Tuesday 14 June 2011

Soalan & Skema T4 Pertengahan Tahun 2011

(100 MARKAH)

Jawab Lima soalan.
Soalan 1 wajib dijawab dan pilih empat soalan yang lain.

1. a. i. Apakah maksud Rububiyyah?
[ 2 markah ]

ii. .Nyatakan dua konsep Rububiyyah.
[ 4 markah ]

b. i. Terangkan dua cara media massa mempengaruhi pemikiran umat Islam dengan budaya kuning.
[ 4 markah ]

ii. Jelaskan dua tindakan yang perlu anda lakukan untuk menghindari budaya kuning.
[ 4 markah ]

c. i. Nyatakan bahagian alam.
[ 2 markah ]

ii. Senaraikan empat cara memelihara alam.
[ 4 markah ]

2. a. Jelaskan dua peranan mukjizat Rasul.
[ 4 markah ]

b. i. Nyatakan dua contoh pengaruh asing yang bertentangan dengan Islam.
[ 4 markah ]

ii. Terangkan dua ciri ajaran sesat seperti mana yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
[ 4 markah ]

c. i. Terangkan dua ciri akal.
[ 4 markah ]

ii. Senaraikan empat perkara yang tidak mampu difikirkan oleh akal manusia tanpa bimbingan wahyu.
[ 4 markah ]

3. a. i. Nyatakan dua ciri wahyu.
[4 markah ]

ii. Berikan dua perbezaan antara akal dan wahyu.
[ 4 markah ]

b. i. Terangkan dua peranan Rasul.
[ 4 markah ]




ii. Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda dapat mencontohi Rasul-Rasul Ulul-Azmi.
[ 4 markah ]

c. Nyatakan empat keistimewaan manusia yang membezakannya dengan ciptaan Allah SWT yang lain.
[ 4 markah ]

4. a. i. Terangkan dua kesan buruk ajaran sesat kepada masyarakat Islam..
[ 4 markah ]

ii. Huraikan dua ciri pengaruh asing yang bertentangan dengan Islam.
[ 4 markah ]

b. i. Nyatakan dua keistimewaan wahyu al-Quran.
[ 4 markah ]

ii. Senaraikan dua keistimewaan Islam sebagai agama wahyu yang terakhir.
[ 4 markah ]

c. Huraikan dua perlakuan yang merosakkan akal.
[ 4 markah ]

5. a. i. Berikan pengertian ilmu fardhu ain.
[ 2 markah ]

ii. Nyatakan tiga kepentingan mempelajari ilmu fardhu kifayah kepada individu.
[ 6 markah ]

b. i. Nyatakan dua cara berfikir yang menepati syariat.
[ 4 markah ]

ii. Kemukakan dua cara mensyukuri nikmat akal yang dikurniakan kepada kita.
[ 4 markah ]

c. Huraikan dua kesan fahaman anti- hadis kepada umat Islam.
[ 4 markah ]

6. a. i. Berikan dua konsep uluhiyyah Allah SWT.
[ 4 markah ]

ii. Kemukakan dua perbezaan orang yang beragama dan tidak beragama.
[ 4 markah ]

iii. Nyatakan empat asma ul-husna Allah SWT.
[ 4 markah ]

b. Nyatakan dua sebab beberapa orang Rasul digelar Ulul-Azmi.
[ 4 markah ]

c. Huraikan dua sebab Allah SWT mencipta manusia di atas muka bumi ini.
[ 4 markah ]

7. a. i. Huraikan dua daripada perkara berikut :-

i. Irhas.
ii. Istidraj.
iii. Maunah.
[ 4 markah ]

ii. Nyatakan empat sifat yang mustahil bagi Rasul.
[ 4 markah ]

b. Huraikan dua tanggungjawab insan sesama insan.
[ 4 markah ]

c. i. Terangkan dua sumbangan alam terhadap manusia.
[ 4 markah ]

ii. Nyatakan empat faedah memelihara alam.
[ 4 markah ]



KERTAS SOALAN TAMAT




SKEMA PEMARKAHAN



No Soalan
Contoh Jawapan
Markah

1



a)
( i )
Keyakinan / iktikad dalam hati secara mutlak bahawa Allah SWT yang mentadbirkan semua benda di dunia ini (1m) dan tiada pentadbir lain melainkan Allah SWT yang Maha Esa / Kuasa (1m).
2 isi x 1 markah

( ii )
i. Allah SWT Pencipta / Pemilik / Pentadbir alam.
ii. Allah SWT berkuasa memberi sesuatu menurut kehendakNya.
iii. Kekuasaan Allah SWT meliputi langit dan bumi.
2 isi x 2 markah

b)
( i )
i. Menyalurkan hiburan yang keterlaluan / melalaikan (1m) seperti Rock / Black Metal dll (1m).
ii. Menyemai budaya yang bertentangan dengan Islam (1m) seperti Valentine’s Day dll (1m).

