Wednesday 18 May 2011

Ting. 5 : Kelebihan Penyelesaian Masalah Secara Islam

KERTAS 1

BAHAGIAN A : Soalan Objektif

Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.

1. Kelebihan penyelesaian masalah secara Islam adalah....

i meneguhkan keimanan.
ii mewujudkan perpaduan ummah.
iii mencetuskan semangat juang.
iv memuaskan hati semua pihak.

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

2. Mengapakah penyelesaian masalah mesti dirujuk kepada orang yang berilmu?

A Kerana mereka lebih dekat dengan Allah s.w.t.
B Supaya penyelesaian dapat dibuat dengan senang.
C Kerana mereka berpengalaman dan memahaminya.
D Supaya masalah tersebut tidak berulang semula.

3. Ciri-ciri penyelesaian masalah menurut Islam:

i Menepati kehendak syarak.
ii Dilakukan secara sederhana.
iii Dilakukan secara bersungguh-sungguh.
iv Penyelesaian secara menyeluruh dan bersepadu.

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

4. Kepentingan semangat juang dalam kehidupan muslim dapat:

A mendisiplinkan diri.
B meningkatkan kefahaman.
C menambahkan keazaman.
D mencapai cita-cita dengan mudah.




5. Punca utama berlakunya masalah perpecahan umat ialah:

i kelemahan iman dan takwa kepada Allah.
ii hidup dalam kemiskinan.
iii tada kesedaran untuk mempertahankan Islam.
iv lemah dalam penguasaan ilmu sains dan teknologi.

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

6. Apakah peranan pemerintah untuk menyelesaikan masalah rasuah?

i Kempen memerangi rasuah.
ii Penguatkuasaan undang-undang.
iii Berusaha meningkatkan taraf ekonomi rakyat.
iv Memberi kesedaran tentang keburukan rasuah.

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

7. Penyelesaian masalah secara Islam ialah:

i bersifat keduniaan dan sementara.
ii berteraskan akhlak yang mulia.
iii berasaskan ketakwaan kepada Allah s.w.t.
iv berteraskan kepada sentimen dan emosi.

A i dan ii
B ii dan iii
C iii dan iv
D i dan iv

















BAHAGIAN B : Respon terhad

Soalan 8 hingga 14

Lengkapkan pernyataan berikut
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa


8.

Penyelesaian masalah yang dilakukan mengikut ____________ akan menjamin kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.


9.

Golongan kaya berkewajipan membantu golongan miskin melalui _________ sedekah dan derma.

10.

Setiap masalah dalam kehidupan manusia merupakan ______daripada Allah.

11.

Antara punca berlaku perpecahan umat ialah ______ dengan kemewahan hidup.

12.

Penyelesaian yang dibuat berpandukan ajaran Islam dapat menambahkan ___________kepada Allah s.w.t.

13.

Ciri-ciri penyelesaian masalah menurut Islam adalah _____________ dan bersepadu.

14.

Penyelesaian masalah secara konvensional berdasarkan ___________manusia.















Soalan 15 hingga 24

Untuk kegunaan Pemeriksa Tandakan (  ) pada pernyataan yang BETUL.
Tandakan ( x ) pada pernyataan yang SALAH.




15.
Penyelesaian masalah yang menepati kehendak syarak mendapat keredaan Allah s.w.t.


16.
Seseorang yang menyelesaikan masalah mengikut nafsu akan beroleh kejayaan.


17.
Pelaksanaan undang-undang Islam memberikan jaminan keadilan terhadap umat Islam dan bukan Islam.


18.
Umat Islam dituntut supaya menyelesaikan sesuatu masalah mengikut kehendak syarak.


19.
Penyelesaian masalah secara Islam menghubungkan kehidupan di dunia dengan akhirat.


20.
Penyelesaian masalah secara Islam berteraskan nilai-nilai akhlak yang murni.


21.
Penyelesaian masalah secara konvensional bermatlamat kebahagiaan dunia dan akhirat.


22.
Sumber penyelesaian masalah menurut Islam berdasarkan akal pemikiran semata-mata.

23.
Penyelesaian masalah hendaklah berteraskan sentimen dan emosi.

24.
Masyarakat mestilah meraikan dan memuliakan agama semua kaum untuk menjamin perpaduan ummah.














Soalan 25 hingga 32

Tentukan pernyataan di bawah dengan menandakan ( X ) dan ( Y ) dalam ruangan yang disediakan.

X Cara Islam Y Cara Konvensional

Untuk kegunaan pemeriksa Pernyataan Jawapan

25. Sumbernya berasaskan pemikiran manusia.
26. Matlamatnya adalah untuk dunia dan akhirat.

27.
Dapat menambahkan keyakinan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.
28. Lebih berteraskan kepada sentimen dan emosi.
29. Penyelesaian masalah bersifat mendidik jiwa hamba.

30.
Sumber utama penyelesaian masalah ialah al-Quran dan al-Hadis.
31. Bersifat keduniaan dan sementara.
32. Menjauhkan diri daripada rahmat Allah s.w.t.

















Soalan 33 hingga 34

Lengkapkan dengan jawapan yang sesuai:














Nyatakan perkara P dan Q dalam carta di atas.

33. P : ____________________________

34. Q : ____________________________





























KERTAS 2
Soalan 35 hingga 48

Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.

1. Nyatakan kelebihan penyelesaian masalah menurut Islam.

2. Terangkan kesan positif terhadap keperibadian seseorang yang menyelesaikan masalah menurut Islam.

3. Bagaimanakah penyelesaian masalah secara Islam dapat mewujudkan ketenangan dan kemantapan dalam kehidupan ummah?

4. Huraikan cara penyelesaian masalah secara Islam dapat menguatkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah swt.

5. Nyatakan contoh masalah yang dihadapi oleh umat Islam.

6. Bagaimanakah Islam menyelesaikan masalah kemiskinan ummah.

7. Terangkan cara Islam menyelesaikan masalah kejahilan ummah.

8. Terangkan sumbangan anda dalam usaha membasmi kejahilan masyarakat.

9. Huraikan cara membasmi gejala rasuah menurut Islam.

10. Terangkan cara Islam menangani perpecahan dalam masyarakat.

11. Jelaskan punca berlakunya masalah perpecahan umat.

12. Jelaskan ciri-ciri penyelesaian masalah secara Islam?

13. Jelaskan perbezaan antara penyelesaian masalah secara Islam dan konvensional?

14. Jelaskan keburukan penyelesaian masalah secara konvensional.














Jawapan




KERTAS 1
BAHAGIAN A

1. A 2.B 3.C 4.A 5.C 6.B 7.B 8. Syariat Islam/Al-Quran

9. Zakat 10. Ujian 11. Leka/Lalai 12. Keimanan

13. Menyeluruh 14. Akal Pemikiran

BAHAGIAN B

15. Betul 16. Salah 17. Betul 18. Betul 19. Betul 20. Betul

21. Salah 22. Salah 23. Salah 24. Salah

25. Y 26. X 27. X 28. Y 29. X 30. X

31. Y 32. Y

33. P : Meneguhkan keimanan/mewujudkan perpaduan.

34. Q : Mewujudkan perpaduan/meneguhkan keimanan.























KERTAS 2

1. Kelebihan penyelesaian masalah menurut Islam ialah
• Meneguhkan keimanan dan ketakwaan
• Memperkukuhkan keperibadian muslim
• Mewujudkan perpaduan dan persaudaraan ummah
• Mewujudkan semangat juang dan bermotivasi

2. Kesan positif ke atas keperibadian seseorang yang menyelesaikan masalah secara Islam ialah;
• Reda dengan ketentuan Allah s.w.t. ke atas dirinya.
• Sentiasa optimis dan yakin dengan diri sendiri.
• Memperoleh ketenangan dan kemantapan jiwa.
• Berani dan sanggup berkorban mempertahankan kesucian agama.
• Sentiasa tabah dan teguh pendirian walaupun diuji dengan pelbagai cabaran.
• Rajin berusaha.

3. Penyelesaian masalah secara Islam dapat mewujudkan ketenangan dan kemantapan dalam kehidupan;
• Tiada lagi perasaan dendam dan iri hati.
• Masyarakat akan hidup dengan berkasih sayang dan hormat-menghormati.
• Tiada lagi ancaman jenayah dalam masyarakat.
• Segala masalah dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan adil

4. Penyelesaian masalah secara Islam dapat menguatkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah swt
• Dapat menambahkan keyakinan kepada Allah swt.
• Manusia menjadi lebih dekat kepada Allah swt.
• Mengakui kesucian dan kesempurnaan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt.
• Manusia hanya berharap dan bergantung semata-mata kepada Allah swt.

5. Contoh masalah yang sering dihadapi oleh umat Islam ialah;
• Masalah kemiskinan
• Masalah kejahilan
• Masalah rasuah
• Masalah perpecahan masyarakat.

6. Cara Islam menyelesaikan masalah kemiskinan ummah ialah;
• Mewajibkan umatnya yang berkemampuan mengeluarkan zakat.
• Menggalakkan umatnya membantu golongan yang memerlukan.
• Menuntut umatnya supaya bekerja secara bersungguh-sungguh.
• Mewajibkan umatnya menuntut ilmu.






7. Cara Islam menyelesaikan masalah kejahilan ummah ialah;
• Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu.
• Memberi kesedaran dan motivasi kepada umat Islam agar menuntut ilmu.
• Menggalakkan umatnya melakukan penyelidikan dan pengkajian dalam sesuatu isu yang berbangkit.
• Menuntut umatnya menghayati al-Quran.

8. Sumbangan saya untuk membasmi kejahilan masyarakat ialah;
• Membantu mengadakan majlis ilmu seperti ceramah.
• Mengedarkan risalah tentang kepentingan ilmu pengetahuan.
• Turut serta dalam usaha membasmi buta huruf.
• Mengajak rakan-rakan berusaha mendalami ilmu pengetahuan.

9 Cara Islam membasmi gejala rasuah ialah;
• Menanam keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt.
• Takutkan azab Allah swt.
• Kempen perangi rasuah yang dijalankan oleh pihak berwajib.
• Memberi kesedaran tentang keburukan perbuatan memberi dan menerima rasuah.
• Mengenakan tindakan yang tegas dan berat ke atas penerima dan pemberi rasuah.

10. Cara Islam menangani perpecahan dalam masyarakat ialah;
• Pelaksanaan undang-undang Islam memberi jaminan keadilan terhadap umat Islam dan bukan Islam.
• Masyarakat bebas mengamalkan undang-undang dan adat resam masing-masing.
• Masyarakat mestilah menghormati agama serta kepercayaan semua kaum.
• Melaksanakan keadilan kepada semua manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

11. Punca berlakunya perpecahan umat ialah;
• Kelemahan iman dan takwa kepada Allah swt.
• Lemah dalam penguasaan ilmu sains dan teknologi.
• Tiada kesedaran untuk mempertahankan Islam dan umat Islam.
• Leka dengan kemewahan hidup.

12. Ciri-ciri penyelesaian masalah secara Islam ialah;
• Penyelesaian dilakukan secara menyeluruh.
• Dilakukan secara bersungguh-sungguh.
• Merujuk kepada orang yang berilmu.
• Menepati kehendak Islam/syarak.








13. Perbezaan penyelesaian masalah secara Islam dan konvensional ialah
Cara Islam Cara Konvensional

1.Sumber utama penyelesaian
masalah daripada Allah swt iaitu al-
Quran dan al-Hadis.
1.Sumbernya berasaskan kefahaman
rasional manusia yang terbatas.

2.Matlamat atau objektifnya adalah
untuk dunia dan akhirat.
2.Bersifat keduniaan dan sementara.

3.Dapat menambahkan keyakinan
dan ketakwaan kepada Allah swt.
3.Menjauhkan diri daripada rahmat
Allah swt.

4.Penyelesaian berteraskan nilai-nilai
akhlak yang murni.
4.Lebih berteraskan kepada sentimen
dan emosi.

14. Keburukan penyelesaian masalah secara konvensional ialah;
• Hidup mereka terumbang-ambing
• Jiwa tidak tenteram.
• Mudah berputus asa apabila menempuh kesusahan dalam hidup.
• Mudah terpengaruh dengan godaan syaitan.
• Tidak mendapat rahmat Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment