Wednesday 18 May 2011

Sistem Kehakiman Islam

KERTAS 1

BAHAGIAN A : Soalan Objektif

Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.

1. Prinsip seorang hakim adalah:

A Keadilan
B Keilmuan
C Kejujuran
D Kebijaksanaan

2. Matlamat utama Sistem Kehakiman Islam adalah

A Mengatur kehidupan manusia atas dasar amar ma’aruf nahi mungkar
B Melahirkan masyarakat yang mengamalkan cara hidup Islam.
C Memupuk nilai-nilai bekerjasama dalam masyarakat.
D Menegakkan keadilan menghapus kezaliman.

3. Manakah di antara berikut bukan prinsip kehakiman dalam Islam.

A Bersumber daripada Allah s.w.t.
B Mempunyai keilmuan yang tinggi.
C Menyeru kebaikan mencegah kemungkaran.
D Menegakkan keadilan menghapus kezaliman.

4. Perkataan, perbuatan, pengakuan Nabi Muhammad s.a.w. berfungsi untuk menegaskan hukum dalam al-Quran.

Pernyataan di atas menerangkan tentang ____________
A Al-Ijmak
B Al-Quran
C Al-Hadis
D Al-Qias











5. Kelayakan seorang hakim adalah

i Berani dan tegas
ii Beriman dan bertaqwa
iii Bersih, Cekap, Amanah
iv Berwibawa dan dihormati

A i, ii dan iii
B i , ii dan iv
C ii , iii dan iv
D Ii, iii dan iv

6. Antara tanggungjawab hakim adalah

A Tidak menjatuhkan hukuman ketika marah
B Beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T
C Mencari saksi dan bukti yang sah
D Membicarakan pesalah

7. • Berilmu
• Waras fikiran dan sentiasa tenang
• Berwibawa dan dihormati
• Berani dan tegas

Situasi di atas menerangkan tentang

A Ciri-ciri mukmin
B Ciri-ciri khalifah
C Ciri-ciri ulama
D Ciri-ciri hakim

8. Manakah antara berikut bukan cara menegakkan keadilan dalam Sistem Kehakiman Islam?

A Hukuman yang setimpal mengikut kesalahan.
B Menjatuhi hukuman mengikut bangsa dan agama.
C Hukuman dilaksanakan apabila terdapat bukti dan saksi yang sah.
D Hukumannya berbentuk pengajaran dan pencegahan kepada semua
pihak.

9. Keistimewaan sistem kehakiman Islam ialah:

i Mendidik jiwa agar mentaati Allah s.w.t.
ii Memajukan negara dalam pelbagai aspek.
iii Balasan dan hukuman yang setimpal dengan kesalahan.
iv Undang-undang dan hukumannya kekal dan tidak berubah.

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

10. Sistem kehakiman Islam membela orang yang dizalimi dengan cara:

i Membebaskan tertuduh jika ada keraguan.
ii Keputusan hukuman boleh mengambil kira pandangan orang lain.
iii Hakim bebas dari pengaruh emosi dalam membuat sesuatu keputusan.
iv Memutuskan hukuman tanpa ada kepentingan diri dengan mana-mana
pihak.

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv






































BAHAGIAN B : Respon terhad

Soalan 11 hingga 19

Lengkapkan pernyataan berikut
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa

11.

______ tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak sama ada pendakwa atau tertuduh.


12.

Hakim hendaklah ___________ dan amanah dalam tugasnya.

13.

Hakim tidak boleh mensabitkan kesalahan jika ada ___________.

14.

Syariat Islam adalah untuk mengatur kehidupan manusia atas dasar ______________

15.
Tanggungjawab _______ menjatuhkan hukuman dengan adil dan saksama.

16.
Hakim akan _____________ tertuduh jika ada keraguan.

17.
Dasar kehakiman dan perundangan Islam adalah ciptaan _________

18.
Seorang hakim tidak perlu tunduk kepada sebarang ______________ dalam merealisasikan keadilan.

19.
Prinsip hakim menegak _______ dan menghapuskan kezaliman.












Soalan 20 hingga 23

Tuliskan istilah yang bersesuaian dengan pernyataan berikut di dalam ruangan yang disediakan.
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa

20. Menyandarkan sesuatu hukum yang tiada hukumnya mengikut nas kepada sesuatu hukum asal.

21. Hasil ijtihad majoriti ulama dalam sesuatu perkara pada masa tertentu yang tidak jelas nasnya sama ada dalam al-quran atau hadis.

22.
Perkataan, perbuatan dan pengakuan Nabi Muhammad s.a.w. yang berfungsi untuk menegaskan hukum yang terdapat dalam al-quran.