2 isi x 2 markah

( ii )
i. Menjauhkan diri daripada orang-orang yang terlibat dengan budaya kuning.
ii. Bergaul dengan para ulama.
iii. Mendalami ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.
iv. Mengamalkan budaya tempatan yang positif.
v. Menjadikan Islam sebagai cara hidup.
2 isi x 2 markah

c)

( i )
i. Alam Musyahadah.
ii. Alam Ghaib.
2 isi x 1 markah


( ii )
i. Memelihara alam dan segala isinya daripada kemusnahan.
ii. Mengawal penebangan hutan.
iii. Merancang kawasan pembangunan / perindustrian.
iv. Memelihara keindahan sungai.
v. Mengawal pencemaran udara.
vi. Mengekalkan habitat haiwan.
vii. Mengawal penggunaan bahan galian.
2 isi x 2 markah

2.
(a)
( i )
i. Membuktikan kebenaran / kenabian / kerasulan.
ii. Membuktikan kekuasaan Allah SWT.
iii. Melemahkan musuh-musuh.
2 isi x 2 markah


(b)
( i )
i. Sekularisme.
ii. Sosialisme.
iii. Kapitalisme.
iv. Liberalisme.
v. Komunisme.
4 isi x 1 markah


No Soalan
Contoh Jawapan
Markah



( ii )
i. Kepercayaan kepada rukun-rukun iman dan asas akidah yang tidak selaras dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (1m) seperti percaya ada kitab lain yang menyaingi / memansuhkan kitab suci al-Quran.
ii. Mempertikaikan kebenaran al-Quran dan Hadis (1m) seperti ajaran Bahai yang menentang / mentafsir al-Quran sesuka hati (1m).
iii. Mana-mana ketua kumpulan / orang yang mendakwa dirinya / orang lain sebagai nabi terakhir / Nabi Isa Alaihissalam / Imam al-Mahdi dll (2 isi).
iv. Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar di dunia sebagai agama yang sepatutnya menjadi anutan kepada umat manusia (2m).
v. Mentafsir / menghuraikan al-Quran dan Hadis sesuka hati (2m).
2 isi x 2 markah

( c )
( i )

i. Membezakan manusia dengan haiwan (1m) kerana melalui akal manusia dapat belajar (1m).
ii. Akal boleh berkembang (1m), semakin banyak berfikir akal semakin berkembang (1m).
2 isi x 2 markah


( ii )
i. Syurga.
ii. Neraka.
iii. Malaikat.
iv. Jin.
v. Roh.
vi. Alam kubur / barzakh.
vii. Sirat / Mizan dll
4 isi x 1 markah

3.
( a )
( i )
i. Datang daripada Allah SWT (1m) bukannya daripada seseorang (1m).
ii. Diturunkan kepada Nabi / Rasul (1m) bukannya orang awam (1m).
iii. Disampaikan melalui mimpi yang benar / di sebalik tabir / perantaraan malaikat Jibril / secara langsung dari Allah SWT (2m).
iv. Merupakan ajaran yang benar (1m) dan sesuai diamalkan sepanjang zaman (1m).
v. Tidak diturunkan selepas kewafatan Rasulullah SAW (1m) kerana tiada lagi Rasul selepas Rasulullah SAW (1m).
vi. Kebenaran wahyu adalah mutlak (1m) dan bukan relatif (1m).




2 isi x 2 markah




No Soalan
Contoh Jawapan
Markah



( ii )

Bil
Wahyu
Akal

1.
Diturunkan kepada Nabi dan Rasul.
Anugerah allah SWT kepada semua manusia.

2.
Berkebenaran mutlak.
Bersifat relatif.

3.
Tetap dan tidak berubah.
Berubah.


2 isi x 2 markah

( b )
( i )

i. Menyeru manusia mentauhid dan menyembah Allah (1m) dan tidak mensyirikkanNya (1m).
ii. Mengajar dan menerangkan perkara-perkara ghaib (1m) seperti syurga / neraka dll (1m).
iii. Menyampaikan berita gembira (1m) tentang nikmat syurga (1m).
iv. Memberi amaran azab (1m) tentang siksa neraka (1m)
v. Mengajar manusia cara beribadat yang betul (1m) seperti cara solat (1m).

2 isi x 2 markah


( ii )
i. Tidak mudah putus asa.
ii. Mempunyai keazaman yang tinggi.
iii. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT.
iv. Sanggup bersusah payah untuk Berjaya.
4 isi x 1 markah


(c)
i. Menjadi Rasul.
ii. Menjadi khalifah.
iii. Mempunyai fizikal.
iv. Memiliki akal fikiran.
v. Berbudaya dan bertamadun.
4 isi x 1 markah

4.
( a )
( i )
i. Masyarakat tidak aman (1m) kerana berlaku pergaduhan (1m).
ii. Hubungan silaturrahim terputus (1m) saling bermusuhan (1m).
iii. Berlaku pembunuhan / permusuhan / perceraian (1m) kerana taksub (1m).

2 isi x 2 markah








No Soalan
Contoh Jawapan
Markah



( ii )
i. Menafikan kekuasaan Tuhan / peranan wahyu (1m) dalam hidup manusia (1m).
ii. Memberi kebebasan kepada manusia bertindak (1m) tanpa batasan (1m).
iii. Menolak ayat-ayat al-Quran / al-Hadis (1m) mengikut logik / nafsu (1m).
iv. Menggalakkan manusia mencari harta kekayaan (1m) dengan apa cara sekalipun (1m).
v. Taasub kepada bangsa / darjat (1m) hingga mengasingkan agama dari kehidupan (1m).
vi. Memuja manusia (1m) secara berlebihan (1m).
vii. Berfahaman sempit (1m) berdasarkan bangsa / darjat / kaum / negeri /warna kulit dll (1m).
viii. Mengasingkan agama (1m) dari kehidupan (1m).
2 isi x 2 markah


( b )
( i )
i. Mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan (1m) untuk manusia menimbanya (1m).
ii. Merupakan rahmat kepada orang-orang yang beriman (1m) sebagai pegangan hidup (1m).
iii. Tidak dapat ditandingi (1m) oleh mana-mana kitab (1m).
iv. Terjamin dari sebarang perubahan / pemalsuan (1m) hingga hari kiamat (1m).
v. Menjawab semua permasalahan (1m) manusia (1m).
2 isi x 2 markah


( ii )
i. Lengkap / sempurna (1m) merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia (1m).
ii. Menggalakkan pembangunan (1m) tamadun manusia (1m).
iii. Datang daripada Allah SWT (1m) bukan ciptaan manusia (1m).
iv. Mudah diamalkan (1m) sesuai dengan fitrah manusia (1m).

2 isi x 2 markah


( c )
i. Memikirkan perkara-perkara yang negatif.
ii. Mengambil makanan / minuman yang merosakkan akal seperti arak.
2 isi x 2 markah


5.
( a )
( i )
Ilmu yang berkaitan dengan amalan yang wajib diketahui / diamalkan oleh setiap umat Islam (1m). Contoh ilmu syariah / akidah / akhlak (1m).

2 isi x 1 markah
(Pengertian 1 markah, Contoh 1 markah)





No Soalan
Contoh Jawapan
Markah



( ii
i. Dapat memajukan diri (1m) ke tahap yang lebih baik (1m).
ii. Mengelakkan dirinya daripada ditindas oleh orang lain (1m) kerana jahil (1m).
iii. Menjadi seorang yang dihormati / disegani (1m) oleh masyarakat (1m).

3 isi x 2 markah


(b )
( i )
i. Berfikir untuk mencari kebenaran (1m) seperti berfikir tentang kebesaran Allah SWT (1m).
ii. Berfikir untuk memaju / memakmurkan alam (2m).
iii. Berfikir untuk mereka / mencipta sesuatu peralatan (1m) yang boleh dimanfaatkan oleh manusia sejagat (1m).
iv. Berfikir untuk memajukan diri / keluarga / masayarakat / negara (1m) dengan lebih baik (1m).
v. Memikirkan perkara-perkara positif (1m) bukannya negatif (1m).
vi. Berfikir secara rasional (1m) seperti keputusan Saiyidina Othman membukukan al-Quran (1m).

2 isi x 2 markah


( ii)
i. Tidak menggunakan akal untuk memikirkan perkara-perkara maksiat / merosakkan.
ii. Memikirkan kebesaran / keagungan Allah SWT.
iii. Membuktikan kebenaran syariat Islam.
iv. Memikirkan cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
v. Menjana kemajuan / keharmonian / kedamaian hidup manusia.
2 isi x 2 markah


( c )
i. Hilang rasa hormat kepada nabi yang menjadi pilihan Allah SWT (1m) sebagai utusannya (1m).
ii. Menolak al-Quran (1m) kerana al-Quran memerintahkan manusia supaya menerima al-Hadis (1m).
iii. Umat Islam akan berpecah-belah (1m) kerana akan terdapat banyak pendapat dalam mentafsirkan hal-hal agama (1m).
iv. Ajaran al-Quran yang bersifat umum tidak akan dapat difahami (1m) seperti cara solat / zakat / haji (1m).




