mengelakkan dirinya daripada ditindas oleh orang lain (1m) kerana jahil (1m).
iii. Menjadi seorang yang dihormati / disegani (1m) oleh masyarakat (1m).

3 isi x 2 markah


(b )
( i )
i. Berfikir untuk mencari kebenaran (1m) seperti berfikir tentang kebesaran Allah SWT (1m).
ii. Berfikir untuk memaju / memakmurkan alam (2m).
iii. Berfikir untuk mereka / mencipta sesuatu peralatan (1m) yang boleh dimanfaatkan oleh manusia sejagat (1m).
iv. Berfikir untuk memajukan diri / keluarga / masayarakat / negara (1m) dengan lebih baik (1m).
v. Memikirkan perkara-perkara positif (1m) bukannya negatif (1m).
vi. Berfikir secara rasional (1m) seperti keputusan Saiyidina Othman membukukan al-Quran (1m).

2 isi x 2 markah


( ii)
i. Tidak menggunakan akal untuk memikirkan perkara-perkara maksiat / merosakkan.
ii. Memikirkan kebesaran / keagungan Allah SWT.
iii. Membuktikan kebenaran syariat Islam.
iv. Memikirkan cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
v. Menjana kemajuan / keharmonian / kedamaian hidup manusia.
2 isi x 2 markah


( c )
i. Hilang rasa hormat kepada nabi yang menjadi pilihan Allah SWT (1m) sebagai utusannya (1m).
ii. Menolak al-Quran (1m) kerana al-Quran memerintahkan manusia supaya menerima al-Hadis (1m).
iii. Umat Islam akan berpecah-belah (1m) kerana akan terdapat banyak pendapat dalam mentafsirkan hal-hal agama (1m).
iv. Ajaran al-Quran yang bersifat umum tidak akan dapat difahami (1m) seperti cara solat / zakat / haji (1m).




2 isi x 2 markah






No Soalan
Contoh Jawapan
Markah

6.
( a )
( i )
i. Mengakui hanya Allah SWT yang layak disembah dan ditaati.
ii. Paksi utama keimanan kepada Tauhid Uluhiyyah ialah kalimah syahadah.
iii. Orang yang tidak beriman dengan Tauhid Uluhiyyah menjadi sesat.
2 isi x 2 markah


( ii )

Bil
Orang Yang Beragama
Orang Yang Tidak Beragama

1.
Sentiasa reda dengan segala ketentuan Allah SWT.
Berasa keluh-kesah / kecewa / putus-asa dan akhirnya melakukan kemudaratan kepada diri.

2.
Bersyukur dengan nikmat Allah.
Menggunakan nikmat ke arah maksiat.

3.
Melakukan sesuatu dengan ikhlas untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.
Melakukan sesuatu untuk kepentingan diri / mengharapkan pujian / sanjungan.

4.
Memiliki jiwa yang teguh / mantap di atas prinsip kebenaran.
Mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang merosakkan.

5.
Memiliki kesempurnaan akhlak.
Berakhlak buruk.



2 isi x 2 markah



























(iii)
i. Ar-Rahman.
ii. Ar-Rahim.
iii. Al-Malik.
iv. Al-Quddus
(Lain-lain nama Allah SWT diterima)

4 isi x 1 markah


( b )
i. Sebagai penghormatan / pengiktirafan dari Allah SWT atas keteguhan hati / penderitaan yang mereka tempuh (1m) semasa berdakwah (1m).
ii. Mereka tetap sabar / tidak putus asa (1m) malah sentiasa berdoa agar Allah SWT memberikan hidayah kepada kaum mereka (1m).
iii. Kesabaran mereka amat tinggi (1m) sebagaimana diakui oleh Allah SWT (1m).

2 isi x 2 markah


No Soalan
Contoh Jawapan
Markah

iv. Tidak memohon Allah SWT timpakan azab kepada kaum mereka (1m) walaupun boleh berbuat demikian (1m).
v. Memiliki keazaman / keteguhan jiwa yang begitu tinggi (1m) semasa berdakwah (1m).



( c )
i. Beribadat / mengabdikan diri kepadanya (1m) seperti solat dll (1m).
ii. Menjadi khalifah (1m) di atas muka bumi (1m).
2 isi x 2 markah

7.
( a )
( i )

Bil
Perkara
Huraian

1.
Irhas
Perkara luar biasa yang berlaku kepada seseorang yang bakal dilantik oleh Allah SWT sebagai Rasul (1m) Contoh, Nabi Isa a.s boleh berkata-kata ketika masih bayi (1m).


2.
Istidraj
Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang derhaka kepada Allah SWT untuk menyesatkannya lagi (1m). Contoh, Qarun diberikan harta kekayaan yang banyak oleh Allah SWT.


3.
Maunah
Perkara luar biasa yang berlaku kepada umat Islam tanpa mempelajarinya (1m). Contoh, terlibat dalam kemalangan jalanraya yang dahsyat tetapi masih terselamat (1m)


2 isi x 2 markah




























( ii )
i. Al-Kizb (Berdusta).
ii. Al-Khiyanah (Pecah amanah).
iii. Al-Kitman (Menyembunyikan).
iv. Al-Baladah (Bodoh).
2 isi x 2 markah


( b )
i. Memelihara hak sesama manusia (1m) seperti memelihara hak jiran dll (1m).
ii. Sentiasa hormat-menghormati / bertoleransi (1m) agar negara aman / maju / harmoni (1m).
2 isi x 2 markah





No Soalan
Contoh Jawapan
Markah


(c)
(i)
i. Menyediakan keperluan manusia (1m) seperti makanan dan minuman (1m).
ii. Mengekalkan sistem semula jadi (1m) seperti kawasan tadahan hujan (1m).
iii. Memudahkan pergerakan manusia (1m) seperti melalui sungai / udara / laut (1m).
iv. Mengawal pencemaran udara (1m) melalui proses fotosintesis yang menghasilkan oksigen (1m).

2 isi x 2 markah



(ii)
i. Mengawal suhu bumi.
ii. Mengekalkan keindahan.
iii. Mengawal bencana alam.
iv. Mengelakkan kepupusan habitat tumbuhan / haiwan.
4 isi x 1 markah






PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

Wednesday 18 May 2011

Ting. 5 : Kelebihan Penyelesaian Masalah Secara Islam

KERTAS 1

BAHAGIAN A : Soalan Objektif

Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.

1. Kelebihan penyelesaian masalah secara Islam adalah....

i meneguhkan keimanan.
ii mewujudkan perpaduan ummah.
iii mencetuskan semangat juang.
iv memuaskan hati semua pihak.

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

2. Mengapakah penyelesaian masalah mesti dirujuk kepada orang yang berilmu?

A Kerana mereka lebih dekat dengan Allah s.w.t.
B Supaya penyelesaian dapat dibuat dengan senang.
C Kerana mereka berpengalaman dan memahaminya.
D Supaya masalah tersebut tidak berulang semula.

3. Ciri-ciri penyelesaian masalah menurut Islam:

i Menepati kehendak syarak.
ii Dilakukan secara sederhana.
iii Dilakukan secara bersungguh-sungguh.
iv Penyelesaian secara menyeluruh dan bersepadu.

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

4. Kepentingan semangat juang dalam kehidupan muslim dapat:

A mendisiplinkan diri.
B meningkatkan kefahaman.
C menambahkan keazaman.
D mencapai cita-cita dengan mudah.




5. Punca utama berlakunya masalah perpecahan umat ialah:

i kelemahan iman dan takwa kepada Allah.
ii hidup dalam kemiskinan.
iii tada kesedaran untuk mempertahankan Islam.
iv lemah dalam penguasaan ilmu sains dan teknologi.

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

6. Apakah peranan pemerintah untuk menyelesaikan masalah rasuah?

i Kempen memerangi rasuah.
ii Penguatkuasaan undang-undang.
iii Berusaha meningkatkan taraf ekonomi rakyat.
iv Memberi kesedaran tentang keburukan rasuah.

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

7. Penyelesaian masalah secara Islam ialah:

i bersifat keduniaan dan sementara.
ii berteraskan akhlak yang mulia.
iii berasaskan ketakwaan kepada Allah s.w.t.
iv berteraskan kepada sentimen dan emosi.

A i dan ii
B ii dan iii
C iii dan iv
D i dan iv

















BAHAGIAN B : Respon terhad

Soalan 8 hingga 14

Lengkapkan pernyataan berikut
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa


8.

Penyelesaian masalah yang dilakukan mengikut ____________ akan menjamin kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.


9.

Golongan kaya berkewajipan membantu golongan miskin melalui _________ sedekah dan derma.

10.

Setiap masalah dalam kehidupan manusia merupakan ______daripada Allah.

11.

Antara punca berlaku perpecahan umat ialah ______ dengan kemewahan hidup.

12.

Penyelesaian yang dibuat berpandukan ajaran Islam dapat menambahkan ___________kepada Allah s.w.t.

13.

Ciri-ciri penyelesaian masalah menurut Islam adalah _____________ dan bersepadu.

14.

Penyelesaian masalah secara konvensional berdasarkan ___________manusia.















Soalan 15 hingga 24

Untuk kegunaan Pemeriksa Tandakan (  ) pada pernyataan yang BETUL.
Tandakan ( x ) pada pernyataan yang SALAH.




15.
Penyelesaian masalah yang menepati kehendak syarak mendapat keredaan Allah s.w.t.


16.
Seseorang yang menyelesaikan masalah mengikut nafsu akan beroleh kejayaan.


17.
Pelaksanaan undang-undang Islam memberikan jaminan keadilan terhadap umat Islam dan bukan Islam.


18.
Umat Islam dituntut supaya menyelesaikan sesuatu masalah mengikut kehendak syarak.


19.
Penyelesaian masalah secara Islam menghubungkan kehidupan di dunia dengan akhirat.


20.
Penyelesaian masalah secara Islam berteraskan nilai-nilai akhlak yang murni.


21.
Penyelesaian masalah secara konvensional bermatlamat kebahagiaan dunia dan akhirat.


22.
Sumber penyelesaian masalah menurut Islam berdasarkan akal pemikiran semata-mata.

23.
Penyelesaian masalah hendaklah berteraskan sentimen dan emosi.

24.
Masyarakat mestilah meraikan dan memuliakan agama semua kaum untuk menjamin perpaduan ummah.














Soalan 25 hingga 32

Tentukan pernyataan di bawah dengan menandakan ( X ) dan ( Y ) dalam ruangan yang disediakan.

X Cara Islam Y Cara Konvensional

Untuk kegunaan pemeriksa Pernyataan Jawapan

25. Sumbernya berasaskan pemikiran manusia.
26. Matlamatnya adalah untuk dunia dan akhirat.

27.
Dapat menambahkan keyakinan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.
28. Lebih berteraskan kepada sentimen dan emosi.
29. Penyelesaian masalah bersifat mendidik jiwa hamba.

30.
Sumber utama penyelesaian masalah ialah al-Quran dan al-Hadis.
31. Bersifat keduniaan dan sementara.
32. Menjauhkan diri daripada rahmat Allah s.w.t.

















Soalan 33 hingga 34

Lengkapkan dengan jawapan yang sesuai:














Nyatakan perkara P dan Q dalam carta di atas.

33. P : ____________________________

34. Q : ____________________________





























KERTAS 2
Soalan 35 hingga 48

Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.

1. Nyatakan kelebihan penyelesaian masalah menurut Islam.

2. Terangkan kesan positif terhadap keperibadian seseorang yang menyelesaikan masalah menurut Islam.

3. Bagaimanakah penyelesaian masalah secara Islam dapat mewujudkan ketenangan dan kemantapan dalam kehidupan ummah?

4. Huraikan cara penyelesaian masalah secara Islam dapat menguatkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah swt.

5. Nyatakan contoh masalah yang dihadapi oleh umat Islam.

6. Bagaimanakah Islam menyelesaikan masalah kemiskinan ummah.

7. Terangkan cara Islam menyelesaikan masalah kejahilan ummah.

8. Terangkan sumbangan anda dalam usaha membasmi kejahilan masyarakat.

9. Huraikan cara membasmi gejala rasuah menurut Islam.

10. Terangkan cara Islam menangani perpecahan dalam masyarakat.

11. Jelaskan punca berlakunya masalah perpecahan umat.

12. Jelaskan ciri-ciri penyelesaian masalah secara Islam?

13. Jelaskan perbezaan antara penyelesaian masalah secara Islam dan konvensional?

14. Jelaskan keburukan penyelesaian masalah secara konvensional.














Jawapan




KERTAS 1
BAHAGIAN A

1. A 2.B 3.C 4.A 5.C 6.B 7.B 8. Syariat Islam/Al-Quran

9. Zakat 10. Ujian 11. Leka/Lalai 12. Keimanan

13. Menyeluruh 14. Akal Pemikiran

BAHAGIAN B

15. Betul 16. Salah 17. Betul 18. Betul 19. Betul 20. Betul

21. Salah 22. Salah 23. Salah 24. Salah

25. Y 26. X 27. X 28. Y 29. X 30. X

31. Y 32. Y

33. P : Meneguhkan keimanan/mewujudkan perpaduan.

34. Q : Mewujudkan perpaduan/meneguhkan keimanan.























KERTAS 2

1. Kelebihan penyelesaian masalah menurut Islam ialah
• Meneguhkan keimanan dan ketakwaan
• Memperkukuhkan keperibadian muslim
• Mewujudkan perpaduan dan persaudaraan ummah
• Mewujudkan semangat juang dan bermotivasi

2. Kesan positif ke atas keperibadian seseorang yang menyelesaikan masalah secara Islam ialah;
• Reda dengan ketentuan Allah s.w.t. ke atas dirinya.
• Sentiasa optimis dan yakin dengan diri sendiri.
• Memperoleh ketenangan dan kemantapan jiwa.
• Berani dan sanggup berkorban mempertahankan kesucian agama.
• Sentiasa tabah dan teguh pendirian walaupun diuji dengan pelbagai cabaran.
• Rajin berusaha.

3. Penyelesaian masalah secara Islam dapat mewujudkan ketenangan dan kemantapan dalam kehidupan;
• Tiada lagi perasaan dendam dan iri hati.
• Masyarakat akan hidup dengan berkasih sayang dan hormat-menghormati.
• Tiada lagi ancaman jenayah dalam masyarakat.
• Segala masalah dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan adil

4. Penyelesaian masalah secara Islam dapat menguatkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah swt
• Dapat menambahkan keyakinan kepada Allah swt.
• Manusia menjadi lebih dekat kepada Allah swt.
• Mengakui kesucian dan kesempurnaan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt.
• Manusia hanya berharap dan bergantung semata-mata kepada Allah swt.

5. Contoh masalah yang sering dihadapi oleh umat Islam ialah;
• Masalah kemiskinan
• Masalah kejahilan
• Masalah rasuah
• Masalah perpecahan masyarakat.

6. Cara Islam menyelesaikan masalah kemiskinan ummah ialah;
• Mewajibkan umatnya yang berkemampuan mengeluarkan zakat.
• Menggalakkan umatnya membantu golongan yang memerlukan.
• Menuntut umatnya supaya bekerja secara bersungguh-sungguh.
• Mewajibkan umatnya menuntut ilmu.






7. Cara Islam menyelesaikan masalah kejahilan ummah ialah;
• Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu.
• Memberi kesedaran dan motivasi kepada umat Islam agar menuntut ilmu.
• Menggalakkan umatnya melakukan penyelidikan dan pengkajian dalam sesuatu isu yang berbangkit.
• Menuntut umatnya menghayati al-Quran.

8. Sumbangan saya untuk membasmi kejahilan masyarakat ialah;
• Membantu mengadakan majlis ilmu seperti ceramah.
• Mengedarkan risalah tentang kepentingan ilmu pengetahuan.
• Turut serta dalam usaha membasmi buta huruf.
• Mengajak rakan-rakan berusaha mendalami ilmu pengetahuan.

9 Cara Islam membasmi gejala rasuah ialah;
• Menanam keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt.
• Takutkan azab Allah swt.
• Kempen perangi rasuah yang dijalankan oleh pihak berwajib.
• Memberi kesedaran tentang keburukan perbuatan memberi dan menerima rasuah.
• Mengenakan tindakan yang tegas dan berat ke atas penerima dan pemberi rasuah.

10. Cara Islam menangani perpecahan dalam masyarakat ialah;
• Pelaksanaan undang-undang Islam memberi jaminan keadilan terhadap umat Islam dan bukan Islam.
• Masyarakat bebas mengamalkan undang-undang dan adat resam masing-masing.
• Masyarakat mestilah menghormati agama serta kepercayaan semua kaum.
• Melaksanakan keadilan kepada semua manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

11. Punca berlakunya perpecahan umat ialah;
• Kelemahan iman dan takwa kepada Allah swt.
• Lemah dalam penguasaan ilmu sains dan teknologi.
• Tiada kesedaran untuk mempertahankan Islam dan umat Islam.
• Leka dengan kemewahan hidup.

12. Ciri-ciri penyelesaian masalah secara Islam ialah;
• Penyelesaian dilakukan secara menyeluruh.
• Dilakukan secara bersungguh-sungguh.
• Merujuk kepada orang yang berilmu.
• Menepati kehendak Islam/syarak.








13. Perbezaan penyelesaian masalah secara Islam dan konvensional ialah
Cara Islam Cara Konvensional

1.Sumber utama penyelesaian
masalah daripada Allah swt iaitu al-
Quran dan al-Hadis.
1.Sumbernya berasaskan kefahaman
rasional manusia yang terbatas.

2.Matlamat atau objektifnya adalah
untuk dunia dan akhirat.
2.Bersifat keduniaan dan sementara.

3.Dapat menambahkan keyakinan
dan ketakwaan kepada Allah swt.
3.Menjauhkan diri daripada rahmat
Allah swt.

4.Penyelesaian berteraskan nilai-nilai
akhlak yang murni.
4.Lebih berteraskan kepada sentimen
dan emosi.

14. Keburukan penyelesaian masalah secara konvensional ialah;
• Hidup mereka terumbang-ambing
• Jiwa tidak tenteram.
• Mudah berputus asa apabila menempuh kesusahan dalam hidup.
• Mudah terpengaruh dengan godaan syaitan.
• Tidak mendapat rahmat Allah s.w.t.

Ting. 5 : Isu Dan Cara Penyelesaian Masalah

KERTAS 1

BAHAGIAN A : Soalan Objektif

Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.

1. Berikut merupakan cara mewujudkan perpaduan ummah menurut Islam, kecuali:-

A bekerjasama antara satu sama lain.
B bertoleransi dalam semua perkara.
C sayang-menyayangi antara satu sama lain.
D hormat-menghormati antara satu sama lain.

2. Islam menyelesaikan masalah perpecahan masyarakat dengan cara.....

A membangunkan ekonomi negara.
B menunaikan semua permintaan rakyat.
C mengadakan majlis kenduri dan sukan.
D melaksanakan keadilan kepada semua manusia.

3. Antara langkah untuk mengatasi masalah pengangguran ialah_________

A memberi elaun sara hidup.
B memberi kursus kemahiran.
C menanggung perbelanjaan harian.
D menggalakkan rakyat memberi sedekah.

4. Berikut merupakan cara mewujudkan jati diri ummah.

i Melalui latihan bina semangat.
ii Melalui perancangan yang kemas.
iii Melalui penguasaan ilmu dan kemahiran.
iv Melalui penggunaan sumber tenaga yang baik.

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv








5. Kesaksamaan sosial dapat dibentuk melalui akhlak Islam dengan cara:

i bertawakal dalam setiap tindakan.
ii mensyariatkan kewajipan zakat.
iii melakukan kebajikan dengan ikhlas.
iv pritahin terhadap penderitaan orang lain.

A i dan ii
B ii dan iii
C iii dan iv
D i dan iv

6. Langkah penyelesaian isu adalah

i melalui Sosial.
ii melalui Akidah.
iii melalui Syariat.
iv melalui Akhlak.

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

7. Kecemerlangan pendidikan boleh di bentuk melalui

i disiplin dan menepati masa.
ii membuat analisis dan kajian.
iii membina sekolah-sekolah baru.
iv membaca bagi menambah ilmu.

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

8. • Islam mensyariatkan hukum jihad.
• Umat Islam perlu mengamalkan akhlak mulia.
• Islam mengharamkan perbuatan yang mencetuskan huru-hara.

Pernyataan di atas berkaitan dengan:

A Jaminan keselamatan dalam Islam.
B Keadilan sosial dalam Islam.
C Kecemerlangan pendidikan dalam Islam.
D Perpaduan ummah dalam Islam.





BAHAGIAN B : Respon terhad

Soalan 9 hingga 17

Lengkapkan pernyataan berikut
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa


9.
_____________ ummah bermaksud sebuah masyarakat yang hidup sayang-menyayangi antara satu sama lain.


10.
Jaminan ______________ adalah kesediaan melindungi keselamatan terhadap agama, akal, harta, maruah dan negara.


11.
Kekuatan _________ masyarakat adalah pemangkin kemajuan dan kemakmuran negara.


12.
Islam mensyariatkan hukum menuntut ilmu sebagai satu ___________ ke atas semua penganutnya.


13.
Sistem ekonomi yang teguh memerlukan masyarakat yang bersifat kreatif, inovatif dan ____________


14.
Kecemerlangan _______________ bermaksud kejayaan dalam keperibadian manusia yang melibatkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek.


15.
Sikap ______________ dalam berbelanja dapat mewujudkan kekuatan ekonomi ummah.


16.
Ummah yang mempunyai ____________ sentiasa mempunyai wawasan dalam kehidupan serta mampu menguruskan diri untuk menghasilkan produktiviti yang berkualiti.


17.
____________ asas kepada pembinaan jati diri umah.










Soalan 18 hingga 27

Tulliskan istilah yang bersesuaian dengan pernyataan berikut di dalam ruangan yang disediakan.
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa


18.
Sedia menghormati atau menerima pendapat orang lain yang berbeza dengan pendirian sendiri.



19.
Segala perkara yang berkaitan dengan masyarakat.



20.
Kepercayaan dan keyakinan yang kuat terhadap Allah.



21.
Mempunyai daya pengeluaran yang aktif.



22.
Menghasilkan atau membawa pembaharuan ke arah yang lebih baik.



23.
Tingkah laku, etika, moral atau sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang.


24.
Keteguhan dan ketahanan hati dalam menghadapi dugaan hidup dengan penuh keredhaan.



25.
Kepatuhan hamba kepada pencipta-Nya melalui tindakan dan perbuatan.



26.
Segala hukum dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. kepada manusia.


27.
Mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.









Soalan 28 hingga 29

Lengkapkan carta berikut:

















Nyatakan perkara P dan Q bagi rajah di atas

28. P : ____________________________

29. Q : ____________________________

Soalan 30 berdasarkan rajah di bawah.

Lengkapkan dengan jawapan yang sesuai:
















30. P : ___________________





KERTAS 2

Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.

1. Apakah maksud perpaduan ummah?

2. Jelaskan cara mewujudkan perpaduan ummah.

3. Cadangkan cara - cara memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar.

4. Terangkan cara Islam menyelesaikan masalah perpaduan ummah dari aspek akidah.

5. Terangkan cara Islam menyelesaikan masalah perpaduan ummah dari aspek syariat.

6. Terangkan cara Islam menyelesaikan masalah perpaduan ummah dari aspek akhlak.

7. Jelaskan kesan penyelesaian masalah perpaduan ummah secara Islam.

8. Huraikan kesan perpaduan ummah terhadap negara.

9. Nyatakan pengertian Kecemerlangan Pendidikan menurut Islam.

10. Jelaskan cara - cara untuk membentuk kecemerlangan dalam pendidikan.

11. Huraikan cara - cara Islam menyelesaikan masalah keciciran umat Islam dalam pendidikan melalui aspek akidah.

12. Huraikan cara Islam menyelesaikan masalah keciciran umat Islam dalam pendidikan melalui aspek syariat.

13. Huraikan cara Islam menyelesaikan masalah keciciran umat Islam dalam pendidikan melalui aspek akhlak.

14. Jelaskan kesan kecemerlangan pendidikan dalam Islam.

15. Jelaskan implikasi kemiskinan terhadap masyarakat.

16. Jelaskan implikasi kemiskinan terhadap negara.

17. Senaraikan faktor kemiskinan dalam kalangan umat Islam.

18. Bagaimanakah cara membasmi kemiskinan dalam masyarakat?

19. Bagaimanakah cara Islam menjana kekuatan ekonomi melalui akidah.

20. Bagaimanakah cara Islam menjana kekuatan ekonomi melalui syariat.

21. Bagaimanakah cara Islam menjana kekuatan ekonomi melalui akhlak.

22. Nyatakan pengertian kekuatan ekonomi.

23. Jelaskan kesan penyelesaian masalah ekonomi secara Islam.

24. Nyatakan maksud jati diri ummah.

25. Jelaskan cara untuk mewujudkan jati diri ummah.

26. Jelaskan kesan jati diri ke atas umat Islam.

27. Penyelesaian masalah secara Islam dapat meneguhkan keimanan kepada Allah s.w.t. Sarankan langkah-langkah positif untuk memelihara iman.

