KERTAS 1
BAHAGIAN A : Soalan Objektif
Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.
1 Berikut adalah tujuan Allah s.w.t mencipta manusia di muka bumi ini.
A Bersyukur kepada Allah s.w.t
B Beribadat kepada Allah s.w.t
C Menjadi khalifah di muka bumi
D Sentiasa ikhlas dalam setiap perbuatan
2 Berikut adalah bukan amalan yang termasuk dalam ibadat khusus
A Bersedekah
B Menuntut ilmu
C Berzikir dan berdoa
D Membaca al-Quran
3 Kualiti beribadat boleh ditingkatkan melalui cara berikut kecuali
A Beribadat mengikut kesesuaian masa dan keadaan
B Mengingati Allah s.w.t semasa melakukan pekerjaan
C Ibadat yang dilakukan mestilah dengan tenang dan sabar
D Mendampingi orang-orang yang berilmu dan soleh serta mendalami ilmu mereka
4 Sistem perundangan amat perlu dalam sesebuah masyarakat kerana
A Dapat menjamin keutuhan ekonomi negara
B Dapat merapatkan hubungan antara manusia
C Dapat menjamin kesejahteraan dan keamanan hidup manusia
D Dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t
5 Ibadat menurut Islam ialah
A Perkataan atau perbuatan yang dilakukan mengikut keupayaan diri
B Perkataan atau perbuatan yang dilakukan mengikut peraturan yang baik
C Pengabdian atau pekerjaan yang dilakukan semata-mata untuk dilihat mulia oleh manusia
D Pengabdian atau pekerjaan yang dilakukan semata-mata untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t
6 Ibadat dalam Islam terbahagi kepada
i Fardhu ain
ii Ibadat khusus
iii Ibadat umum
iv Fardhu kifayah
A i dan ii
B iii dan iv
C ii dan iii
D i dan iv
7 Berikut adalah perkara-perkara yang boleh merosakkan ibadat
i Arak
ii Syirik
iii Membunuh
iv Hasad dengki
A i dan ii
B iii dan iv
C ii dan iii
D ii dan iv
8 Antara kelebihan melakukan ibadat umum ialah
i Melahirkan individu yang tidak berilmu pengetahuan
ii Melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia
iii Meningkatkan ekonomi dan memajukan negara
iv Melahirkan masyarakat yang taat kepada pemimpin dan negara
A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv
BAHAGIAN B : Respon terhad.
Soalan 9 hingga 30
Lengkapkan pernyataan berikut
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa
9
_____________ merupakan ibadat wajib yang sangat digalakkan ke atas setiap umat Islam yang mukallaf.
10
Ibadat dari segi bahasa ialah _________________ .
11
Menceritakan kebaikan diri supaya mendapat pujian dan sanjungan masyarakat disebut sebagai ____________.
12
Ibadat mestilah dilakukan secara berterusan dan sentiasa melakukan _________________ dari masa ke semasa.
Tuliskan jawapan yang betul dalam ruangan yang disediakan.
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa
13
Semua amalan kebaikan yang disyariatkan oleh Allah s.w.t bagi menghubungkan manusia dalam sesebuah masyarakat.
14
Iri hati atau rasa benci dengan nikmat dan kebaikan yang diperolehi oleh orang lain.
15
Sikap membesarkan diri seperti sombong dan angkuh dengan perkara kebaikan dan nikmat kurniaan Allah s.w.t.
Untuk kegunaan Pemeriksa Tandakan ( ü ) pada pernyataan yang BETUL.
Tandakan ( Î ) pada pernyataan yang SALAH.
16
Melakukan ibadat khusus dapat menghapuskan segala dosa kecil seseorang.
17
Akal dan jiwa semata-mata dapat mendisiplinkan diri ke arah yang lebih baik dan cemerlang.
18
Ibadat merupakan satu cara perhubungan antara hamba dengan pencipta-Nya.
19
Umat Islam yang berjaya hanya perlu mendalami ilmu pengetahuan yang sedia ada sahaja.
20
Aza dan hasad dengki adalah antara perkara yang boleh merosakkan ibadat seseorang.
21
Umat Islam boleh mendampingi sesiapa sahaja orang yang berilmu untuk mendalami ilmu pengetahuan tanpa mengira agama.
Tandakan pernyataan di bawah dengan ( X ) atau ( Y ) dalam ruangan
yang disediakan.
X Ibadat Khusus Y Ibadat Umum
Pernyataan Jawapan
22
Menghapuskan segala dosa dan kesalahan yang kecil daripada seseorang.
23
Melahirkan masyarakat yang taat kepada pemimpin dan negara.
24
Meningkatkan ekonomi diri dan keluarga.
25
Melahirkan individu yang berilmu pengetahuan.
26
Melahirkan masyarakat yang aman damai.
Carta di bawah menunjukkan perkara-perkara yang merosakkan ibadat.
