KERTAS 1
BAHAGIAN A : Soalan Objektif
Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.
1 Kegiatan muamalah Islam mengutamakan konsep ta`awun
Kenyataan manakah menerangkan konsep tersebut
A Seseorang itu mudah mendapat harta yang diingini
B Masyarakat hanya mementingkan kehidupan duniawi
C Semangat ta`awun akan berkembang dalam masyarakat
D Pemegang gadai dapat membantu orang yang dalam kesusahan
2 Manakah ciri-ciri muamalah Islam
I Memberi manfaat kepada kedua-dua pihak
II Membebankan golongan tertentu
III Redha antara kedua-dua pihak
IV Adil kepada semua pihak
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
3 Manakah antara berikut adalah tujuan sistem muamalah Islam
I Mendidik urusan manusia dalam mendapatkan harta
II Membangunkan ekonomi dengan cara diredhai Allah s.w.
III Mengeratkan hubungan persaudaraan antara manusia dengan manusia
IV Melahirkan masyarakat yang mengutamakan keuntungan semata-mata
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
4 Sistem al-Mudharabah memberi kemudahan kepada pelabur kerana
A Menjalankan perniagaan melalui modal
B Mempunyai modal serta pakar dalam bidang perniagaan
C Pelabur dapat menjalankan perniagaan dengan modal yang diperolehi
D Pelabur dapat mengembangkan hartanya walaupun tidak mempunyai kepakaran
5 Berikut adalah persamaan antara sistem muamalah Islam dengan sistem konvensional
I Memenuhi keperluan hidup manusia
II Memudahkan manusia mendapat harta
III Melicinkan urusan kehidupan manusia seharian
IV Melaksanakan sistem ekonomi berasaskan fahaman kapitalis dan sosialis
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
6 Suatu akad antara dua orang atau lebih untuk berkongsi modal dalam sesuatu kegiatan ekonomi dan berkongsi keuntungan
Istilah di atas merujuk kepada
A Al-Wadiah
B Al-Mudharabah
C Al- Murabahah
D Al-Musyarakah
7 Berikut adalah tujuan Islam menyediakan pelbagai jenis muamalah kecuali
A Memberi peluang kepada manusia melaksanakan aktiviti ekonomi dengan berkesan
B Menghadkan penglibatan dalam sesuatu jenis muamalah sahaja
C Menggerakkan ekonomi dengan lebih pesat
D Membantu golongan yang kurang berharta
8 Memastikan setiap manusia dapat menikmati dan memenuhi keperluan hidup mengikut kewangan mereka
Penerangan di atas merujuk kepada
A Al-Musyarakah / al-Murabahah
B Al-Ijarah / al-Bai` bithamanil ajil
C Al-Mudharabah / al-Rahnu
D Al-Wadiah / al-Takaful
9 Manakah antara berikut kesan muamalah Islam dalam meningkatkan kualiti hidup manusia?
I Menjamin keadilan sejagat
II Menjamin keharmonian hidup
III Membangunkan tamadun manusia
IV Melahirkan generasi yang cekap dan produktif
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
10 Ali sebagai peniaga telah mengurangkan sukatan timbangan dalam urusan jual beli
Kenyataan di atas adalah muamalah yang tidak sah menurut Islam kerana ia mengandungi unsur
A Penipuan
B Perjudian
C Penindasan
D Barangan yang tidak suci dan najis
11 Berikut merupakan etika muamalah Islam kecuali
A Tekun dan tabah ketika melakukan segala urusan
B Bersikap jujur, amanah dan tidak menipu dalam segala urusan
C Bekerja mengikut hati dan perasaan untuk memuaskan kehendak sendiri
D Rajin berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan
12 Apakah kesan pengabaian sistem muamalah Islam terhadap individu?
i Melahirkan individu yang kaya
ii Melahirkan individu yang mementingkan diri sendiri
iii Melahirkan individu yang tamak haloba
iv Melahirkan golongan miskin yang terbiar
A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv
13
Jenis-jenis muamalah di atas mendorong manusia
I Saling berhubung antara satu sama lain
II Saling berkenalan antara satu sama lain
III Saling bermaafan antara satu sama lain
IV Saling bantu membantu antara satu sama lain
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
BAHAGIAN B : Respon terhad.
Soalan 14 hingga 39
Lengkapkan pernyataan berikut.
Untuk kegunaan Pemeriksa Tandakan ( ü ) pada pernyataan yang BETUL.
Tandakan ( Î ) pada pernyataan yang SALAH.
14
Antara syarat sah muamalah ialah pihak yang melakukan transaksi mesti waras dan sempurna.
15
Konsep at-Ta`awun wujud apabila pemilik menyewakan rumahnya kepada penyewa.
16
Al-Ijarah ialah proses yang membolehkan kita membeli sesuatu barangan dengan bayaran tertangguh.
17
Muamalat ialah tatacara perhubungan sesama manusia.
18
Monopoli adalah salah satu cara muamalah Islam.
19 Islam membenarkan umatnya menggunakan apa-apa cara sekalipun untuk bermuamalah bagi menjadi sebuah negara yang maju dan disegani.
Untuk kegunaan Pemeriksa Tandakan ( ü ) pada pernyataan yang BETUL.
Tandakan ( Î ) pada pernyataan yang SALAH.
20
Sistem muamalah Islam merupakan syariat yang diturunkan oleh Allah s.w.t
21
Sistem muamalah Islam mengatur kehidupan manusia untuk mencapai kebahagian dunia sahaja.
22
Muamalah Islam memberi kesan ke arah meningkatkan kualiti kehidupan.
23
Bermuamalah secara jujur untuk kebahagian dunia semata-mata.
24
Muamalah secara Islam menghalang manusia mendapat harta.
Tuliskan istilah yang bersesuaian dengan pernyataan di bawah dalam ruang yang disediakan. Untuk
Kegunaan
Pemeriksa
25
Mewakilkan sesuatu barangan atau harta yang berharga kepada pihak lain untuk disimpan dan diuruskan.
26
Perjanjian yang membolehkan seseorang mengambil faedah atau manfaat daripada milik orang lain dengan bayaran tertentu.
27
Suatu akad antara dua orang atau lebih untuk berkongsi modal dalam suatu kegiatan ekonomi dan berkongsi keuntungan.
28
Bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik
29
Pungutan dan pengagihan harta diuruskan oleh amil-amil
30
Pertolongan kepada orang yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk mendapatkan sesuatu barangan
31
Kemudahan yang disediakan kepada orang yang tidak mempunyai harta dan darurat
Padankan contoh-contoh berikut dengan istilah-istilah Muamalah yang sesuai.
A B C
ar-Rahn al-Ijarah at-Takaful
D E F
al-Murabahah al-Wadiah al-Musyarakah
32
33
34
35
36
Membayar dengan bayaran tertentu terhadap sesuatu barang yang membolehkan seseorang itu mengambil manfaat dari harta milik orang lain
Pemilik kereta menyertai satu sistem untuk melindungi keretanya apabila ditimpa kemalangan
Peniaga mencagarkan barang kemas kepada pihak tertentu untuk menambahkan modal.
Dua orang berkongsi modal untuk sama-sama berkongsi keuntungan dalam kegiatan ekonomi
Ahmad menjual rumahnya dengan mengambil keuntungan sebanyak 10 % dari harga asal rumah tersebut
Berdasarkan ciri-ciri persamaan yang diberi, tuliskan jenis-jenis muamalah yang bersesuaian. Untuk
Kegunaan
Pemeriksa
Persamaan Jenis Muamalah
37
Satu bentuk simpanan dan pelaburan wang.
38
Kontrak jual beli barangan secara ansuran.
39
Satu cara menolong orang yang memerlukan sesuatu barangan.
KERTAS 2
Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.
1 Jelaskan etika muamalah Islam.
2 Apakah yang dimaksudkan dengan muamalah?
3 Huraikan matlamat muamalah dalam Islam.
4 Nyatakan keistimewaan muamalah Islam.
5 Nyatakan syarat-syarat sah muamalah secara am menurut Islam
6 Berikan contoh muamalah yang dibenarkan dan muamalah yang dilarang oleh Allah s.w.t
7 Berikan contoh yang membuktikan muamalah melahirkan masyarakat yang sentiasa tolong menolong.
8 Jelaskan faedah-faedah muamalah Islam.
9 Huraikan perbezaan di antara sistem perbankan Islam dengan sistem konvensional.
10 Sistem muamalah Islam yang diamalkan mengikut syarak meningkatkan kualiti kehidupan.
Terangkan bagaimanakah sistem muamalah Islam dapat menjamin keharmonian hidup manusia.
11 Huraikan tujuan Islam menyediakan berbagai-bagai jenis muamalah.
12 Manusia memerlukan pelbagai jenis muamalah untuk memenuhi keperluan hidup mereka.
Nyatakan sebab manusia memerlukannya.
13 Kepelbagaian jenis muamalah memberikan kesan positif terhadap individu,masyarakat dan negara.
Nyatakan kesan positif dari kepelbagaian jenis muamalah kepada negara.
14 Pengabaian sistem muamalah Islam dalam urusan harian akan mengakibatkan pelbagai kesan buruk kepada individu, masyarakat dan negara.
Nyatakan tiga kesan pengabaian muamalah Islam terhadap individu.
15 Apakah implikasi daripada muamalah yang tidak mengikut sistem Islam?
16 Bagaimanakah cara untuk mendorong masyarakat agar bermuamalah secara Islam?
17 Jelaskan ciri-ciri muamalah Islam.
18 Melalui sistem muamalah Islam, manusia dapat menjalani kehidupan dengan sempurna.
Jelaskan pernyataan di atas
19 Bagaimanakah muamalah Islam dapat menjamin keharmonian?
KERTAS 1
BAHAGIAN A
1. C 2. C 3. A 4. D 5. A
6. D 7. B 8. B 9. A 10. A
11. C 12. D 13. B
BAHAGIAN B
14 ü
15 ü
16 Î
17 ü
18 Î
19 Î
20 ü
21 Î
22 ü
23 Î
24 Î
25 Al-wadiah
26 Al-ijarah
27 Al-musyarakah
28 Sedekah
29 Zakat
30 Sewa
31 Berhutang
32 B (al-Ijarah)
33 C (at-Takaful)
34 A (ar-Rahn)
35 F (al-Musyarakah)
36 D (al-Mudharabah)
37 Al-Mudharabah
38 Al-Bai` bithamanil ajil
39 Al-Ijarah
KERTAS 2
1 Etika muamalah Islam ialah
• Rajin dan berusaha bersungguh-sungguh
• Bersikap amanah
• Bekerja untuk mendapatkan keredaan Allah s.w.t
• Toleransi
• Tidak menjejaskan kepentingan umum
• Bertujuan membantu
2 Maksudkan muamalah ialah
• Tatacara hubungan sesama manusia berkaitan dengan harta benda untuk memenuhi keperluan kehidupan mengikut ajaran Islam
3 Matlamat muamalah dalam Islam ialah
• Mewujudkan sebuah masyarakat yang aman
• Memudahkan manusia menikmati kurniaan Allah s.w.t dengan cara yang betul dan diredai
• Memastikan segala kegiatan ekonomi diberkati
• Menggalakkan manusia bekerja dengan bersungguh-sungguh
• Melicinkan urusan kehidupan manusia seharian
4 Keistimewaan muamalah Islam ialah
• Menjadikan harta sebagai alat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t
• Menggalakkan manusia melakukan kebajikan
• Mengelakkan pembaziran
• Tidak menjejaskan kepentingan ramai
5 Syarat-syarat sah muamalah secara am menurut Islam ialah
• Persetujuan daripada kedua-dua belah pihak yang menjalankan transaksi ijab dan kabul
• Pihak yang melakukan transaksi mesti waras / sempurna akal
• Transaksi yang dilakukan mesti bersih daripada unsur penipuan
• Barangan yang diniagakan mestilah milik sah penjual
6 Contoh muamalah yang dibenarkan dan muamalah yang dilarang oleh Allah s.w.t
Muamalah yang dibenarkan
• Al-Ijarah
• Ar-Rahn
• Al-Bai`
Muamalah yang dilarang
• Muamalah yang ada unsur rasuah
• Monopoli
• Muamalah yang ada unsur riba
7 Contoh yang membuktikan muamalah melahirkan masyarakat yang sentiasa tolong menolong ialah
Contoh yang membuktikan muamalah melahirkan masyarakat yan sentiasa tolong menolong seperti:
• Al-ijarah (sewa menyewa): orang yang memberi sewa dapat membantu penyewa yang memerlukan rumah / kenderaan dan lain-lain.
• Al-Bai’ (jual beli) : Penjual dan pembeli saling memperolehi keuntungan / barangan yang diperlukan.
• Al-Rahn (pajak gadai) : pemegang gadai dapat membantu orang yang menggadai yang menghadapi masalah kewangan.
8 Faedah-faedah muamalah Islam ialah
• Memperkemas dan melicinkan urusan kehidupan seharian manusia
• Mewujudkan rasa bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah/perjanjian yang dipersetujui.
• Mengeratkan hubungan antara individu dengan masyarakat.
• Menghindarkan penindasan dan kezaliman yang berkaitan dengan harta.
• Membangunkan ekonomi masyarakat dan negara.
• Dapat menyempurnakan tuntutan Islam/fardu kifayah.
9 Huraikan perbezaan di antara sistem perbankan Islam dengan sistem konvensional.
Perbankkan secara Islam Secara Konvensional
1. membantu menyelesaikan masalah kewangan.
2. bebas dari riba.
3. memberi peluang kepada pelanggan mengembangkan harta melalui konsep pelaburan.
4. bermatlamatkan keuntungan bersama 1. menambah bebanan hutang.
2. berasaskan riba.
3. mengambil kesempatan daripada simpanan/pelaburan pelanggan untuk keuntungan bank.
4. mementingkan keuntungan bank semata-mata.
10 Sistem muamalah Islam dapat menjamin keharmonian hidup manusia.
• sistem muamalah Islam menentang sebarang bentuk penindasan seperti mencuri, merompak, riba dan merampas harta orang lain. Dengan ini kejadian jenayah akan berkurangan dan manusia dapat hidup secara harmoni.
11 Tujuan Islam menyediakan berbagai-bagai jenis muamalah.
• Memberikan peluang kepada manusia melaksanakan aktiviti ekonomi mereka dengan lebih berkesan dan tidak hanya bergantung kepada jenis muamalah tertentu sahaja.
• Menggerakkan ekonomi dengan lebih pesat.
• Menggalakkan orang yang mempunyai harta yang banyak membantu golongan yang kurang berharta.
• Memastikan stiap manusia dapat menikmati dan memenuhi keperluan hidup mengikut kemampuan mereka.
12 Manusia memerlukan pelbagai jenis muamalah untuk memenuhi keperluan hidup mereka.
Sebab manusia memerlukannya.
• Mengajar manusia supaya sentiasa hidup bersatu padu, tolong menolong dan bekerjasama.
• Memastikan kehidupan manusia sentiasa berperaturan dan menghindarkan penindasan.
• Untuk keselesaan dan kemudahan manusia bagi memilih cara bermuamalah yang terbaik mengikut keperluan mereka.
13 Kesan positif dari kepelbagaian jenis muamalah kepada negara.
• Ekonomi negara berkembang dengan pesat.
• Negara akan menjadi pusat kewangan yang disegani negara luar.
• Keutuhan ekonomi negara akan diiktiraf masyarakat antarabangsa.
14 Kesan pengabaian muamalah Islam terhadap individu ialah:
• Melahirkan individu yang mementingkan diri sendiri.
• Kehidupan golongan miskin tidak terbela.
• Melahirkan individu yang tamak haloba.
15 Implikasi daripada muamalah yang tidak mengikut sistem Islam ialah
Implikasinya ialah :
• Berlaku pergaduhan / permusuhan
• Melahirkan individu yang mementingkan diri sendiri / tamak.
• Menindas orang lain / penindasan terhadap golongan yang lemah
16 Cara mendorong masyarakat agar bermuamalah secara Islam ialah :
• Memberi penerangan tentang kebaikan muamalah Islam.
• Menunjuk cara secara jelas melaksanakan muamalah secara Islam.
• Mengadakan ceramah tentang sistem muamalah Islam.
• Menyebarkan risalah muamalah secara Islam.
17 Ciri-ciri muamalah Islam
• Tidak membebankan
• Reda antara kedua-dua pihak
• Adil kepada semua pihak
• Memberi manfaat kepada kedua-dua pihak
• Tidak berlaku penipuan
18 Manusia dapat menjalani kehidupan dengan sempurna melalui
• Zakat : bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik
• Sewa menyewa : dapat membantu orang yang memerlukan sesuatu barangan
• Jual beli : untuk mendapatkan keperluan
• Al-Wadiah : kemudahan menyimpan dan mengeluarkan wang melalui bank
• Ar-Rahn : memudahkan orang yang terdesak dengan memberi cagaran
• Berhutang : kemudahan bagi orang yang tidak mempunyai harta untuk mendapatkan wang tunai.
19 Muamalah Islam dapat menjamin kehidupan sejagat
• Sistem muamalah Islam menentang sebarang bentuk kezaliman dan penindasan
• Pelaksanaan sistem muamalah Islam dapat mengurangkan kejadian jenayah
• Manusia dapat hidup dengan aman dan harmoni
No comments:
Post a Comment