23.
Kalam Allah s.w.t. yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan malaikat Jibril.





























Soalan 24 hingga 33

Tentukan pernyataan di bawah dengan menandakan ( X ) dan ( Y ) dalam ruangan
yang disediakan.

X Tanggungjawab Hakim Y Kelayakan Hakim

Untuk kegunaan pemeriksa Pernyataan Jawapan

24. Beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.
25. Waras fikiran dan sentiasa tenang.
26. Membebaskan tertuduh jika ada keraguan.
27. Tidak menjatuhkan hukuman ketika marah.
28. Berwibawa dan dihormati.
29. Menjatuhkan hukuman dengan adil dan saksama.
30. Berani dan tegas.
31. Bijaksana dan berpandangan jauh.
32. Menjatuhkan hukuman tanpa ragu kepada pesalah.
33. Berilmu.












Soalan 34 hingga 35.

Carta di bawah menunjukkan sumber-sumber perundangan Islam.













Nyatakan sumber perundangan Islam bagi X dan Y

34. X : ____________________________

35. Y : ____________________________


Soalan 36 hingga 38

Carta di bawah menunjukkan jenis-jenis mahkamah di Malaysia.













Nyatakan jenis-jenis mahkamah yang terdapat di Malaysia

36. P : ____________________________

37. Q : ____________________________

38. R : ____________________________





Soalan 39 hingga 42

Jadual di bawah merujuk kepada perbezaan di antara perundangan Islam dengan perundangan Konvensional.
Lengkapkan jadual di bawah ini.

Perundangan Islam Perundangan Konvensional

____________39______________ Ciptaan Manusia

Sesuai sepanjang zaman _____________40______________

____________41______________ Boleh diubah serta dipinda

____________42______________ Ada cacat celanya



KERTAS 2

Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.

Soalan 1 hingga 6

1. Dalam prosedur kehakiman Islam, hakim tidak boleh menjatuhkan hukuman dalam keadaan marah.
Kemukakan dua hujah mematuhi prosedur tersebut.

2. Nyatakan empat daripada ciri-ciri seorang hakim.

3. Terangkan matlamat utama sistem kehakiman Islam.

4. Terangkan empat akibat terhadap masyarakat sekiranya hakim tidak berlaku adil dalam perbicaraan.

5. Nyatakan sumber-sumber kehakiman Islam.

6. Nyatakan keistimewaan institusi kehakiman dalam Islam melalui perlaksanaannya.













Jawapan





KERTAS 1
BAHAGIAN A

1. A 2.A 3.D 4.C 5.B 6.A 7.D 8.B 9.C 10.C

BAHAGIAN B

11. Hakim 12. Jujur 13. Keraguan 14. Amar Ma’aruf nahi mungkar

15. Hakim 16. Membebaskan 17. Allah

18. tekanan/desakan/paksaan

19. Keadilan 20. Al-Qias 21. Al-Ijmak 22. Al-Hadis

23. Al-Quran

24. Y 25. Y 26. X 27. X 28. Y 29. X

30. Y 31. Y 32. X 33. Y

34. X : Al-Quran

35. Y : Hadis

36. P : Mahkamah Sivil

37. Q : Mahkamah Syariah

38. R : Mahkamah Juvana

39. : Ciptaan Allah s.w.t.

40. : Bersifat sementara

41. : Tetap/mutlak

42. : Sempurna








KERTAS 2

1. Dua hujah mematuhi prosedur tersebut.
• Keadilan dapat ditegakkan.
• Maruah hakim terpelihara
• Keputusan hakim tidak dipertikaikan.
• Mahkamah akan dirujuk dan dihormati sebagai tempat pengadilan.

2. Empat daripada ciri-ciri seorang hakim.
• Berilmu
• Bertakwa dan warak
• Berwibawa dan dihormati
• Berani dan tegas


3. Matlamat utama sistem kehakiman Islam.
• Menegakkan keadilan.
• Menentang kezaliman.
• Melaksanakan undang-undang Allah s.w.t.
• Membela yang dizalimi


4. Empat akibat terhadap masyarakat sekiranya hakim tidak berlaku adil dalam perbicaraan.
• Jenayah tidak dapat dibendung
• Masyarakat akan bertindak sendiri kerana tidak puas hati.
• Berlaku penindasan ke atas golongan yang lemah.
• Masyarakat setiasa hidup dalam ketakutan / terancam.


5. Sumber-sumber kehakiman Islam.
• Al-Quran
• As-Sunnah
• Ijmak
• Qias


6. Keistimewaan institusi kehakiman dalam Islam melalui perlaksanaannya.
• Mendidik jiwa manusia.
• Undang-undang dan hukuman Islam tidak berubah
• Menyediakan ganjaran dan balasan.
• Dasar perundangan Islam adalah ciptaan Allah s.w.t.

2 comments: