Wednesday 18 May 2011

Alamiyyah

PELAJARAN 13 : ALAMIYYAH
 









KERTAS 1



BAHAGIAN A : Soalan Objektif



Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.



1
Alamiyyah bermaksud ______________

A
nyata

B
praktikal

C
lengkap

D
sarwajagat



2
Antara berikut yang manakah menerangkan tentang prinsip Alamiyyah?.

i
Menegakkan keadilan sejagat

ii
Islam menjamin hak asasi manusia

iii
Islam agama yang mudah dan praktikal

iv
Menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran




A
i, ii dan iii

B
i, ii dan iv

C
i, iii dan iv

D
ii, iii dan iv



3
Islam sesuai diamalkan sepanjang zaman




Pernyataan di atas menerangkan konsep

A
Alamiyyah

B
Waqi’iyyah

C
Syumuliyyah

D
Rabbaniyyah



4
Pilih pernyataan yang benar tentang sifat Alamiyyah.

i
Tiada paksaan dalam agama

ii
Membela kebenaran dan menentang kebatilan

iii
Setiap kerja dikira ibadat jika mengikut syarat-syaratnya

iv
Tiada kebebasan mengamalkan agama dan budaya masing-masing




A
i dan ii

B
ii dan iii

C
iii dan iv

D
i dan iv



5
Antara bukti Islam bersifat Alamiyyah dalam bidang sosial ialah

A
setiap amalan akan diberi balasan

B
membela kebenaran dan menentang kebatilan

C
setiap kerja dikira ibadat jika mengikut syarat-syaratnya

D
kebebasan mengamalkan agama dan budaya masing-masing




6
Di bawah pemerintahan Islam, orang bukan Islam bebas mengamalkan ajaran agama, adat dan budaya




Pernyataan di atas menerangkan tentang prinsip

A
Alamiyyah

B
Waqi’iyyah

C
Syumuliyyah

D
Rabbaniyyah



7
Berikut adalah contoh-contoh perbuatan masyarakat yang melanggar hak asasi manusia, kecuali _______

A
menganggu ketenteraman awam

B
penderaan terhadap kanak-kanak dan orang tua

C
membunuh atau menghilangkan nyawa seseorang tanpa hak

D
mengutamakan keamanan dan mengekalkan kesejahteraan manusia



8
Bukti Islam bersifat Alamiyyah dalam bidang ibadat ialah

A
tiada paksaan dalam memeluk Islam

B
kebebasan memiliki harta yang halal

C
hak perlindungan nyawa dan kehormatan

D
setiap kerja dikira ibadat jika mengikut syarat-syaratnya



BAHAGIAN B : Respon terhad.



Soalan 9 hingga 13

Lengkapkan pernyataan berikut.



9

Islam adalah agama bersifat _________________ yang sesuai bagi semua manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan zaman.

1

10

______________________ adalah sifat keji yang dibenci oleh Allah s.w.t.

1

11

Allah s.w.t. telah menetapkan hukuman ____________ untuk melindungi nyawa manusia.

1

12

_________________ dan fardu kifayah ialah suatu kewajipan ke atas umat Islam.

1

13

Setiap amalan baik akan diberi __________________ dan dijanjikan ganjaran syurga di akhirat.

1








Soalan 14 hingga 17

Tuliskan istilah yang bersesuaian dengan pernyataan berikut di dalam ruangan yang disediakan.
14


Islam adalah agama yang sesuai bagi semua manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan zaman.



1

15
Sifat-sifat terpuji dan mulia.



1

16

Kebebasan manusia untuk menganuti sebarang kepercayaan dan agama.



1

17

Menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran.



1






Soalan 18 hingga 21



Untuk kegunaan Pemeriksa
Tandakan (  ü  ) pada pernyataan yang BETUL.
Tandakan (  Î ) pada pernyataan yang SALAH.




1


18

Islam tidak memaksa seseorang individu untuk memeluk ajarannya.


1


19
Keadilan dalam Islam terikat pada batasan keturunan



1


20
Islam tidak memberi hak perlindungan nyawa dan kehormatan


1


21
Antara hak asasi manusia ialah memelihara harta benda.


1


22

Islam tidak memusuhi orang bukan Islam bahkan menjamin hak kebebasan mereka dalam negara Islam.










Soalan 23 hingga 24

Lengkapkan carta di bawah

Hak Asasi Manusia Menurut Islam
Y
X
Kebebasan bersuara

23
X : ______________________________


24
Y : ______________________________





KERTAS 2



Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.



1
Nyatakan ciri-ciri Alamiyyah Islam dalam bidang sosial


2
Terangkan bukti yang menunjukkan Alamiyyah Islam dalam bidang perundangan


3
Konsep Islam ialah amar maaruf nahi mungkar.
Terangkan dua kesan jika terdapat golongan yang hanya menegakkan kebenaran tetapi tidak mencegah kemungkaran.


4
Senaraikan empat hak asasi yang dijamin oleh Islam.


5
Islam diturunkan bertujuan menjamin kesejahteraan hidup manusia.
Huraikan cara untuk mewujudkan kesejahteraan dan keamanan tersebut.


6
Nyatakan pengertian ‘Alamiyyah.


7
Jelaskan prinsip ‘Alamiyyah.


8
Nyatakan contoh perbuatan masyarakat yang melanggar hak asasi manusia.


9
Terangkan ciri-ciri hak asasi manusia dalam Islam.


10
Jelaskan bukti manusia makhluk yang paling dimuliakan Allah s.w.t.


11
Nyatakan perkara yang melayakkan manusia dimuliakan oleh Allah s.w.t.


Jawapan

PELAJARAN 13 : ALAMIYYAH
 









KERTAS 1



BAHAGIAN A




1
D
5
D
2
B
6
A
3
A
7
D
4
A
8
D



BAHAGIAN B



9
Alamiyyah
14
Alamiyyah
10
Mazmumah
15
Mahmudah
11
Qisas
16
Kebebasan beragama
12
Fardu Ain
17
Amar maaruf nahi mungkar
13
Pahala




18
ü
21
ü
19
Î
22
ü
20
Î





23
X
Kebebasan beragama / memelihara kehormatan
24
Y
Melindungi nyawa / kebebasan memiliki harta



KERTAS 2



1
Ciri-ciri Alamiyyah Islam dalam bidang sosial
·         Tiada paksaan memeluk Islam
·         Kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat
·         Bebas mengamalkan agama dan adat resam kaum masing-masing
·         Hak perlindungan nyawa dan kehormatan


2
Bukti yang menunjukkan Alamiyyah Islam dalam bidang perundangan
·         Dapat diterima dan diamalkan oleh semua manusia
·         Mementingkan perdamaian dan keadilan sejagat
·         Keadilan Islam menyeluruh dan tidak terhad kepada umat Islam sahaja
·         Membela kebenaran dan menentang kebatilan


3
Kesan jika terdapat golongan yang hanya menegakkan kebenaran tetapi tidak mencegah kemungkaran
·         Maksiat dan kemungkaran tetap berlaku
·         Masyarakat berada dalam keadaan huru hara
·         Masyarakat hidup dalam keadaan ketakutan






4
Hak asasi yang dijamin oleh Islam
·         Kebebasan beragama
·         Kebebasan bersuara
·         Kebebasan memiliki harta
·         Melindungi nyawa


5
Cara untuk mewujudkan kesejahteraan dan keamanan
·         Menerima perdamaian sekiranya pihak musuh ingin berdamai.
·         Menjamin hak dan kebebasan orang bukan Islam yang berada di bawah pemerintahan Islam.
·         Memiliki sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah.


6
‘Alamiyyah bermaksud sarwajagat iaitu Islam agama yang sesuai kepada semua manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan zaman.


7
Prinsip ‘Alamiyyah
·         Islam memuliakan manusia.
·         Nilai keadilan manusia bersifat sejagat.
·         Islam menjamin hak asasi manusia.


8
Contoh perbuatan masyarakat yang melanggar hak asasi manusia
·         Penderaan kanak-kanak.
·         Menghilangkan nyawa tanpa hak / membunuh.
·         Mengganggu ketenteraman awam.


9
Ciri hak asasi manusia dalam Islam
·         Kebebasan mencari dan memiliki harta
·         Kebebasan menyuarakan pendapat
·         Mendapat keadilan di sisi undang-undang
·         Kebebasan beragama


10
Bukti manusia makhluk yang paling dimuliakan Allah s.w.t.
·         Dikurniakan akal fikiran
·         Manusia dilantik sebagai khalifah
·         Rasul dilantik di kalangan manusia / diturunkan Quran / wahyu
·         Menjadikan bumi sebagai tempat tinggal manusia


11
Nyatakan perkara yang melayakkan manusia dimuliakan oleh Allah s.w.t.
·         Menyempurnakan ibadat wajib yang difardukan
·         Menjalankan tugas khalifah dengan sempurna
·         Beramal soleh dan berakhlak mulia
·         Memiliki ilmu pengetahuan yang bermanfaat


1 comment: