Wednesday 18 May 2011

Rabbaniyyah

PELAJARAN 10 : RABBANIYYAH
 









KERTAS 1



BAHAGIAN A : Soalan Objektif



Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat



1

Segala hukum, konsep, prinsip, nilai dan peraturan yang terdapat dalam Islam bersumberkan wahyu Allah s.w.t. dan hadis




Pengertian di atas merujuk kepada

A
Uluhiyyah

B
Rububiyyah

C
Syumuliyyah

D
Rabbaniyyah



2
Selain daripada peraturan hidup, Rabbaniyyah meliputi

i
cara

Ii
hukum

Iii
konsep

iv
prinsip




A
i, ii dan iii

B
i, ii dan iv

C
i, iii dan iv

D
ii, iii dan iv



3
·         Islam agama wahyu bukan ciptaan manusia
·         Seluruh makhluk merupakan hak milik Allah s.w.t.
·         Allah s.w.t. yang menyediakan peraturan hidup




Pernyataan di atas merujuk kepada

A
dasar syariat Islam

B
bentuk Syumuliyyah

C
ciri-ciri agama Islam

D
prinsip-prinsip Rabbaniyyah



4
Prinsip-prinsip Rabbaniyyah ialah

i
Islam menjamin hak asasi manusia

ii
Islam adalah agama yang diwahyukan Allah s.w.t.

iii
Islam dan seluruh makhluk adalah hak milik Allah s.w.t.

iv
Islam menekankan keseimbangan hidup di dunia dan di akhirat




A
i dan ii

B
ii dan iii

C
iii dan iv

D
i dan iv




5
Agama yang diredai Allah s.w.t. ialah

A
Islam

B
Majusi

C
Nasrani

D
Buddha



6
Berikut adalah cara memiliki sifat Rabbaniyyah, kecuali

A
berakhlak mulia dan terpuji

B
berjihad dengan harta dan  nyawa

C
bekerja bersungguh-sungguh untuk kesenangan hidup

D
mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya



7
Berikut merupakan kitab-kitab suci Allah s.w.t. yang diturunkan kepada para nabi, kecuali

A
Injil

B
Zabur

C
Taurat

D
Tsamud



8
Rabbaniyyah bermaksud

A
kesaksian

B
ketuhanan

C
penciptaan

D
pembuktian



9
Manakah antara pernyataan berikut membuktikan Islam agama langit?.

i
Mempunyai kitab suci

ii
Disampaikan oleh utusan Allah s.w.t.

iii
Kelahiran agama Islam tertentu waktunya

iv
Prinsip-prinsipnya boleh dipinda mengikut zaman



A
i, ii dan iii

B
i, ii dan iv

C
i, iii dan iv

D
ii, iii dan iv



10
Agama budaya ialah

A
ajaran yang dibawa melalui rasul

B
ajaran yang bersumberkan wahyu Allah s.w.t.

C
kepercayaan berasaskan bimbingan wahyu

D
ajaran yang berasaskan cita-cita, pengalaman dan penghayatan pengasasnya tanpa bimbingan wahyu



11
Berikut adalah amalan syirik, kecuali

A
menyembah api

B
menyembah berhala

C
menyembah matahari

D
menyembah Allah s.w.t.





BAHAGIAN B : Respon terhad



Soalan 12 hingga 16

Lengkapkan pernyataan berikut.



12

__________________ ialah segala konsep, prinsip, nilai dan peraturan yang bersumberkan wahyu Allah s.w.t.

1

13

____________________ ialah pemberi peraturan hidup kepada seluruh makhluk di dunia ini.

1

14

Konsep ____________________ atau tauhid, memimpin akal manusia mengenal dan mentaati-Nya.

1

15


___________________ dan nahi mungkar merupakan nilai baik yang dianjurkan oleh Allah untuk mengawal keselamatan manusia di dunia dan di akhirat.

1

16

_________________ ialah berusaha bersungguh-sungguh dengan mengorbankan harta benda, nyawa, masa dan tenaga.

1




Soalan 17 hingga 20

Tuliskan istilah yang bersesuaian dengan pernyataan berikut di dalam ruangan yang disediakan

17


Segala hukum, konsep, prinsip, nilai dan peraturan yang terdapat dalam Islam bersumberkan wahyu Allah s.w.t.



1

18

Menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain pada zat, sifat dan perbuatan.



1

19
Sarwajagat atau meliputi seluruh alam



1

20

Terpelihara daripada melakukan dosa kecil dan dosa besar



1














Soalan 21 hingga 26



Untuk kegunaan Pemeriksa
Tandakan (  ü  ) pada pernyataan yang BETUL.
Tandakan (  Î ) pada pernyataan yang SALAH.




1


21

Rabbaniyyah ialah keyakinan dalam hati secara mutlak bahawa Allah s.w.t. ialah pemilik dan pentadbir alam.


1


22

Rabbaniyyah ialah segala peraturan yang terdapat dalam al-Quran bersumberkan wahyu Allah s.w.t. dan hadis.


