Wednesday 18 May 2011

Ting. 5 : Asas Penyelesaian Masalah

KERTAS 1

BAHAGIAN A : Soalan Objektif

Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.

1 Penyelesaian masalah secara Islam ialah menyelesaikan masalah manusia berdasarkan syariat Islam yang merangkumi seluruh aspek _____________manusia.

A Masalah
B Peraturan
C Kehidupan
D Perundangan

2 Terangkan matlamat menyelesaikan masalah menurut Islam terhadap negara.

A Masalah dapat dikawal
B Dapat mengenal pasti masalah
C Memajukan ekonomi dan sosial
D Membangkitkan semangat nasionalisme

3 Pilih pernyataan yang menerangkan matlamat penyelesaian masalah terhadap masyarakat.

i Hidup dengan aman dan selesa
ii Membangkitkan keadilan
iii Melahirkan semangat bekerjasama
iv Membangkitkan semangat untuk berusaha

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, ii dan iv
D ii, iii dan iv

4 Mengapakah penyelesaian masalah mesti dilakukan secara Islam?

A Masalah tidak berulang
B Masalah tidak menjadi lebih teruk
C Masalah dapat diselesaikan dengan mudah
D Masalah dapat diselesaikan secara menyeluruh







5 Al-Quran
Al-Hadis
Al-Ijmak
Al-Qias

Perkara di atas berkaitan dengan
A Sumber penyelesaian masalah
B Langkah penyelesaian masalah
C Matlamat penyelesaian masalah
D Kemampuan Islam menyelesaikan masalah

6 Nyatakan sumber sampingan penyelesaian masalah menurut Islam selain daripada sumber yang telah disepakati ulama.

i Uruf
ii Sanad
iii Al-Istihsan
iv Al-Masalihul Mursalah

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii,iii dan iv

7 Islam telah mengamalkan pelbagai hukum dan peraturan.
Islam menyediakan balasan atas semua perbuatan.

Pernyataan di atas berkaitan dengan:
A Penyelesaian masalah
B Sumber penyelesaian masalah
C Matlamat penyelesaian masalah
D Kemampuan Islam menyelesaikan masalah



















BAHAGIAN B

Soalan 8 hingga 11 : Respon terhad

Lengkapkan pernyataan berikut
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa

8. Penyelesaian masalah secara Islam bermaksud menyelesaikan masalah manusia berasaskan _________ dan al-hadis yang merangkumi semua aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial dan perundangan.


9.

Penyelesaian masalah berdasarkan Islam memberikan ___________ kepada manusia tanpa mengira pangkat dan kedudukan mereka.


10.
Hukuman orang yang mencuri telah ditetapkan dalam al-Quran, iaitu __________________.


11.
Islam menyediakan balasan atas semua __________ manusia, sama ada di dunia dan di akhirat.


Soalan 12 hingga 15

Tulliskan istilah yang bersesuaian dengan pernyataan berikut di dalam ruangan yang disediakan.
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa

12.

Merupakan sumber utama penyelesaian masalah kehidupan manusia.



13.

Penjelasan kepada kandungan al-Quran yang umum.


14.

Kesepakatan ulama dalam menentukan sesuatu hukum.


15.

Menghubungkan hukum yang tidak ada nas kepada hukum yang ada nas kerana persamaan illat.







Soalan 16 hingga 23

Untuk kegunaan Pemeriksa Tandakan (  ) pada pernyataan yang BETUL.
Tandakan ( x ) pada pernyataan yang SALAH.




16.
Al-Quran merupakan sumber penyelesaian masalah yang ketiga dalam Islam.


17.
Penyelesaian masalah secara Islam tidak dapat menyelesaikan masalah secara menyeluruh.

18.
Penyelesaian masalah secara Islam dapat menjamin kebahagiaan hidup.

19.
Islam dapat menyelesaikan semua masalah kehidupan manusia di dunia.

20.
Penyelesaian masalah secara Islam memberikan keadilan kepada manusia.

21.
Sistem Kapitalis dapat menyelesaikan masalah ekonomi semasa.

22.
Perpaduan ummah hanya dapat diwujudkan dengan perlaksanaan sistem demokrasi.

23.
Penyelesaian masalah secara Islam adalah menepati kehendak semua manusia.






















Carta di bawah menunjukkan sumber penyelesaian masalah secara Islam.


















Nyatakan perkara P dan Q bagi rajah di atas

24. P : ____________________________

25. Q : ____________________________

Padankan pernyataan di bawah:

Matlamat Penyelesaian Masalah
(X)
Diri dan Keluarga (Y)
Masyarakat (Z)
Negara

Huraian Jawapan
26. Menegakkan keadilan dalam masyarakat.
27. Menghapuskan gejala sosial dan kemungkaran.
28. Memberikan ketenangan dalam kehidupan.
















KERTAS 2

Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.

1. Berikan definisi penyelesaian masalah menurut Islam ?

2. Islam diturunkan oleh Allah s.w.t. bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh manusia.
Nyatakan matlamat penyelesaian masalah secara Islam .

3. Jelaskan matlamat penyelesaian masalah terhadap individu.

4. Terangkan matlamat penyelesaian masalah terhadap masyarakat.

5. Huraikan matlamat penyelesaian masalah terhadap negara.

6. Penyelesaian masalah mesti dilakukan menerusi Islam. Huraikan pernyataan tersebut.

7. Senaraikan sumber-sumber utama penyelesaian masalah secara Islam.

8. Nyatakan sumber-sumber sampingan penyelesaian masalah secara Islam.

9. Islam mampu menyelesaikan masalah. Buktikan.

10. Bagaimanakah al-Quran menyelesaikan masalah kehidupan manusia.
























Jawapan


Skema Jawapan

KERTAS 1
BAHAGIAN A

1. C 2.C 3.A 4.D 5.A 6.C 7.D


BAHAGIAN B

8. Al-Quran dan Hadis. 9. Keadilan 10. Potong tangan.

11. Perbuatan/Perlakuan

12. Al-Quran 13. Al-Hadis 14. Al-Ijmak 15. Al-Qias

16. Salah 17. Salah 18. Betul 19. Betul 20. Betul 21. Salah

22. Salah 23. Betul

24. P : Al-Ijmak / Al-Qias

25. Q : Al-Qias / Al-Ijmak


Jawapan

26. Y

27. Z

28. X















KERTAS 2

1. Pengertian penyelesaian masalah menurut Islam bermaksud menyelesaikan masalah manusia berasaskan syariat Islam yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia seperti ekonomi,politik,sosial dan perundangan.

2. Matlamat penyelesaian masalah ialah :
• Untuk menguatkan keyakinan/keimanan terhadap Allah s.w.t.
• Untuk mewujudkan keseimbangan dan kestabilan dalam kehidupan individu,masayarakat dan negara.
• Untuk memupuk semangat ukhuwwah Islamiyah.
• Untuk menghidupkan semagat jihad.
• Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh individu,masyarakat dan negara.

3. Matlamat penyelesaian masalah terhadap individu ialah :
• Menambah keyakinan / keimanan kepada Allah s.w.t.
• Memberi ketenangan dalam kehidupan.
• Membangkitkan semangat untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh.

4. Matlamat penyelesaian masalah terhadap masyarakat ialah :
• Menegakkan keadilan dalam masyarakat.
• Melahirkan perpaduan dan semangat bekerjasama.
• Supaya hidup dengan aman dan selesa.

5. Matlamat penyelesaian masalah terhadap negara ialah :
• Memajukan negara dari segi ekonomi,politik dan sosial.
• Mengukuhkan perpaduan rakyat.
• Menghapuskan gejala sosial dan kemungkaran.

6. Sebab-sebab penyelesaian masalah mesti dilakukan menerusi Islam :
• Islam agama yang lengkap.
• Islam memberi balasan keatas setiap perbuatan manusia.
• Islam memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kedudukan.
• Islam agama yang sesuai dengan fitrah manusia.
• Dapat mewujudkan perpaduan ummah.

7. Sumber-sumber penyelesaian masalah secara Islam.
• Al-Quran
• As-Sunnah
• Al-Ijmak
• Al-Qias

8. Sumber-sumber sampingan penyelesaian masalah secara Islam.
• Al-Istihsan
• Al-Masalihul mursalah
• Uruf




9. Bukti-bukti Islam mampu menyelesaikan masalah.
• Islam mengharamkan zina untuk mengelakkan masalah anak luar nikah.
• Islam mengharuskan perkahwinan untuk melahirkan zuriat yang bersih.
• Islam mengenakan hukuman potong tangan untuk menyelasaikan masalah kecurian.
• Islam menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba untuk menyelesaikan masalah penindasan.

10. Al-Quran menyelesaikan masalah dengan cara
• Pemberi petunjuk dan pembimbing kepada manusia.
• Memberi peringatan kepada manusia tentang balasan baik dan buruk.
• Menyediakan hukuman yang setimpal.
• Tiada perbezaan kedudukan pangkat.

No comments:

Post a Comment