2 isi x 2 markah






No Soalan
Contoh Jawapan
Markah

6.
( a )
( i )
i. Mengakui hanya Allah SWT yang layak disembah dan ditaati.
ii. Paksi utama keimanan kepada Tauhid Uluhiyyah ialah kalimah syahadah.
iii. Orang yang tidak beriman dengan Tauhid Uluhiyyah menjadi sesat.
2 isi x 2 markah


( ii )

Bil
Orang Yang Beragama
Orang Yang Tidak Beragama

1.
Sentiasa reda dengan segala ketentuan Allah SWT.
Berasa keluh-kesah / kecewa / putus-asa dan akhirnya melakukan kemudaratan kepada diri.

2.
Bersyukur dengan nikmat Allah.
Menggunakan nikmat ke arah maksiat.

3.
Melakukan sesuatu dengan ikhlas untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.
Melakukan sesuatu untuk kepentingan diri / mengharapkan pujian / sanjungan.

4.
Memiliki jiwa yang teguh / mantap di atas prinsip kebenaran.
Mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang merosakkan.

5.
Memiliki kesempurnaan akhlak.
Berakhlak buruk.



2 isi x 2 markah



























(iii)
i. Ar-Rahman.
ii. Ar-Rahim.
iii. Al-Malik.
iv. Al-Quddus
(Lain-lain nama Allah SWT diterima)

4 isi x 1 markah


( b )
i. Sebagai penghormatan / pengiktirafan dari Allah SWT atas keteguhan hati / penderitaan yang mereka tempuh (1m) semasa berdakwah (1m).
ii. Mereka tetap sabar / tidak putus asa (1m) malah sentiasa berdoa agar Allah SWT memberikan hidayah kepada kaum mereka (1m).
iii. Kesabaran mereka amat tinggi (1m) sebagaimana diakui oleh Allah SWT (1m).

2 isi x 2 markah


No Soalan
Contoh Jawapan
Markah

iv. Tidak memohon Allah SWT timpakan azab kepada kaum mereka (1m) walaupun boleh berbuat demikian (1m).
v. Memiliki keazaman / keteguhan jiwa yang begitu tinggi (1m) semasa berdakwah (1m).



( c )
i. Beribadat / mengabdikan diri kepadanya (1m) seperti solat dll (1m).
ii. Menjadi khalifah (1m) di atas muka bumi (1m).
2 isi x 2 markah

7.
( a )
( i )

Bil
Perkara
Huraian

1.
Irhas
Perkara luar biasa yang berlaku kepada seseorang yang bakal dilantik oleh Allah SWT sebagai Rasul (1m) Contoh, Nabi Isa a.s boleh berkata-kata ketika masih bayi (1m).


2.
Istidraj
Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang derhaka kepada Allah SWT untuk menyesatkannya lagi (1m). Contoh, Qarun diberikan harta kekayaan yang banyak oleh Allah SWT.


3.
Maunah
Perkara luar biasa yang berlaku kepada umat Islam tanpa mempelajarinya (1m). Contoh, terlibat dalam kemalangan jalanraya yang dahsyat tetapi masih terselamat (1m)


2 isi x 2 markah




























( ii )
i. Al-Kizb (Berdusta).
ii. Al-Khiyanah (Pecah amanah).
iii. Al-Kitman (Menyembunyikan).
iv. Al-Baladah (Bodoh).
2 isi x 2 markah


( b )
i. Memelihara hak sesama manusia (1m) seperti memelihara hak jiran dll (1m).
ii. Sentiasa hormat-menghormati / bertoleransi (1m) agar negara aman / maju / harmoni (1m).
2 isi x 2 markah





No Soalan
Contoh Jawapan
Markah


(c)
(i)
i. Menyediakan keperluan manusia (1m) seperti makanan dan minuman (1m).
ii. Mengekalkan sistem semula jadi (1m) seperti kawasan tadahan hujan (1m).
iii. Memudahkan pergerakan manusia (1m) seperti melalui sungai / udara / laut (1m).
iv. Mengawal pencemaran udara (1m) melalui proses fotosintesis yang menghasilkan oksigen (1m).

2 isi x 2 markah



(ii)
i. Mengawal suhu bumi.
ii. Mengekalkan keindahan.
iii. Mengawal bencana alam.
iv. Mengelakkan kepupusan habitat tumbuhan / haiwan.
4 isi x 1 markah






PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

No comments:

Post a Comment