Wednesday 18 May 2011

Bimbingan Hadis

PELAJARAN 8 : BIMBINGAN HADIS










KERTAS 1



BAHAGIAN A : Soalan Objektif



Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.





1
Hadis ialah_____________

A
perbuatan dan pengakuan nabi

B
percakapan dan perbuatan nabi

C
percakapan dan pengakuan nabi

D
percakapan, perbuatan dan pengakuan nabi



2
Khalid al-Walid pernah memakan dhob, kemudian ditanya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda sendiri enggan memakannya. Maka para sahabat bertanya; adakah haram memakannya? Baginda menjawab "Tidak! cuma binatang itu tidak ada di negeri kaumku, kerana itulah aku tidak gemar kepadanya".
(Maksud hadis)




Hadis di atas berbentuk

A
Perbuatan rasulullah s.a.w.

B
Pengakuan rasulullah s.a.w.

C
Percakapan rasulullah s.a.w.

D
Pelaksanaan rasulullah s.a.w.



3
Antara berikut yang manakah ciri-ciri perawi dalam hadis sahih?.

A
ilat

B
fasik

C
dhaif

D
thiqah



4
Ciri-ciri perawi hadis Dhaif ialah _________

i
Perawi yang thiqah

ii
Perawi yang lemah

iii
Perawi yang fasik

iv
Perawi yang adil




A
i dan ii

B
ii dan iii

C
iii dan iv

D
i dan iv




5
Apakah yang dimaksudkan dengan perawi hadis?.

A
Teks hadis

B
Orang yang kuat ingatan

C
Orang yang boleh dipercayai

D
Orang yang meriwayatkan hadis



6
Pernyataan berikut adalah benar mengenai peranan hadis, kecuali

A
menjadi sumber rujukan yang pertama

B
menguatkan nas al-Quran yang ringkas

C
menentukan maksud nas al-Quran yang umum

D
menguatkan hukum-hukum yang telah ditetapkan al-Quran



7
Hadis merupakan sumber rujukan kedua selepas ___________

A
al-Qias

B
al-Ijmak

C
al-Quran

D
al-Istihsan



8
"Sesungguhnya setiap amalan itu dimulakan dengan niat"
(Maksud hadis)




Pernyataan di atas merujuk kepada hadis berbentuk _______

A
perbuatan

B
perkataan

C
pengakuan

D
perbuatan dan pengakuan



9
Diriwayatkan oleh seorang yang dituduh pendusta, melakukan perbuatan fasik dan pelupa.




Ciri-ciri di atas adalah gambaran bagi hadis jenis __________

A
Syaz

B
Sahih

C
Dhaif

D
Hasan



10
____________ merupakan orang yang paling banyak meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w.

A
Abu Bakar al-Arabi

B
Abdul Rahman b. Auf

C
Abdul Rahman b. Shakhar

D
Abdullah  b.  Abdul Mutalib



















BAHAGIAN B : Respon terhad.



Soalan 11 hingga 15

Lengkapkan pernyataan berikut.



11
Fahaman ______________ ialah fahaman yang menolak hadis.


1
12
_______________ dan hadis tidak boleh dipisah-pisahkan.


1
13
Antara kepentingan hadis ialah ___________ hukum-hukum yang terdapat nasnya dalam al-Quran.


1
14
Menolak al-Quran dan hadis akan membawa kepada ___________.


1
15
Hadis yang diriwayatkan oleh golongan yang dituduh pendusta adalah termasuk dalam jenis hadis ________________.


1





Soalan 16 hingga 20

Tuliskan istilah yang bersesuaian dengan pernyataan berikut di dalam ruangan yang disediakan.
16
Orang yang meriwayatkan hadis



1
17
Periwayat-periwayat hadis yang bermula dari pengumpul hadis hingga kepada nabi Muhammad s.a.w.



1
18
Orang yang dipercayai, adil, amanah serta menjauhi perkara-perkara maksiat.



1
19
Teks atau isi hadis



1
20
Orang yang cukup kuat ingatan.



1









Soalan 21 hingga 26

Tandakan  pernyataan di bawah dengan ( X ) atau ( Y ) dalam ruangan yang disediakan.





X
Wahyu

Y
Hadis





Pernyataan
Jawapan
1


21
Diturunkan hanya kepada nabi dan rasul

1


22
Menghuraikan nas-nas yang mujmal

1


23
Perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah s.a.w.

1


24

Penurunannya telah terhenti selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

1


25
Mentakhsiskan maksud nas yang umum

1


26
Kalam Allah s.w.t. yang mutlak




Soalan 27 hingga 30

Carta di bawah berkaitan jenis-jenis hadis
Ada illat

Tiada illat
Y
X
Hadis Hasan
Jenis-jenis hadis

Namakan hadis X dan Y




27
X : ____________________________




28
Y : ____________________________




Nyatakan dua ciri bagi hadis X


29
i) __________________________________________________________


30
ii) __________________________________________________________
Soalan 31 hingga 35

Lengkapkan carta di bawah berkaitan sumber perundangan Islam mengikut keutamaan.


P

Q
Sumber Perundangan Islam
R
S

Nyatakan sumber di P, Q, R dan S.



31
P : ___________________



32
Q : ___________________



33
R : ___________________



34
S : ___________________



35
Berikan pengertian sumber Q dengan lengkap.



_______________________________________________________________________________




Soalan 36 hingga 43

Lengkapkan petikan di bawah berdasarkan pilihan jawapan yang disediakan.



78 tahun

5,374 buah

Bapa kucing

7 Hijrah







Madinah

Abu Hurairah

Meriwayatkan

57 Hijrah




_____36____ atau nama sebenarnya Abdul Rahman bin Sakhar memeluk Islam pada bulan Muharam tahun ______37______ . Beliau merupakan orang yang paling banyak _____38______ hadis Rasulullah s.a.w. iaitu sebanyak ____39_____ buah hadis. Beliau wafat di _____40_____ pada tahun ______41_______ ketika berusia ____42___ . Digelar Abu Hurairah yang bermaksud ______43_______ kerana beliau amat menyayangi binatang tersebut.



36
____________________________


37
____________________________


38
____________________________


39
____________________________


40
____________________________


41
____________________________


42
____________________________


43
____________________________





KERTAS 2

Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.





1
Jelaskan pengertian hadis dengan lengkap.


2
Nyatakan tiga kepentingan hadis sebagai sumber rujukan kedua selepas al-Quran.


3
Antara syarat bagi perawi Hadis Sahih ialah adil.
Jelaskan ciri-ciri adil bagi seorang perawi hadis.


4
Apakah tindakan yang patut dilakukan oleh umat Islam sekiranya menghadapi masalah yang tidak terdapat dalam al-Quran


5
Jelaskan tiga kesan fahaman antihadis kepada masyarakat


6
Jelaskan dua langkah yang perlu dilaksanakan supaya hadis sentiasa dihayati oleh umat Islam


Jawapan

PELAJARAN 8 : BIMBINGAN HADIS










KERTAS 1



BAHAGIAN A



1
D
6
A
2
B
7
C
3
D
8
B
4
B
9
C
5
D
10
C



BAHAGIAN A



11
Anti hadis
12
al-Quran
13
Menguatkan / memperkukuhkan / memantapkan
14
Kesesatan / kekufuran
15
Dhaif
16
Perawi
17
Sanad
18
Thiqah
19
Matan
20
Dhabit



21
X
24
X
22
Y
25
Y
23
Y
26
X



27
X = Hadis Sahih
28
Y = Hadis Dhaif
29
&
30
·         Perawinya adil, thiqah dan adil
·         bersambung sanad kepada Rasulullah s.a.w.
·         Tidak ada syaz



31
P = al-Quran
32
Q = al-Hadis
33
R = al-Ijmak
34
S = al-Qias
35
Perkataan, perbuatan atau pengakuan Rasulullah s.a.w.
36
Abu Hurairah
37
7 Hijrah
38
Meriwayatkan
39
5,374 buah
40
Madinah
41
57 Hijrah
42
78 tahun
43
Bapa kucing

KERTAS 2



1
Hadis ialah sesuatu yang diterima daripada Rasulullah s.a.w. sama ada perkataan, perbuatan dan pengakuan baginda.


2
Kepentingan hadis sebagai rujukan selepas al-Quran
·         Menguatkan hukum-hukum yang terdapat dalam al-Quran
·         Menghuraikan nas-nas al-Quran yang mujmal / ringkas
·         Mengkhususkan ayat al-Quranyang umum
·         Membatasi hukum ayat al-Quran yang mutlak


3
Ciri-ciri adil bagi seorang perawi hadis
·         Taat kepada Allah s.w.t.
·         Menjauhi perbuatan maksiat
·         Menghindarkan diri daripada dosa kecil yang boleh mencemarkan agama
·         Tidak melakukan dosa besar
·         Tidak mengikut pendapat atau fahaman yang bertentangan syarak


4
Tindakan yang patut dilakukan oleh umat Islam sekiranya menghadapi masalah yang tidak terdapat dalam al-Quran
·         Merujuk kepada hadis Rasulullah s.a.w.
·         Jika tidak dinyatakan dalam hadis, hendaklah merujuk ijmak ulamak.
·         Jika tiada ijmak ulamak, hendaklah merujuk kepada Qias.


5
Kesan fahaman anti hadis kepada masyarakat
·         Hilang rasa hormat terhadap nabi yang menjadi rasul pilihan Allah s.w.t.
·         Menolak al-Quran
·         Umat Islam akan berpecah belah jika terdapat banyak pentafsiran dalam agama
·         Ajaran al-Quran yang umum tidak dapat difahami oleh umat Islam.


6
Langkah yang perlu dilaksanakan supaya hadis sentiasa dihayati oleh umat Islam
·         Menterjemahkan kitab-kitab hadis ke bahasa Melayu
·         Menubuhkan Darul Hadis iaitu satu pusat pengajian yang bertanggungjawab memberi kefahaman tentang hadis kepada masyarakat.
·         Hadis dijadikan mata pelajaran wajib bagi semua peringkat kurikulum pendidikan.
·         Mengenakan tindakan yang tegas kepada golongan antihadis.








No comments:

Post a Comment