Tuesday 14 June 2011

Soalan & Skema T5 Pertengahan Tahun 2011

(100 MARKAH)

Jawab Lima soalan.
Soalan 1 wajib dijawab dan pilih empat soalan yang lain.

1. a. i. Berikan pengertian wahyu
[ 2 markah ]

ii. Nyatakan dua ciri wahyu .
[ 4 markah ]

b. i. Senaraikan dua prinsip Rabbaniyyah?
[ 4 markah ]

ii. Nyatakan dua cara untuk menerapkan sifat Rabbaniyyah dalam diri kita.
[ 4 markah ]

c. i. Berikan dua contoh perkara yang tidak mampu difikirkan oleh akal.
[ 2 markah ]

ii. Nyatakan dua sebab Allah SWT merahsiakan perkara ghaib dari pandangan manusia.
[ 4 markah ]

2. a. Terangkan dua ciri pengaruh asing yang bertentangan dengan Islam.
[ 4 markah ]

b. i. Nyatakan maksud ibadat khusus berserta dua contoh.
[ 4 markah ]

ii. Berikan dua perbezaan antara ibadat umum dan ibadat khusus.
[ 4 markah ]

c. i. Huraikan dua peranan rasul.
[ 4 markah ]

ii. Nyatakan dua sebab Rasul bersifat maksum.
[ 4 markah ]

3. a. i. Nyatakan dua tanggunggjawab rakyat terhadap pemerintah.
[4 markah ]

ii. Terangkan dua sebab setiap rakyat berhak mendapat pendidikan yang sempurna.
[ 4 markah ]

b. i. Nyatakan empat sumber kehakiman Islam.
[ 4 markah ]

ii. Huraikan dua kriteria untuk menjadi hakim.
[ 4 markah ]

c. Nyatakan dua cara untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar
[ 4 markah ]

4. a. i. Jelaskankan dua ujian terhadap keluarga melalui harta.
[ 4 markah ]

ii. Senaraikan dua sumber harta yang haram beserta contohnya.
[ 4 markah ]

b. i. Nyatakan dua jenis pekerjaan yang digalakkan oleh Islam.
[ 4 markah ]

ii. Huraikan dua matlamat bekerja menurut Islam.
[ 4 markah ]

c. Jelaskan dua sebab Islam menetapkan batasan dalam pemilikan harta.
[ 4 markah ]

5. a. i. Berikan pengertian hak milik.
[ 2 markah ]

ii. Terangkan tiga golongan yang tidak layak mengurus harta.
[ 6 markah ]

b. i. Sebagai seorang pelajar, jelaskan dua cara anda berbelanja ke jalan yang diredhai Allah SWT.
[ 4 markah ]

ii. Nyatakan empat ciri sistem muamalah Islam.
[ 4 markah ]

c. Jelaskan dua implikasi sekiranya hidup tanpa bekerja.
[ 4 markah ]

6. a. i. Jelaskan dua syarat yang membolehkan sesuatu pekerjaan itu dianggap sebagai ibadah.
[ 4 markah ]

ii. Terangkan dua etika kerja menurut Islam.
[ 4 markah ]

iii. Nyatakan dua kelebihan bekerja makan gaji berbanding bekerja sendiri.
[ 4 markah ]

b. Nyatakan dua perkara yang membezakan antara sistem perundangan Islam dengan sistem perundangan ciptaan manusia.
[ 4 markah ]

c. Senaraikan empat contoh pengaruh asing yang merosakkan pemikiran umat Islam.
[ 4 markah ]





7. a. i. Berikan dua keburukan monopoli.
[ 4 markah ]

ii. Terangkan dua cara untuk mengatasi perbuatan monopoli.
[ 4 markah ]

b. Nyatakan dua faedah mengamalkan perundangan Islam kepada masyarakat.
[ 4 markah ]

c. i. Terangkan dua sumbangan alam terhadap manusia.
[ 4 markah ]

ii. Nyatakan empat faedah memelihara alam.
[ 4 markah ]



KERTAS SOALAN TAMAT


SKEMA PEMARKAHAN


SULIT

No Soalan
Contoh Jawapan
Markah

1



a)
( i )
Kalam Allah yang diturunkan kepada para nabi dan rasul melalui perantaraan malaikat Jibril (1m) atau secara terus daripada Allah (1m).

2 isi x 1 markah

( ii )
i. Datang daripada Allah. (1m) bukan ciptaan manusia (1m).
ii. Kebenaran yang mutlak (1m) dan bukan bersifat relatif (1m).
iii. Menerangkan perkara ghaib (1m) yang tidak dapat dijangkau oleh akal manusia (1m).
iv. Diturunkan kepada nabi dan rasul (1m) dan tidak kepada manusia biasa (1m).
v. Tidak mampu dipinda oleh manusia (1m) kerana mutu bahasanya yang tinggi (1m).
vi. Tidak diturunkan selepas kewafatan Rasulullah SAW (1m) kerana tiada lagi rasul selepas Rasulullah SAW.
vii. Melalui perantaraan malaikat Jibril (1m) atau secara langsung daripada Allah SWT (1m).

2 isi x 2 markah

b)
( i )
i. Allah SWT sebagai pemberi peraturan hidup.
ii. Islam dan seluruh makhluk merupakan hak kepunyaan Allah SWT.
iii. Islam agama yang diwahyukan Allah SWT dan bukan ciptaan manusia.
iv. Islam satu pegangan yang jitu dan bersih daripada kekurangan, kejahilan dan dorongan hawa nafsu.

2 isi x 2 markah

( ii )
i. Berakhlak mulia (1m) seperti menghormati orang tua (1m).
ii. Beriman kepada Allah SWT (1m) dan tidak mensyirikkannya (1m).
iii. Berjihad (1m) melalui harta / tenaga / nyawa / untuk meninggikan agama Allah SWT (1m).
iv. Bekerja kerana Allah SWT untuk mendapatkan keredhaanNya (1m).
v. Meninggalkan segala laranganNya (1m) seperti tidak berjudi dll (1m).
vi. Mengerjakan segala perintah Allah SWT (1m) seperti mengerjakan solat / menutup aurat dll (1m).

2 isi x 2 markah

c)

( i )
i. Syurga.
ii. Neraka.
iii. Alam kubur / Barzakh.
iv. Hari Kiamat / Akhirat / Kesudahan.
v. Timbangan / Mizan.
2 isi x 1 markah


No Soalan
Contoh Jawapan
Markah


( ii )
i. Bukti kekuasaan Allah SWT.
ii. Menguji iman manusia kepadaNya.
2 isi x 1 markah

2
(a)

i. Memuja manusia (1m) secara berlebihan (1m).
ii. Menafikan kekuasaan Allah SWT (1m) ke atas manusia (1m).
iii. Memberi kebebasan bertindak (1m) tanpa batasan (1m).

2 isi x 2 markah

( b )
( i )

Amalan khusus yang disyariatkan oleh Allah SWT (1m) sama ada fardhu atau sunat (1m).

Contoh solat, puasa, zakat, haji, zikir, membaca al-Quran, berdakwah dll (2 markah)
Pengertian :
2 isi x 1 markah

Contoh :
2 isi x 1 markah


( ii )

Bil
Ibadat Umum
Ibadat Khusus
1. Amalan harian yang dilakukan bertepatan dengan ajaran Islam dan diniatkan kerana Allah SWT. Segala perbuatan yang dilakukan oleh setiap individu secara khusus berhubung dengan Allah SWT.


2.
Menghubungkan antara manusia dengan manusia.
Menghubungkan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah SWT.

2 isi x 1 markah















( c )
( i )
i. Menyeru manusia mentauhid dan menyembah Allah (1m) dan tidak mensyirikkanNya (1m).
ii. Mengajar dan menerangkan perkara-perkara ghaib (1m) seperti syurga / neraka dll (1m).
iii. Menyampaikan berita gembira (1m) tentang nikmat syurga (1m).
iv. Memberi amaran azab (1m) tentang siksa neraka (1m)
v. Mengajar manusia cara beribadat yang betul (1m) seperti cara solat (1m).




2 isi x 2 markah



No Soalan
Contoh Jawapan
Markah



(ii)
i. Menjadi contoh / teladan kepada manusia.
ii. Menolak hujah orang mengingkari ajaran Rasul
iii. Menjamin kewibawaan para Nabi dan Rasul.
iv. Menyakinkan manusia kebenaran risalah yang dibawanya.
v. Memelihara kemuliaan dan keaslian wahyu daripada penyelewengan

2 isi x 2 markah


3.




a)
(i)
i. Bekerjasama mempertahankan negara (1m) dari ancaman musuh (1m).
ii. Menumpukan taat setia kepada negara (1m) agar dapat meningkatkan pencapaian negara (1m).
iii. Menuntut ilmu (1m) untuk sama-sama memaju / membangunkan negara (1m).
iv. Menghormati kebebasan beragama (1m) agar kesejahteraan negara dapat dinikmati (1m).
v. Menjaga keamanan dan keharmonian (1m) agar hidup aman (1m).

2 isi x 2 markah


(ii)
i. Rakyat mampu menjadi warga yang bermanfaat (1m) kepada diri sendiri / keluarga / masyarakat / negara (1m).
ii. Supaya sama-sama dapat membangunkan negara (1m) supaya lebih maju / disegani (1m).
iii. Pemimpin bertanggungjawab membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti (1m) bagi memajukan rakyatnya (1m)

2 isi x 2 markah


(b)
(i)
i. Al-Quran.
ii. Al-Hadis.
iii. Al-Ijmak.
iv. Al-Qias.
4 isi x 1 markah


(ii)
i. Beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT (1m) kerana dapat melindungi hakim daripada sifat mazmumah (1m).
ii. Memiliki berbagai ilmu dan kemahiran (1m) kerana penguasaan ilmu membolehkan para hakim mengendalikan penghakiman dengan saksama (1m).
iii. Berwibawa dan dihormati (1m) agar penghakimannya diterima oleh masyarakat (1m).




2 isi x 2 markah



No Soalan
Contoh Jawapan
Markah



iv. Bijaksana / berpandangan jauh (1m) agar menghasilkan keputusan dan jalan penyelesaian yang menyeluruh (1m).
v. Berani / Tegas (1m) agar tidak tunduk kepada tekanan dan desakan dalam merealisasikan keadilan (1m).
vi.

(c)
i. Belajar bersama (1m) seperti menerusi belajar dalam kumpulan (1m).
ii. Mengadakan persatuan pelajar / kelab (1m) seperti Kelab Kembara dll (1m).
iii. Menerusi aktiviti sukan / permainan (1m) seperti Sukan Tahunan (1m).

Jawapan munasabah diterima.
2 isi x 2 markah


4.




(a)
(i)
i. Harta musnah dalam bencana (1m) seperti kebakaran / banjir dll (1m).
ii. Hidup tidak tenteram / ketakutan (1m) seperti khuatir harta dirompak dan sebagainya (1m).
iii. Lalai dalam menunaikan ibadat wajib seperti solat / zakat / haji (1m) kerana sibuk mencari harta / takut hartanya berkurangan (1m).

2 isi x 2 markah


(ii)
i. Harta yang diperoleh secara zalim (1m) seperti menipu / mencuri / monopoli (1m).
ii. Harta yang diperoleh dengan cara menindas orang lain (1m) seperti riba / manipulasi / rasuah / pecah amanah (1m).
iii. Harta yang diperoleh melalui barangan haram (1m) seperti menjual arak / dadah / khinzir / berhala dll (1m).
iv. Harta yang diperoleh melalui perkhidmatan yang tidak diakui oleh syarak (1m) seperti menilik nasib / ceti haram dll (1m).

2 isi x 2 markah


(b)
(i)
i. Bekerja makan gaji (1m) seperti di sektor awam atau swasta / menjadi doktor (1m).
ii. Bekerja sendiri (1m) seperti berniaga / bertani dll (1m)
2 isi x 2 markah


(ii)
i. Mencari rezeki yang halal (1m) untuk menyara diri dan keluarga (1m).
ii. Membangun / memajukan ekonomi (1m) diri / keluarga / masyarakat / negara (1m).
2 isi x 2 markah



No Soalan
Contoh Jawapan
Markah



iii. Mengelakkan diri daripada bergantung kepada orang lain (1m) seperti tidak meminta-minta (1m).
iv. Mendapatkan keredhaan Allah SWT (1m) melalui pekerjaan yang halal (1m).


(c)
i. Mengelakkan manusia daripada berasa sombong (1m) dan terlalu mencintai harta dimilikinya (1m).
ii. Menyedarkan manusia bahawa dalam harta yang mereka miliki terdapat hak orang lain (1m) seperti hak orang miskin / anak yatim / kaum keluarga (1m).
iii. Menjadikan manusia sentiasa bersyukur / tidak terlalu kecewa jika harta mereka diperlukan untuk kepentingan awam (1m) seperti pembinaan hospital / sekolah dll (1m).

2 isi x 2 markah


5.


(a)
(i)
Sesuatu harta yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hambaNya untuk dimiliki dan dimanfaatkan (1m) seperti rumah / tanah dsb (1m).

2 isi x 1 markah



(ii)

Bil
Perkara
Huraian
1. Anak yatim. Tidak layak mengurus harta sehingga mencapai umur dewasa.


2.
Kanak-kanak.
Tidak layak mengurus harta kerana belum mencapai tahap kematangan berfikir / tidak dapat membezakan kebaikan dengan keburukan.

3.
Orang yang terencat akal / lemah akal / safih.
Tidak layak mengurus harta kerana tidak mampu membuat penilaian yang sempurna berasaskan keutamaan.

4.
Gila / Tidak siuman.
Tidak layak mengurus harta kerana tidak boleh mengurus harta dengan baik.








Isi 1 markah, Huraian 1 markah.


No Soalan
Contoh Jawapan
Markah




(b)
(i)
i. Membeli keperluan persekolahan (1m) seperti buku / pakaian seragam dan sebagainya (1m).
ii. Berbelanja dengan berhati-hati (1m) agar tidak membazir (1m).
iii. Mengutamakan perbelanjaan untuk keluarga terdekat (1m) untuk menjamin kesejahteraan keluarga (1m).
iv.
2 isi x 2 markah


(ii)
i. Adil kepada semua pihak.
ii. Mendatangkan manfaat kepada kedua-dua pihak.
iii. Tiada penipuan.
iv. Redha antara kedua belah pihak.
v. Tidak membebankan mana-mana golongan.
4 isi x 1 markah

(c)
i. Hidup dalam kesempitan / tidak mempunyai wang (1m) bagi memenuhi keperluan hidup (1m).
ii. Tersisih oleh masyarakat (1m) kerana sering meminta-minta (1m).
iii. Menimbulkan masalah social (1m) seperti lepak / berpeleseran (1m).
iv. Masalah jenayah akan berleluasa (1m) seperti mencuri / menyamun / ragut (1m).
v. Kuasa beli kurang (1m) kerana tidak mempunyai wang (1m).
2 isi x 2 markah

6.



(a)
(i)
i. Pekerjaan yang halal / diizinkan oleh syarak (1m) seperti berkebun / bertani / guru dll (1m).
ii. Tidak melalaikan seseorang daripada beribadah (1m) seperti tidak tinggal solat (1m).
iii. Pekerjaan yang tidak mengganggu kepentingan awam (1m) dan alam sekitar (1m).

2 isi x 2 markah


(ii)
i. Bekerja dengan ikhlas kerana Allah SWT (1m) bagi mendapatkan keredhaanNya (1m).
ii. Amanah dalam melaksanakan kerja (1m) seperti tidak ponteng (1m).
iii. Bekerja dengan tekun / bersungguh-sungguh (1m) seperti menepati waktu (1m).
iv. Sentiasa mematuhi arahan ketua (1m) seperti menyiap tugasan tepat pada waktunya (1m).
v. Sentiasa meningkatkan produktiviti (1m) yang berkualiti (1m).

2 isi x 2 markah


(iii)
i. Dapat merancang waktu cuti dan berehat kerana bekerja telah ditentukan.
ii. Mendapat kemudahan perkhidmatan, tempat tinggal, perubatan dan elaun.

2 isi x 2 markah



No Soalan
Contoh Jawapan
Markah









iii. Kualiti dan produktiviti tidak dipikul secara bersendirian tetapi dipikul oleh majikan.
iv. Kuirang menanggung risiko kerana semua risiko untung dan rugi ditanggung oleh majikan.
v. Boleh merancang pendapatan tetap dan stabil.

(b)

Bil
Perundangan Islam
Perundangan Ciptaan Manusia
1 Ciptaan Allah SWT. Ciptaan manusia.
2 Bersifat universal. Bersifat setempat.
3 Sesuai untuk semua tempat dan zaman. Sesuai hanya pada sesuatu tempat dan keadaan sahaja.
4 Al-Quran dan al-Hadis sebagai rujukan. Pemikiran manusia sebagai sumber rujukan.
5. Lengkap dan merangkumi dunia dan akhirat. Merangkumi dunia sahaja.
6. Mengingkarinya berdosa dan mematuhinya mendapat pahala. Melanggarnya akan dikenakan tindakan di dunia.

2 isi x 2 markah


















(c)
i. Kapitalisme.
ii. Sekularisme.
iii. Liberalisme.
iv. Materialisme.
v. Sosialisme.
vi. Komunisme
4 isi x 1 markah


7.

(a)
(i)
i. Melahirkan sifat tamak / pentingkan diri.
ii. Ekonomi akan terjejas / negara mundur.
iii. Harga barangan melambung tinggi.
iv. Berlakunya pergaduhan.
2 isi x 2 markah



(ii)
i. Memberi didikan agama (1m) kepada masyarakat (1m).
ii. Mengadakan kempen (1m) melalui media-massa (1m).
iii. Menggubal undang-undang (1m) anti-monopoli (1m).
iv. Mengenakan hukuman yang berat kepada mereka yang mengamalkan monopoli (1m) supaya mereka insaf (1m).

2 isi x 2 markah



No Soalan
Contoh Jawapan
Markah


(b)
i. Mengelakkan perpecahan dan pergaduhan (1m) sesama sendiri (1m).
ii. Mengukuhkan hubungan silaturrahim (1m) tanpa mengira agama / keturunan / budaya (1m).
iii. Melahirkan masyarakat yang aman (1m) dan sejahtera (1m)

2 isi x 2 markah



(c)
(i)
i. Menyediakan keperluan manusia (1m) seperti makanan dan minuman (1m).
ii. Mengekalkan sistem semula jadi (1m) seperti kawasan tadahan hujan (1m).
iii. Memudahkan pergerakan manusia (1m) seperti melalui sungai / udara / laut (1m).
iv. Mengawal pencemaran udara (1m) melalui proses fotosintesis yang menghasilkan oksigen (1m).

2 isi x 2 markah



(ii)
i. Mengawal suhu bumi.
ii. Mengekalkan keindahan.
iii. Mengawal bencana alam.
iv. Mengelakkan kepupusan habitat tumbuhan / haiwan.
4 isi x 1 markah







PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

No comments:

Post a Comment