28. Nyatakan pengertian toleransi.

29. Terangkan contoh toleransi di dalam kelas.

30. Nyatakan pengertian jaminan keselamatan.

31. Terangkan cara - cara Islam menyelesaikan isu jaminan keselamatan melalui akidah.

32. Terangkan cara - cara Islam menyelesaikan isu jaminan keselamatan melalui syariat.

33. Terangkan cara Islam menyelesaikan isu jaminan keselamatan melalui akhlak.

34. Sarankan langkah-langkah mewujudkan jaminan keselamatan.

35. Nyatakan kesan jaminan keselamatan dalam kehidupan.

36. Nyatakan maksud kesaksamaan sosial.

37. Jelaskan cara mewujudkan kesaksamaan sosial menurut Islam.

38. Terangkan cara - cara Islam menjana kesaksamaan sosial melalui akidah.

39. Terangkan cara - cara Islam menjana kesaksamaan sosial melalui syariat.

40. Terangkan cara Islam menjana kesaksamaan sosial melalui akhlak.

41. Nyatakan kebaikan kesaksamaan sosial dalam kehidupan.

42. Bagaimanakah cara institusi zakat boleh meningkat ekonomi negara dan umat Islam.

43. Berikan contoh pengabaian solat.

44. Terangkan cara mengatasi masalah pengabaian solat dalam kalangan pelajar.

45. Jelaskan cara menangani gejala lepak dalam kalangan remaja Islam masa kini.

46 Nyatakan faktor – faktor berlakunya jenayah ragut.

47. Bagaimanakah cara mengatasi masalah jenayah ragut?

48. Mengapakah para remaja begitu leka dan asyik dengan hiburan?

49. Kemukakan dua cadangan untuk menyekat fenomena asyik dengan hiburan yang keterlaluan.

50. Jelaskan faktor yang menyebabkan ajaran sesat masih berleluasa masa kini.

51. Cadangkan langkah-langkah untuk membendung ajaran sesat.

52. Kegiatan lumba haram makin berleluasa. Mengapakah perkara ini berlaku?

53. Berikan cadangan anda untuk mengatasi kegiatan lumba haram.

54. Apakah faktor yang menyebabkan berlaku gejala buli dalam kalangan pelajar.

55. Terangkan cara-cara mengatasi gejala buli dalam kalangan pelajar.

56. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya murtad.

57. Terangkan cara-cara mengatasi masalah murtad.

58. Mengapakah isu berkaitan makanan halal masih membelenggu umat Islam di Malaysia?

59. Kemukakan cara-cara untuk menangani isu makanan halal.

60. Mengapakah penularan penyakit AIDS semakin berleluasa dari hari ke hari?

61. Sarankan cadangan anda untuk mengatasi masalah murtad.

62. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan berlaku masalah ponteng di sekolah.

63. Cadangkan langkah-langkah mengatasi masalah ponteng di sekolah.












Jawapan





KERTAS 1
BAHAGIAN A

1. B 2.D 3.B 4.D 5.C 6.D 7.B 8.A


BAHAGIAN B

9. perpaduan 10. keselamatan 11. ekonomi 12. kewajipan

13. produktif 14. pendidikan 15. berhemah/berjimat

16. jati diri 17. berdisiplin 18. toleransi 19 sosial

20. akidah 21. produktif 22. inovatif 23. akhlak
24. sabar 25. ibadat 26. syariat 27. kreatif


27. P : Syariat/Akhlak

28. Q : Akhlak/Syariat

29. P : Bantu - membantu / tolong menolong antara satu sama lain.

















KERTAS 2

1. Perpaduan ummah bermaksud sebuah masyarakat yang hidup sayang-menyayangi dan hormat - menghormati antara satu sama lain.

2. Cara mewujudkan perpaduan ummah :
• Sayang-menyayangi antara satu sama lain.
• Bantu-membantu antara satu sama lain.
• Hormat-menghormati hak jiran.
• Menyemai nilai-nilai murni ke dalam jiwa umat Islam
• Memberi kesedaran tentang kepentingan perpaduan.
• Memperbanyak aktiviti yang boleh memupuk semangat perpaduan.

3. Cara memupuk perpaduan di kalangan pelajar
• Tolong-menolong antara satu sama lain.
• Bersikap toleransi dalam sesuatu perkara.
• Saling bermaafan apabila berlaku perselisihan.
• Berlemah lembut dalam sebarang keadaan.

4. Cara Islam menyelesaikan masalah perpaduan ummah dari aspek akidah.
• Kepercayaan dan keyakinan kepada akidah yang sama.
• Meyakini bahawa persaudaraan dan perpaduan tidak dapat dipisahkan.

5. Cara Islam menyelesaikan masalah perpaduan ummah dari aspek syariat
• Islam mewujudkan peraturan kewajipan berzakat dan sedekah.
• Islam mengharamkan perbuatan menyebarkan fitnah.

6. Cara Islam menyelesaikan masalah perpaduan ummah dari aspek akhlak
• Islam memerintah agar bersifat toleransi.
• Islam menyuruh umatnya menyeru kepada kebaikan dan mencegah kejahatan.

7. Kesan penyelesaian masalah perpaduan ummah secara Islam
• Umat Islam akan dihormati dan disegani.
• Dapat membentuk kekuatan ummah.
• Umat Islam akan diteladani dari segi sosial dan kerohanian.

8. Kesan perpaduan ummah terhadap negara
• Negara akan menjadi contoh kepada negara lain.
• Negara menjadi kuat.
• Ekonomi negara maju dan mantap.

9. Pengertian Kecemerlangan Pendidikan menurut Islam ialah keperibadian manusia yang melibatkan perkembangan jasmani,emosi rohani dan intelek yang dapat dilihat melalui sikap dan tindakan manusia terhadap persekitaran.

10. Cara – cara untuk membentuk kecemerlangan dalam pendidikan
• Melalui pembacaan
• Membuat kajian dan analisis
• Berdisiplin dan menepati masa
11. Cara Islam menyelesaikan masalah keciciran umat Islam dalam pendidikan melalui aspek akidah
• Yakin bahawa Islam menyuruh umatnya menuntut ilmu secara bersungguh-sungguh.
• Yakin bahawa orang yang berilmu akan dimuliakan oleh Allah s.w.t.

12. Cara Islam menyelesaikan masalah keciciran umat Islam dalam pendidikan melalui aspek syariat
• Islam mensyariatkan hukum wajib menuntut ilmu.
• Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu sepanjang hayat.

13. Cara Islam menyelesaikan masalah keciciran umat Islam dalam pendidikan melalui aspek akhlak
• Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu secara ikhlas.
• Berdedikasi dalam menuntut ilmu.
14. Kesan kecemerlangan pendidikan dalam Islam
• Budaya ilmu berkembang dalam setiap lapisan masyarakat.
• Negara menjadi maju.
• Umat Islam diteladani/dicontohi/disegani.

15. Kesan implikasi kemiskinan terhadap masyarakat:
• Dipandang hina oleh orang luar
• Tiada kemudahan asas
• Mutu kesihatan terjejas.
• Mutu pendidikan tidak meningkat.

16. Implikasi kemiskinan terhadap negara
• Dipandang hina oleh negara lain
• Tidak dapat menyediakan kemudahan asas
• Ditindas oleh negara kaya
• Pembangunan lembap

17. Faktor yang menyebabkan umat Islam berada dalam kemiskinan.
• Malas berusaha dengan lebih gigih
• Menganggap kemiskinan sebagai takdir yang tidak berubah.
• Tiada pendidikan dan kemahiran yang lengkap untuk berdikari.
• Pekerjaan yang dilakukan kurang berdaya maju.
• Tiada sikap berdaya saing.

18. Cara membasmi kemiskinan dalam masyarakat
• Bekerja dan berusaha secara bersungguh-sungguh.
• Memberi pendidikan yang sempurna.
• Memperbanyak peluang pekerjaan.
• Menyediakan skim pinjaman sebagai modal.
• Mewajibkan orang kaya bantu orang miskin/zakat.
• Menggalakkan umat Islam saling membantu.

19. Cara Islam menjana kekuatan ekonomi melalui akidah
• Meyakini bahawa membangunkan ekonomi merupakan cara mendekatkan diri kepada Allah.
• Memahami bahawa kefakiran membawa kekufuran.

20. Cara Islam menjana kekuatan ekonomi melalui syariat
• Islam menggalakkan umatnya mencari harta halal sebanyak mungkin.
• Islam menyediakan pelbagai kegiatan ekonomi seperti jual beli,gadaian dan sebagainya.


21. Cara Islam menjana kekuatan ekonomi melalui akhlak
• Islam mengkategorikan bidang pekerjaan sebagai ibadah.
• Islam menyuruh umatnya bekerja bersungguh-sungguh.
22. Pengertian kekuatan ekonomi ialah sistem ekonomi yang teguh dalam segala bidang seperti pengeluaran,pemasaran dan pendapatan negara.

23. Kesan penyelesaian masalah ekonomi secara Islam
• Umat Islam dapat menguasai ekonomi Islam
• Negara Islam sebagai pusat perdagangan yang terkemuka di dunia
• Negara Islam akan menjadi peneraju kepada perkembangan ekonomi.

24. Maksud jati diri ummah ialah memiliki daya kreativiti, inovatif dan produktif dalam melaksanakan pekerjaan.

25. Cara untuk mewujudkan jati diri ummah
• Melalui penguasaan ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang.
• Melalui perancangan yang kemas.
• Melalui penggunaan sumber tenaga yang baik dan berkesan.

26. Kesan jati diri ke atas umat Islam
• Dapat berdikari
• Umat Islam dihormati dan digeruni
• Umat Islam maju dan dicontohi oleh orang lain.

27. Langkah-langkah positif untuk memelihara iman
• Sentiasa menunaikan amalan fardu.
• Melakukan ibadat sunat
• Menjauhi perkara maksiat dan mungkar
• Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t.
• Sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t.

28. Pengertian toleransi ialah sedia menghormati atau menerima pendapat orang lain yang berbeza dengan pendirian sendiri.

29. Contoh toleransi di dalam kelas.
• Menghormati pandangan yang telah diberikan oleh rakan.
• Sedia menerima kritikan dan teguran daripada rakan-rakan.

30. Pengertian jaminan keselamatan ialah kesediaan melindungi keselamatan terhadap agama,nyawa,akal,harta,maruah dan negara.




31. Cara Islam menyelesaikan isu jaminan keselamatan melalui akidah
• Menyakini bahawa Allah s.w.t. mewajibkan setiap umat Islam menjaga keselamatan diri dan orang lain.
• Meyakini bahawa Islam melarang umatnya melakukan kekacauan dan huru - hara dalam negara.

32. Cara Islam menyelesaikan isu jaminan keselamatan melalui syariat
• Islam mensyariatkan hukum jihad mempertahankan negara
• Islam mengenakan hukuman yang berat kepada pemberontak dan pengancam keselamatan negara.

33. Cara Islam menyelesaikan isu jaminan keselamatan melalui akhlak
• Umat Islam dikehendaki mematuhi perundangan dan peraturan negara.
• Umat Islam perlu mengamalkan akhlak mulia.

34. Langkah-langkah mewujudkan jaminan keselamatan
• Melaksanakan perundangan Islam dalam kehidupan.
• Mengamalkan sikap toleransi.
• Sedia bekerjasama dengan orang lain.
• Tanamkan perasaan cintakan negara
• Mengamalkan cara hidup Islam

35. Kesan jaminan keselamatan dalam kehidupan.
• Keamanan dapat dikekalkan.
• Rakyat dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.
• Kehidupan masyarakat menjadi aman dan makmur.
• Rakyat rasa lebih selamat.

36. Maksud kesaksamaan sosial ialah keharmonian hubungan sesama manusia untuk menjauhi perkara yang menyebabkan perpecahan,perbalahan dan kekacauan.

37. Cara mewujudkan kesaksamaan sosial menurut Islam
• Sentiasa mewujudkan hubungan baik sesama manusia.
• Sentiasa membantu golongan yang tidak bernasib baik.
• Sentiasa melakukan kebajikan dengan ikhlas.

38. Cara Islam menjana kesaksamaan sosial melalui akidah
• Meyakini bahawa Allah s.w.t. memerintahkan hamba-Nya supaya prihatin kepada golongan yang tidak bernasib baik.
• Menyakini bahawa Islam melarang umatnya bermegah-megah.

39. Cara Islam menjana kesaksamaan sosial melalui syariat
• Islam mensyariatkan zakat bagi membantu golongan miskin.
• Islam menggalakkan golongan kaya bersedekah membantu golongan miskin.





40. Cara Islam menjana kesaksamaan sosial melalui akhlak
• Prihatin terhadap penderitaan dan kesengsaraan orang lain.
• Sentiasa melakukan kebajikan dengan ikhlas.
41. Kebaikan kesaksamaan sosial dalam kehidupan
• Menegakkan keadilan kepada semua ahli masyarakat.
• Mewujudkan kehidupan yang harmoni dalam masyarakat yang berbilang kaum.
• Tidak berlaku pergaduhan / kekacauan dalam masyarakat.
• Melahirkan masyarakat yang hormat – menghormati dan bekerjasama.

42. Cara institusi zakat boleh meningkat ekonomi negara dan umat Islam
• Menyediakan modal untuk memulakan / mengembangkan perniagaan.
• Memberi bantuan pembelajaran.
• Membantu fakir miskin menyara kehidupan mereka.

43. Contoh pengabaian solat ialah;
• Meninggalkan solat fardu.
• Melewatkan solat.
• Tidak menjaga kesempurnaan solat.
• Leka dalam solat/tidak kusyuk.

44. Cara mengatasi masalah pengabaian solat ialah;
• Ceramah tentang kewajipan solat.
• Memberi nasihat tentang kepentingan solat.
• Mendidik anak-anak solat sejak kecil.
• Mengenakan tindakan kepada orang yang mengabaikan solat.

45. Cara menangani gejala lepak dalam kalangan remaja ialah;
• Memberi didikan agama yang sempurna.
• Mengadakan kem motivasi / bina insan.
• Menganjurkan aktiviti yang berfaedah
• Mengeratkan hubungan kekeluargaan / kasih sayang yang secukupnya.
• Berhati-hati memilih rakan.

46. Antara faktor-faktor yang menyumbang berlakunya jenayah ragut:
• Iman tidak mantap.
• Didikan agama kurang / tiada asas agama.
• Mangsa cuai / lalai.
• Kurang kerjasama daripada masyarakat.
• Sikap pentingkan diri sendiri.

47. Cara mengatasi masalah jenayah ragut ialah:
• Memberi didikan agama yang mantap.
• Kerjasama daripada masyarakat.
• Mengenakan hukuman yang setimpal / hukuman berat.
• Beri pendedahan kempen dan maklumat kepada rakyat.




48. Para remaja begitu leka dan asyik dengan hiburan adalah kerana:
• Akidah yang lemah.
• Penghayatan agama kurang.
• Terpengaruh dengan budaya Barat.
• Pengaruh rakan / masyarakat sekeliling.
• Terpengaruh dengan media massa.
• Kurang perhatian dari keluarga/masyarakat.

49. Dua cadangan tersebut adalah:
• Berikan ilmu agama.
• Menapis kemasukan bahan-bahan dari luar.
• Tanamkan iman yang kukuh.
• Mengurangkan aktiviti-aktiviti hiburan.
• Memperbanyakkan aktiviti yang berfaedah.
• Tanamkan sikap prihatin dalam kalangan ibu bapa/masyarakat.

50. Faktor yang menyebabkan ajaran sesat masih berleluasa masa kini :
• Lemah dalam ilmu agama.
• Kurang perhatian ibu bapa.
• Iman yang lemah.
• Kurang kerjasama masyarakat.
• Tiada penguatkuasaan undang-undang.

51. Langkah-langkah untuk membendung ajaran sesat:
• Kenakan hukuman berat kepada penyebar.
• Berikan kefahaman yang jelas berkaitan agama.
• Mantapkan akidah dalam kalangan rakyat.
• Menapis bahan-bahan asing yang masuk.
• Memusnahkan tempat/bahan ajaran sesat.

52. Kegiatan lumba haram makin berleluasa masa kini adalah kerana:
• Kurang berhatian daripada ibu bapa.
• Lemah dalam didikan agama.
• Tiada penguatkuasaan undang-undang.
• Terpengaruh dengan media massa.
• Mementingkan keseronokan dunia.

53. Cadangan untuk mengatasi kegiatan lumba haram:
• Beri pendedahan / penerangan yang jelas kepada masyarakat tentang keburukan lumba haram.
• Tingkatkan penguatkuasaan undang-undang.
• Ibu bapa mengawal kegiatan anak-anak.
• Beri didikan agama yang sempurna.

54. Faktor yang menyebabkan berlaku gejala buli dalam kalangan pelajar:
• Kurang didikan agama.
• Kurang perhatian ibu bapa.
• Sifat ego dan ingin menunjuk-nunjuk.
• Terpengaruh dengan media massa.


55. Cara-cara mengatasi gejala buli dalam kalangan pelajar adalah:
• Mendidik anak-anak dengan didikan agama.
• Ibu bapa memberi kasih sayang kepada anak-anak.
• Penguatkuasaan undang-undang.
• Kempen keburukan gejala buli.
• Menapis kemasukan bahan-bahan asing.


56. Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya murtad adalah:
• Iman yang lemah.
• Penguatkuasaan undang-undang yang lemah.
• Tidak ada asas didikan agama.
• Pengaruh masyarakat sekeliling.
• Untuk mendapat kemewahan hidup.

57. Cara-cara mengatasi masalah murtad adalah:
• Penguatkuasaan undang-undang murtad.
• Memantapkan didikan agama.
• Mengukuhkan akidah.
• Penerangan tentang azab Allah s.w.t. bagi orang yang murtad.

58. Isu berkaitan makanan halal masih membelenggu umat Islam di Malaysia:
• Orang Islam tidak menguasai perniagaan di Malaysia.
• Kurang produk atau hasil keluaran orang Islam.
• Kelemahan penguatkuasaan pihak berkuasa.
• Masyarakat bukan Islam kurang faham berkaitan dengan makanan halal orang Islam.

59. Cara-cara untuk menangani isu makanan halal adalah:
• Memberi kefahaman kepada masyarakat berkaitan makanan halal.
• Memperbanyak pengeluaran makanan halal.
• Memberi bantuan kepada peniaga Islam membuka perniagaan.
• Mengenakan tindakan kepada pihak yang menyeleweng penggunaan logo halal.
• Pemantauan berterusan dari pihak berkuasa.

60. Penularan penyakit AIDS semakin berleluasa pada masa kini adalah kerana:
• Iman yang lemah.
• Gejala seks bebas.
• Kurang didikan agama.
• Kurang kesedaran tentang bahaya AIDS
• Penagihan dadah dan perkongsian jarum suntikan.
• Pergaulan bebas.

61. Cadangan untuk mengatasi masalah murtad ialah:
• Mantapkan didikan agama.
• Penguatkuasaan undang-undang.
• Kempen kesedaran bahaya AIDS.
• Menjauhi perbuatan yang membawa kepada perzinaan.
• Menjauhi najis dadah.

62. Faktor-faktor menyebabkan masalah ponteng di sekolah:
• Kurang minat belajar
• Tiada kesedaran kepentingan ilmu.
• Terpengaruh dengan rakan-rakan.
• Kurang perhatian ibu bapa.
• Kurang didikan agama.



63. Langkah-langkah mengatasi masalah ponteng di sekolah:
• Beri didikan agama yang sempurna.
• Perhatian/kasih sayang ibu bapa.
• Penguatkuasaan undang-undang.
• Menyediakan motivasi/kaunseling.

Ting. 5 : Cara Penyelesaian Masalah

KERTAS 1

BAHAGIAN A : Soalan Objektif

Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.

1 Antara berikut, yang manakah langkah penyelesaian masalah seperti yang dianjurkan oleh Islam.

A Mengenal pasti setiap yang berlaku.
B Tidak perlu kepada penilaian semula.
C Tidak menitikberatkan punca masalah.
D Menghukum orang yang melakukan punca masalah.

2 Niat Keazaman Tindakan Tawakkal Muhasabah


Carta aliran di atas menerangkan:
A Kesan penyelesaian masalah.
B Langkah penyelesaian masalah.
C Amalan dalam penyelesaian masalah.
D Perlakuan dalam penyelesaian masalah.

3 Tawakal bermaksud.........................

A Berserah diri kepada Allah s.w.t. dengan melakukan segala perintah dan ajaran-Nya.
B Berserah diri kepada Allah s.w.t. dengan meyakini sepenuh hati keesaan dan kekuasaan-Nya
C Berserah diri kepada Allah s.w.t. setelah berusaha bersungguh-sungguh melakukan sesuatu.
D Berserah diri kepada Allah s.w.t. denga memohon ampun serta berjanji tidak akan melakukan dosa lagi.

4 Manakah antara berikut bukan ciri orang yang bertawakal kepada Allah s.w.t?

A Sentiasa berdoa.
B Reda dengan ketentuan Ilahi.
C Berusaha bersungguh-sungguh.
D Meyakini takdir Allah s.w.t.. tidak akan berubah.








5 Kepentingan tawakkal adalah:

i Meyakini takdir tidak akan berubah.
ii Reda dengan ketentuan Allah s.w.t.
iii Bersyukur dengan nikmat Allah s.w.t.
iv Menguatkan azam untuk terus berusaha.

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

6 Antara berikut yang manakah tidak benar tentang amalan dalam penyelesaian masalah.

A Melalui kesungguhan bekerja.
B Melalui nasihat yang bijaksana.
C Melalui pegangan agama yang teguh.
D Melalui pembahagian tugas yang praktikal.

7 Berikut adalah cara berdakwah yang berkesan kecuali:

A Memberikan penerangan yang jelas.
B Menyalurkan khidmat amal kebajikan.
C Meraikan perayaan pelbagai agama.
D Mengadakan perbincangan yang baik.

8 Adab – adab berdoa ialah:

i Hati yang ikhlas.
ii Berpakaian baru.
iii Melunakkan suara.
iv Mengadap kiblat.

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

9 Amalan dalam penyelesaian masalah ialah:

i Melalui al-Qias.
ii Melalui al-Quran.
iii Melalui tindakan pemerintah.
iv Melalui kesungguhan bekerja.

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

10 Perbuatan menilai diri sendiri

Pernyataan di atas berkaitan dengan:
A Niat
B Tawakal
C Keazaman
D Muhasabah

11 Apakah kepentingan melakukan penilaian semula dalam menyelesaikan sesuatu masalah secara Islam.

i Memuaskan hati semua pihak.
ii Memberikan keadilan kepada masyarakat.
iii Memastikan keberkesanan dan kesempurnaan.
iv Mendapat kepujian dan perhatian masyarakat.

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

Soalan 12 berdasarkan gambarajah di bawah.
















Carta aliran di atas merupakan langkah yang diambil untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
12. X ialah:
A Melakukan penilaian semula.
B Menerangkan akibat perbuatan berkenaan.
C Mengenal pasti punca masalah secarfa terperinci.
D Memberi nasihat secara berhemah.






BAHAGIAN B : Respon terhad

Soalan 13 hingga 18


Lengkapkan pernyataan berikut
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa


13.

_________ sesuai dirujuk bagi menyelesaikan masalah pada setiap masa, keadaan dan tempat.


14.

____ adalah cara memohon kebaikan atau menolak sesuatu keburukan kepada Allah s.w.t.


15.

Kewajipan mengeluarkan ______ dan sedekah dapat mengeratkan perpaduan dan merapatkan jurang ekonomi antara golongan kaya dengan miskin.


16.

Dalam mewujudkan negara yang aman, ___________ hendaklah menyelesaikan masalah berpandukan hukum Islam.


17.

Setiap perbuatan bergantung kepada _____ individu.


18.

Setelah berusaha kita hendaklah __________ kepada Allah s.w.t.






















Soalan 19 hingga 22

Tuliskan istilah yang bersesuaian dengan pernyataan berikut di dalam ruangan yang disediakan.
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa
19. Berserah diri kepada Allah setelah berusaha.


20. Suatu perbuatan menilai diri sendiri.


21. Permintaan kepada Allah s.w.t. untuk memohon kebaikan atau menolak bala.


22. Menyeru manusia ke arah kebaikan dan menjauhi kejahatan.




Soalan 23 hingga 29

Untuk kegunaan Pemeriksa
Tandakan (  ) pada pernyataan yang BETUL.
Tandakan ( x ) pada pernyataan yang SALAH.


23. Merujuk kepada orang yang berilmu merupakan salah satu cara penyelesaian masalah secara Islam.


24. Kemiskinan dapat diatasi dengan memberikan wang sara diri kepada penganggur.


25. Perbezaan warna kulit dan taraf hidup tidak menghalang wujudnya kerjasama dan toleransi.


26. Nasihat hendaklah secara bijaksana tanpa menyinggung perasaan orang lain.


27. Punca masalah dikaji setelah dilakukan penilaian.


28. Kaedah dalam penyelesaian masalah diperlukan setelah mengenal pasti puncanya.


29. Keazaman sudah memadai dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Soalan 30 hingga 31

Carta di bawah menunjukkan asas amalan dalam penyelesaian masalah.

















Nyatakan perkara P dan Q bagi rajah di atas

30. P : ____________________________

31. Q : ____________________________


Jawapan soalan berikut berdasarkan jadual di bawah:












Tuliskan sikap yang mesti diterapkan ke dalam diri seseorang dalam menyelesaikan sebarang permasalahan.

32. P : ____________________________

33. Q : ____________________________

34. S : ____________________________




KERTAS 2

Jawapan semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.

1. Terangkan langkah-langkah penyelesaian masalah menurut Islam.

2. Senaraikan perlakuan utama dalam penyelesaian masalah.

3. Bagaimanakah cara penyelesaian masalah secara Islam?

4. Jelaskan sifat-sifat yang mesti dimiliki oleh pendakwah.

5. Bagaimanakah cara berdakwah yang berkesan?

6. Mengapakah aktiviti dakwah mesti diteruskan?

7. Bagaimanakah cara anda berdakwah di sekolah?

8. Nyatakan adab-adab berdoa.

9. Jelaskan kesan doa terhadap peribadi muslim.

10. Jelaskan peranan kerajaan dalam menangani masalah kejahilan umat Islam.

11. Nyatakan takrif tawakal.

12. Apakah maksud muhasabah?

13. Terangkan kepentingan melakukan penilaian semula dalam menyelesaikan sesuatu masalah secara Islam.




















Jawapan




KERTAS 1
BAHAGIAN A

1. A 2.D 3.C 4.D 5.D 6.D 7.C 8.C 9.D 10.D 11.A

12.C


BAHAGIAN B

13. Al-Quran 14. Doa 15. Zakat 16. Pemerintah 17. Niat

18. Bertawakal 19. Tawakal 20. Muhasabah 21. Doa

22. Dakwah 23. Betul 24. Salah 25. Betul 26. Betul 27. Salah
28. Betul 29. Salah

30. P : Melalui al-Quran/ al-Hadis/ tindakan pemerintah/ nasihat yang bijaksana/
dakwah/ pendidikan/ doa.

31. Q : Melalui al-Quran/ al-Hadis/ tindakan pemerintah/ nasihat yang bijaksana/
dakwah/ pendidikan/ doa.

32. P : Keazaman

33. Q : Tawakal

34. R : Muhasabah
















KERTAS 2


1. Langkah-langkah penyelesaian masalah menurut Islam.
• Mengenal pasti setiap masalah yang berlaku.
• Mengenal pasti punca masalah secara terperinci dan menyeluruh.
• Mengenal pasti kaedah dan strategi untuk menyelsaikan masalah.
• Menguji dan mengaplikasi kaedah penyelesaian masalah.
• Melakukan penilaian semula.

2. Perlakuan utama dalam penyelesaian masalah.
• Niat
• Keazaman
• Tindakan
• Tawakal
• Muhasabah

3. Cara penyelesaian masalah secara Islam.
• Melalui ajaran al-Quran dan as-Sunnah
• Melalui pemerintah atau kerajaan
• Melalui nasihat yang bijaksana
• Melalui dakwah
• Melalui pendidikan
• Melalui doa
• Melalui kesungguhan bekerja
• Melalui pegangan agama yang tegas

4. Sifat-sifat yang mesti dimiliki oleh pendakwah.
• Beriman dan bertaqwa
• Memahami suasana dan masalah masyarakat
• Bijaksana / berilmu
• Berani menyatakan yang hak
• Ikhlas kerana Allah
• Gigih dan tekun

5. Cara melakukan dakwah secara berkesan
• Memberi penerangan dan penjelasan mengikut kemampuan orang mendengar.
• Memberi nasihat yang baik melalui contoh teladan.
• Mengadakan perbincangan dan perbahasan dengan baik.
• Menyalurkan khidmat amal kebajikan.
• Memberikan pengetahuan yang sempurna.

6. Aktiviti dakwah mesti diteruskan kerana
• Untuk meningkatkan kefahaman umat Islam tentang agama Islam.
• Masih banyak berlaku pelanggaran hukum Allah
• Untuk menyebarkan agama Islam.




7. Cara berdakwah di sekolah
• Menunjuk contoh teladan yang baik
• Menerbitkan risalah dakwah
• Menganjurkan Minggu Dakwah
• Mengadakan tazkirah / forum / ceramah

8. Adab-adab berdoa ;
• Berdoa dengan ikhlas
• Dalam keadaan suci daripada hadas kecil dan besar.
• Khusyuk dan tenang
• Berdoa dengan bersungguh-sungguh / tidak berputus asa
• Melunakkan suara
• Mengadap kiblat
• Memulakan dengan memuji Allah s.w.t. dan mengakhiri dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

9. Kesan doa terhadap peribadi muslim
• Melahirkan rasa rendah diri
• Mengelakkan perasaan sombong dan bangga diri
• Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
• Yakin kepada diri sendiri
• Bertawakal kepada Allah s.w.t.

10. Peranan kerajaan dalam menangani masalah kejahilan umat Islam
• Menyediakan kemudahan menuntut ilmu
• Berusaha mengatasi masalah keciciran pelajar
• Memperbanyak program agama
• Menyebarkan majalah dan kitab-kitab agama kepada orang ramai

11. • Berserah kepada Allah s.w.t. setelah berikhtiar.

12. • Perbuatan menilai diri sendiri.

13. • Memastikan kesempurnaan dan keberkesanan.
• Memuaskan hati semua pihak.
• Memberikan keadilan kepada masyarakat.

Ting. 5 : Asas Penyelesaian Masalah

KERTAS 1

BAHAGIAN A : Soalan Objektif

Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.

1 Penyelesaian masalah secara Islam ialah menyelesaikan masalah manusia berdasarkan syariat Islam yang merangkumi seluruh aspek _____________manusia.

A Masalah
B Peraturan
C Kehidupan
D Perundangan

2 Terangkan matlamat menyelesaikan masalah menurut Islam terhadap negara.

A Masalah dapat dikawal
B Dapat mengenal pasti masalah
C Memajukan ekonomi dan sosial
D Membangkitkan semangat nasionalisme

3 Pilih pernyataan yang menerangkan matlamat penyelesaian masalah terhadap masyarakat.

i Hidup dengan aman dan selesa
ii Membangkitkan keadilan
iii Melahirkan semangat bekerjasama
iv Membangkitkan semangat untuk berusaha

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, ii dan iv
D ii, iii dan iv

4 Mengapakah penyelesaian masalah mesti dilakukan secara Islam?

A Masalah tidak berulang
B Masalah tidak menjadi lebih teruk
C Masalah dapat diselesaikan dengan mudah
D Masalah dapat diselesaikan secara menyeluruh







5 Al-Quran
Al-Hadis
Al-Ijmak
Al-Qias

Perkara di atas berkaitan dengan
A Sumber penyelesaian masalah
B Langkah penyelesaian masalah
C Matlamat penyelesaian masalah
D Kemampuan Islam menyelesaikan masalah

6 Nyatakan sumber sampingan penyelesaian masalah menurut Islam selain daripada sumber yang telah disepakati ulama.

i Uruf
ii Sanad
iii Al-Istihsan
iv Al-Masalihul Mursalah

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii,iii dan iv

7 Islam telah mengamalkan pelbagai hukum dan peraturan.
Islam menyediakan balasan atas semua perbuatan.

Pernyataan di atas berkaitan dengan:
A Penyelesaian masalah
B Sumber penyelesaian masalah
C Matlamat penyelesaian masalah
D Kemampuan Islam menyelesaikan masalah



















BAHAGIAN B

Soalan 8 hingga 11 : Respon terhad

Lengkapkan pernyataan berikut
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa

8. Penyelesaian masalah secara Islam bermaksud menyelesaikan masalah manusia berasaskan _________ dan al-hadis yang merangkumi semua aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial dan perundangan.


9.

Penyelesaian masalah berdasarkan Islam memberikan ___________ kepada manusia tanpa mengira pangkat dan kedudukan mereka.


10.
Hukuman orang yang mencuri telah ditetapkan dalam al-Quran, iaitu __________________.


11.
Islam menyediakan balasan atas semua __________ manusia, sama ada di dunia dan di akhirat.


Soalan 12 hingga 15

Tulliskan istilah yang bersesuaian dengan pernyataan berikut di dalam ruangan yang disediakan.
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa

12.

Merupakan sumber utama penyelesaian masalah kehidupan manusia.



13.

Penjelasan kepada kandungan al-Quran yang umum.


14.

Kesepakatan ulama dalam menentukan sesuatu hukum.


15.

Menghubungkan hukum yang tidak ada nas kepada hukum yang ada nas kerana persamaan illat.







Soalan 16 hingga 23

Untuk kegunaan Pemeriksa Tandakan (  ) pada pernyataan yang BETUL.
Tandakan ( x ) pada pernyataan yang SALAH.




16.
Al-Quran merupakan sumber penyelesaian masalah yang ketiga dalam Islam.


17.
Penyelesaian masalah secara Islam tidak dapat menyelesaikan masalah secara menyeluruh.

18.
Penyelesaian masalah secara Islam dapat menjamin kebahagiaan hidup.

19.
Islam dapat menyelesaikan semua masalah kehidupan manusia di dunia.

20.
Penyelesaian masalah secara Islam memberikan keadilan kepada manusia.

21.
Sistem Kapitalis dapat menyelesaikan masalah ekonomi semasa.

22.
Perpaduan ummah hanya dapat diwujudkan dengan perlaksanaan sistem demokrasi.

23.
Penyelesaian masalah secara Islam adalah menepati kehendak semua manusia.






















Carta di bawah menunjukkan sumber penyelesaian masalah secara Islam.


















Nyatakan perkara P dan Q bagi rajah di atas

24. P : ____________________________

25. Q : ____________________________

Padankan pernyataan di bawah:

Matlamat Penyelesaian Masalah
(X)
Diri dan Keluarga (Y)
Masyarakat (Z)
Negara

Huraian Jawapan
26. Menegakkan keadilan dalam masyarakat.
27. Menghapuskan gejala sosial dan kemungkaran.
28. Memberikan ketenangan dalam kehidupan.
















KERTAS 2

Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.

1. Berikan definisi penyelesaian masalah menurut Islam ?

2. Islam diturunkan oleh Allah s.w.t. bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh manusia.
Nyatakan matlamat penyelesaian masalah secara Islam .

3. Jelaskan matlamat penyelesaian masalah terhadap individu.

4. Terangkan matlamat penyelesaian masalah terhadap masyarakat.

5. Huraikan matlamat penyelesaian masalah terhadap negara.

6. Penyelesaian masalah mesti dilakukan menerusi Islam. Huraikan pernyataan tersebut.

7. Senaraikan sumber-sumber utama penyelesaian masalah secara Islam.

8. Nyatakan sumber-sumber sampingan penyelesaian masalah secara Islam.

9. Islam mampu menyelesaikan masalah. Buktikan.

10. Bagaimanakah al-Quran menyelesaikan masalah kehidupan manusia.
























Jawapan


Skema Jawapan

KERTAS 1
BAHAGIAN A

1. C 2.C 3.A 4.D 5.A 6.C 7.D


BAHAGIAN B

8. Al-Quran dan Hadis. 9. Keadilan 10. Potong tangan.

11. Perbuatan/Perlakuan

12. Al-Quran 13. Al-Hadis 14. Al-Ijmak 15. Al-Qias

16. Salah 17. Salah 18. Betul 19. Betul 20. Betul 21. Salah

22. Salah 23. Betul

24. P : Al-Ijmak / Al-Qias

25. Q : Al-Qias / Al-Ijmak


Jawapan

26. Y

27. Z

28. X















KERTAS 2

1. Pengertian penyelesaian masalah menurut Islam bermaksud menyelesaikan masalah manusia berasaskan syariat Islam yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia seperti ekonomi,politik,sosial dan perundangan.

2. Matlamat penyelesaian masalah ialah :
• Untuk menguatkan keyakinan/keimanan terhadap Allah s.w.t.
• Untuk mewujudkan keseimbangan dan kestabilan dalam kehidupan individu,masayarakat dan negara.
• Untuk memupuk semangat ukhuwwah Islamiyah.
• Untuk menghidupkan semagat jihad.
• Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh individu,masyarakat dan negara.

3. Matlamat penyelesaian masalah terhadap individu ialah :
• Menambah keyakinan / keimanan kepada Allah s.w.t.
• Memberi ketenangan dalam kehidupan.
• Membangkitkan semangat untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh.

4. Matlamat penyelesaian masalah terhadap masyarakat ialah :
• Menegakkan keadilan dalam masyarakat.
• Melahirkan perpaduan dan semangat bekerjasama.
• Supaya hidup dengan aman dan selesa.

5. Matlamat penyelesaian masalah terhadap negara ialah :
• Memajukan negara dari segi ekonomi,politik dan sosial.
• Mengukuhkan perpaduan rakyat.
• Menghapuskan gejala sosial dan kemungkaran.

6. Sebab-sebab penyelesaian masalah mesti dilakukan menerusi Islam :
• Islam agama yang lengkap.
• Islam memberi balasan keatas setiap perbuatan manusia.
• Islam memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kedudukan.
• Islam agama yang sesuai dengan fitrah manusia.
• Dapat mewujudkan perpaduan ummah.

7. Sumber-sumber penyelesaian masalah secara Islam.
• Al-Quran
• As-Sunnah
• Al-Ijmak
• Al-Qias

8. Sumber-sumber sampingan penyelesaian masalah secara Islam.
• Al-Istihsan
• Al-Masalihul mursalah
• Uruf




9. Bukti-bukti Islam mampu menyelesaikan masalah.
• Islam mengharamkan zina untuk mengelakkan masalah anak luar nikah.
• Islam mengharuskan perkahwinan untuk melahirkan zuriat yang bersih.
• Islam mengenakan hukuman potong tangan untuk menyelasaikan masalah kecurian.
• Islam menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba untuk menyelesaikan masalah penindasan.

10. Al-Quran menyelesaikan masalah dengan cara
• Pemberi petunjuk dan pembimbing kepada manusia.
• Memberi peringatan kepada manusia tentang balasan baik dan buruk.
• Menyediakan hukuman yang setimpal.
• Tiada perbezaan kedudukan pangkat.