1


23
Islam adalah agama yang diwahyukan Allah.


1


24
Agama langit merupakan agama ciptaan manusia.


1


25
Al-Quran tidak mampu ditandingi oleh akal manusia yang bijaksana.


1


26
Perkara-perkara ghaib mampu dikaji secara saintifik.





Soalan 27 dan 28

Lengkapkan carta di bawah

X
Y
Syumuliyyah
Waqi’iyyah
Thabat
Pandangan Hidup Islam




27
X : _______________________________


28
Y : _______________________________









Soalan 29 dan 30

Lengkapkan carta di bawah

Contoh : Buddha
Contoh : Islam
Y
X
JENIS-JENIS AGAMA




29
X : _______________________________


30
Y : _______________________________





KERTAS 2

Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.



1
Nyatakan pengertian Rabbaniyyah?.


2
Jelaskan tiga prinsip Rabbaniyyah?.


3
Terangkan dua ciri Islam sebagai agama samawi.


4
Jelaskan perbezaan antara agama langit dan agama budaya


5
Nyatakan dua kelebihan al-Quran berbanding kitab-kitab lain.


6
Huraikan tiga cara memiliki sifat Rabbaniyyah dalam kehidupan seharian


7
Islam agama yang bersih daripada kecacatan dan kekurangan.
Jelaskan hujah bagi membuktikan kebenaran pernyataan di atas.


8
Islam dan seluruh makhluk adalah kepunyaan Allah s.w.t.
Jelaskan cara merealisasikan prinsip tersebut dalam kehidupan manusia.


9
Nyatakan ciri- ciri agama budaya.




Jawapan



PELAJARAN 10 : RABBANIYYAH
 







KERTAS 1



BAHAGIAN A



1
D
7
D
2
D
8
B
3
D
9
A
4
B
10
D
5
A
11
D
6
C





BAHAGIAN B



12
Rabbaniyyah
13
Allah s.w.t.
14
Allahu Ahad
15
Amar Maaruf
16
Jihad
17
Rabbaniyyah
18
Syirik
19
Universal
20
Maksum



21
Î
24
Î
22
ü
25
ü
23
ü
26
Î



27
Rabbaniyyah / Alamiyyah
29
Samawi / langit
28
Alamiyyah / Rabbaniyyah
30
Budaya



KERTAS 2



1
Rabbaniyyah ialah segala hukum, konsep, prinsip, nilai dan peraturan yang terdapat dalam Islam bersumberkan wahyu Allah s.w.t. dan hadis.


2
Prinsip Rabbaniyyah
·         Islam adalah agama yang diwahyukan Allah
·         Islam dan seluruh makhluk merupakan hak Allah
·         Allah sebagai pemberi peraturan hidup
·         Islam bersih daripada sebarang kekurangan


3
Ciri Islam sebagai agama samawi.
·         Kelahiran agama langit tertentu waktunya
·         Ajarannya bersifat kekal dan lengkap
·         Prinsip agama langit bersifat mutlak dan universal
·         Agama langit disampaikan oleh utusan Allah s.w.t.






4
Perbezaan antara agama langit dengan agama budaya
Agama langit
Agama budaya
·         Bersumberkan wahyu Allah s.w.t.
·         Bersumberkan pemikiran manusia
·         Memiliki kitab-kitab suci Allah s.w.t.
·         Memiliki kitab ciptaan sendiri
·         Ajarannya kekal hingga akhir zaman
·         Berubah-ubah berdasarkan situasi dan masa
·         Kebenarannya bersifat mutlak
·         Kebenarannya diragui


5
Kelebihan al-Quran berbanding kitab-kitab lain.
·         Dijamin / dipelihara Allah kandungannya sehingga ke hari akhirat.
·         Bahasanya tidak mampu ditandingi oleh manusia atau jin.
·         Sesuai diamalkan pada semua tempat, masa dan keadaan.
·         Mampu menyelesaikan masalah manusia.


6
Cara memiliki sifat Rabbaniyyah dalam kehidupan seharian
·         Mengerjakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah
·         Berjihad dengan nyawa, harta benda dan fikiran untuk meningkatkan syiar Islam
·         Berakhlak dengan akhlak mulia dan terpuji
·         Beriman dan yakin dengan segala rukun iman


7
Hujah membuktikan Islam agama yang bersih daripada kecacatan dan kekurangan
·         Islam agama yang dicipta oleh Allah s.w.t.
·         Sarjana Barat mengakui kebenaran dan kesempurnaan Islam.
·         Ajaran Islam bersumberkan wahyu Allah s.w.t.


8
Cara merealisasikan prinsip Islam dan seluruh makhluk adalah kepunyaan Allah s.w.t.
·         Taat segala perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangan-Nya
·         Memakmurkan alam mengikut syarak.
·         Menginsafi diri sebagai hamba yang lemah.


9
Ciri-ciri agama budaya
·         Boleh dipinda dan diubah
·         Konsep ketuhannya tidak jelas
·         Bercanggah dengan fitrah kejadian manusia
·         Ajarannya tidak lengkap/ bersifat sementara


No comments:

Post a Comment