Jelaskan contoh perkara yang terdapat pada amalan tersebut :
27 P : _______________________________
28 Q : _______________________________ untuk mendapat pujian.
Jelaskan perkara-perkara lain yang boleh merosakkan ibadat seseorang :
29 R : ________________
30 S : ________________
KERTAS 2
Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.
1 Nyatakan maksud ibadat dalam Islam.
2 Terangkan dua cara untuk mengukuhkan ibadat seseorang.
3 Ibadat dalam Islam mempunyai bidang yang sangat luas.
Nyatakan pembahagian ibadat tersebut berserta contoh.
4 Jelaskan tiga perkaitan antara ibadat khusus dengan ibadat umum.
5 Keingkaran manusia seringkali menyebabkan amalan yang dilakukan tidak diterima oleh Allah s.w.t sebagai ibadat.
Senaraikan empat perkara yang boleh merosakkan ibadat seseorang.
6 Takbur dan ujub adalah antara perkara yang boleh merosakkan ibadat seseorang.
Jelaskan dua hujah anda untuk menyokong pernyataan tersebut.
7 Terangkan tiga hikmat orang yang sentiasa melakukan ibadat kepada Allah s.w.t.
8 Jelaskan dua cara yang mampu dilakukan oleh manusia kepada Allah s.w.t dengan sempurna.
KERTAS 1
BAHAGIAN A
1. B 2. B 3. A 4. C 5. D
6. C 7. D 8. D
BAHAGIAN B
9 Ibadat khusus
10 Merendah diri / tunduk / patuh / taat
11 sum`ah.
12 Muhasabah diri
13 Ibadat umum
14 Hasad dengki
15 Takbur
16 ü
17 Î
18 ü
19 Î
20 ü
21 ü
22 X
23 Y
24 X
25 X
26 Y
27 P : Menyembah selain Allah s.w.t / menyekutukan Allah s.w.t
28 Q : Menunjuk-nunjuk
29 R : Ujub
30 S : Takbur
1 Maksud ibadat dalam Islam ialah
• Ibadat ialah pengabdian kepada Allah s.w.t melalui perbuatan, perkataan dan pengakuan hati berlandaskan syariat.
2 Dua cara untuk mengukuhkan ibadat seseorang ialah
• Percaya kepada rukun iman
• Melaksanakan segala rukun iman
• Sentiasa berakhlak mulia seperti tolong menolong dan kerjasama
• Sentiasa taat kepada Allah s.w.t
3 Ibadat dalam Islam mempunyai bidang yang sangat luas.
Pembahagian ibadat tersebut beserta contoh ialah
• Ibadat khusus. Contohnya solat, puasa, zakat, membaca al-Quran dll
• Ibadat umum. Contohnya bekerja, menuntut ilmu, mempertahankan negara, berniaga dan mengembangkan ekonomi.
4 Tiga perkaitan antara ibadat khusus dengan ibadat umum ialah
Ibadat khusus Ibadat umum
• Menghapuskan segala dosa kecil
• Melahirkan individu yang bersih jiwa dan peribadi
• Melahirkan individu yang taat kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya
• Meningkatkan ekonomi diri dan keluarga
• Melahirkan individu yang berilmu pengetahuan • Menghapuskan segala akhlak buruk
• Melahirkan masyarakat dan negara yang aman damai
• Melahirkan masyarakat yang taat kepada pemimpin dan negara
• Meningkatkan ekonomi dan memajukan negara
• Melahirkan masyarakat dan negara yang maju
5 Keingkaran manusia seringkali menyebabkan amalan yang dilakukan tidak diterima oleh Allah s.w.t sebagai ibadat.
Empat perkara yang boleh merosakkan ibadat seseorang ialah
• Murtad / syirik / munafik
• Takbur
• Riak
• Ujub
• Sum’ah
• Mengungkit
• Aza
• Hasad dengki
6 Takbur dan ujub adalah antara perkara yang boleh merosakkan ibadat seseorang.
Dua hujah anda untuk menyokong pernyataan berikut ialah
• Takbur dan ujub menjadikan seseorang merasakan dirinya hebat dan tiada tandingan serta tidak takut dengan azab Allah s.w.t.
• Takbur dan ujub menjadikan seseorang itu merasakan tidak perlu taat dan menjaga solatnya.
• Takbur dan ujub menjadikan seseorang itu sentiasa mempertikai perintah atau hukum Allah s.w.t
7 Tiga hikmat orang yang sentiasa melakukan ibadat kepada Allah s.w.t
• Memperbaiki peribadi manusia
• Menjauhi perbuatan yang dilarang Allah s.w.t
• Membersihkan jiwa daripada sifat-sifat mazmumah
• Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t
• Merapatkan hubungan antara manusia
8 Dua cara manusia mampu melakukan ibadat kepada Allah s.w.t dengan sempurna.
• Menetapkan sesuatu perbuatan tersebut sebagai wajib
• Menetapkan sesuatu perkara sebagai sangat digalakkan kepada manusia untuk melakukannya seperti berbuat baik kepada orang tua
• Menjelaskan sesuatu hukum / perkara secara terperinci
No comments:
Post a Comment