Wednesday 18 May 2011

Ting. 5 : Falsafah Perundangan Islam Unit 4

KERTAS 1

BAHAGIAN A : Soalan Objektif

Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.

1 Perkara yang digalakkan untuk ditinggalkan


Pernyataan di atas merujuk kepada
A Wajib
B Sunat
C Haram
D Makruh

2 Hukum sunat bermaksud
A Digalakkan untuk dilakukan
B Digalakkan untuk ditingalkan
C Perintah Allah s.w.t. yang wajib dilakukan
D Larangan Allah s.w.t. yang mesti ditinggalkan

3 Solat berjemaah ialah perbuatan
A Wajib
B Sunat
C Haram
D Harus

4 Tidur berlebihan, makan petai, merokok adalah contoh bagi perbuatan :


A Wajib
B sunat
C Haram
D Makruh

5 • Mendapat kemurkaan Allah s.w.t.
• Amalan yang dilakukan terpesong daripada kebenaran
• Kehidupan seseorang tidak akan tenang dan sentiasa gelisah


Elemen-elemen di atas merujuk kepada
A Hikmat penetapan hukum wajib
B Hikmat penetapan hukum harus
C Implikasi perlanggaran hukum harus
D Implikasi perlanggaran hukum wajib




6 Hikmat penetapan hukum haram ialah
A Memastikan manusia tidak meninggalkan perkara asas dalam agama
B Mendorong umat Islam sentiasa melakukan kebaikan seperti bersedekah
C Memastikan kepentingan diri manusia terpelihara daripada kerosakan
D Supaya manusia berhati-hati dan tidak terjerumus kepada perbuatan haram

7 Antara implikasi terhadap pelanggaran hukum wajib ialah
A Menghalang seseorang daripada mendapat pahala
B Amalan yang dilakukan terpesong daripada kebenaran
C Menghampirkan seseorang dengan perbuatan yang sia-sia
D Mewujudkan sikap sombong dan hilang perasaan belas kasihan

8 Allah s.w.t. menetapkan hukum harus supaya umat Islam
i Bijak membuat pilihan mengikut kesesuaian
ii Tidak meninggalkan perkara asas dalam agama
iii Mendapat rahmat dan kasihan belas Allah s.w.t
iv Bebas untuk melaksanakan sesuatu atau sebaliknya

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

9 Berikut ialah implikasi terhadap perbuatan haram yang dilakukan oleh manusia kecuali
i Mewujudkan perasaan belas kasihan
ii Menghalang seseorang mendapat pahala
iii Hilang rahmat dan petunjuk daripada Allah s.w.t.
iv Berkeinginan untuk melakukan perkara-perkara mungkar

A i dan ii
B ii dan iii
C iii dan iv
D i dan iv

10 Hikmat penetapan hukum haram ialah
i Memastikan manusia mendapat pahala
ii Memastikan kepentingan diri manusia terpelihara
iii Memastikan manusia tidak melakukan kerosakan dan penindasan
iv Memastikan manusia sentiasa berdisiplin dengan meninggalkan larangan Allah s.w.t

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv




BAHAGIAN B : Respon terhad.

Soalan 11 hingga 41


Lengkapkan pernyataan berikut
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa

11
Meninggalkan perkara _________ tidak berdosa.

12
Melakukan perkara wajib mendapat balasan ___________ dan nikmat syurga.
13
Maksud hukum haram ialah _________________ Allah s.w.t.
14
Membunuh ialah contoh perbuatan ___________ dalam Islam.
15
Memakai pakaian yang beraneka fesyen adalah ______________asalkan tidak bertentangan dengan syariat.
16
Solat ialah ____________________ agama dalam Islam.
17
Allah s.w.t. mewajibkan umatNya menunaikan ibadat haji bagi yang ______________________________.
18
Berzina diharamkan kerana perbuatan tersebut merosakkan __________________ manusia.
19

Perbuatan mencuri diharamkan kerana perkara ini boleh mengganggu _______________________ awam.







20
Riba diharamkan dalam Islam kerana perbuatan tersebut ________________ golongan yang lemah.


21
Membasuh anggota wuduk melebihi tiga kali adalah perbuatan ______________.

22
Umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat ______________ apabila memasuki masjid.

23
Menggunakan air secara berlebihan-lebihan semasa berwuduk adalah ___________.


Tuliskan istilah yang betul di dalam ruangan yang disediakan
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa


24
Ganjaran yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada orang Islam yang melakukan kebaikan



25
Perkara yang digalakkan oleh agama untuk dilakukan


26
Diberi kebebasan kepada umat Islam sama ada ingin melakukan perbuatan tersebut atau sebaliknya


27
Memastikan kehidupan manusia aman, sejahtera dan bebas daripada perbuatan yang ditegah Allah s.w.t


28
Menguji manusia sama ada mematuhi perintah Allah s.w.t. dengan sepenuhnya

29
Supaya manusia berhati-hati dan tidak terjerumus kepada perbuatan haram










Untuk kegunaan Pemeriksa Tandakan (  ) pada pernyataan yang BETUL.
Tandakan (  ) pada pernyataan yang SALAH.




30
Melakukan perkara wajib mendapat balasan pahala dan nikmat syurga.


31
Melaksanakan perkara sunat tidak mendapat apa-apa balasan.


32
Meninggalkan perkara makruh mendapat balasan pahala dan nikmat syurga.


33
Meninggalkan perkara haram mendapat balasan pahala dan nikmat syurga.


34
Solat, puasa, zakat dan haji merupakan perbuatan wajib.


35
Meninggalkan perkara sunat mendapat balasan pahala dan nikmat syurga.


36
Allah s.w.t menetapkan hukum sunat supaya umat Islam sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.


37
Allah s.w.t menetapkan hukum harus supaya umat Islam bijak membuat pilihan.























Carta di bawah berkaitan dengan implikasi pelanggaran hukum wajib

















Nyatakan implikasi pelanggaran hukum wajib bagi

38 X : _______________________________________________________________

39 Y : _______________________________________________________________

Tuliskan contoh amalan yang ada kaitan dengan implikasi pada X dan Y

40 X : ____________________________

41 Y : ____________________________






















KERTAS 2

Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.

1 Berikan maksud hukum harus.

2 Nyatakan pengertian hukum wajib.

3 Apakah maksud hukum makruh?.

4 Nyatakan maksud hukum haram.

5 Nyatakan pengertian hukum sunat.

6 Nyatakan dua contoh perbuatan yang wajib dilakukan dan dua contoh perbuatan yang sunat dilakukan.

7 Berikan dua contoh perbuatan yang makruh dilakukan.

8 Jelaskan dua hikmat penetapan hukum harus.

9 Jelaskan dua hikmat penetapan hukum wajib.

10 Jelaskan dua hikmat penetapan hukum haram.

11 Terangkan hikmat penetapan hukum makruh.

12 Nyatakan hikmat penetapan hukum sunat terhadap umat Islam.

13 Terangkan dua implikasi jika anda terlibat dengan perbuatan haram.

14 Jelaskan dua cara untuk mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan makruh.

15 Segala hukum yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. adalah untuk memenuhi keperluan hidup manusia.
Jelaskan kesan hukum-hukum tersebut dalam kehidupan manusia.

16 Islam menggalakkan umatnya supaya melakukan perbuatan sunat.
Bagaimanakah cara mendorong rakan anda supaya melakukan perkara sunat?.

17 Terangkan dua perbezaan antara hukum wajib dan hukum haram.













KERTAS 1

BAHAGIAN A

1. D 2. A 3 B 4. D 5. D
6. C 7. B 8. C 9. A 10. D


BAHAGIAN B

12 Sunat
13 Pahala
14 Larangan
15 Haram
16 Harus
17 Tiang / asas
18 Berkemampuan / berkuasa
19 Keturunan / nasab
20 ketenteraman
21 Menindas
22 Makruh
23 Tahiyatul masjid
24 Makruh
25 Pahala / syurga
26 Sunat
27 Harus
28 Haram
29 Wajib
30 Makruh
31 ü
32 Î
33 ü
34 ü
35 ü
36 Î
37 Î
38 ü
39 kehidupan tidak akan tenang dan sentiasa berada dalam kegelisahan
40 amalan yang dilakukan terpesong daripada kebenaran
41 Contoh bagi X
• meninggalkan solat
• Meninggalkan puasa
• Meninggalkan zakat
42 Contoh bagi Y
• menyembah berhala
• Memuja kubur
• Memuja pokok
• Memuja pantai

KERTAS 2

1 Maksud hukum harus
• Perkara yang diberikan kebebasan kepada seseorang untuk melakukan atau meninggalkannya

2 Pengertian hukum wajib ialah
• Perintah Allah s.w.t. yang mesti dilaksanakan

3 Maksud hukum makruh ialah
• Perkara yang digalakkan untuk ditinggalkan

4 Maksud hukum haram ialah
• Larangan Allah s.w.t. yang mesti ditinggalkan

5 Pengertian hukum sunat ialah
• Perkara yang digalakkan untuk dilakukan serta diberikan ganjaran pahala

6 Dua contoh perbuatan yang wajib dilakukan dan dua contoh perbuatan yang sunat dilakukan.
• Perbuatan wajib : solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan
• Perbuatan sunat : puasa sunat, bersedekah, senyum, memberi salam

7 Dua contoh perbuatan yang makruh dilakukan.
• Membasuh anggota wuduk melebihi 3 kali
• Merokok
• Makan makanan yang berbau busuk
• Berpakaian yang berbau busuk, kotor ketika solat

8 Dua hikmat penetapan hukum harus ialah
• Memberi kebebasan kepada umat Islam sama ada ingin melakukannya atau sebaliknya
• Memberi kelonggaran kepada umat Islam untuk membuat pilihan
• Membuktikan rahmat dan kasihan belas Allah s.w.t. kepada manusia

9 Dua hikmat penetapan hukum wajib ialah
• Memastikan manusia melakukan perkara yang membawa kebaikan
• Memastikan manusia tidak meninggalkan perkara asas dalam agama
• Memastikan kepentingan, keselamatan dan keharmonian hidup manusia terpelihara
• Menguji manusia sama ada mematuhi atau mengingkari perintah Allah s.w.t.





10 Dua hikmat penetapan hukum haram ialah
• Memastikan kepentingan diri manusia terpelihara
• Memastikan kehidupan manusia lebih aman dan sejahtera
• Memastikan manusia tidak melakukan kerosakan dan penindasan
• Memastikan manusia sentiasa berdisiplin dengan meninggalkan larangan Allah s.w.t.

11 Hikmat penetapan hukum makruh ialah
• Supaya manusia berhati-hati dan tidak terjerumus kepada perbuatan haram
• Supaya kepentingan dan keselesaan awam terpelihara
• Supaya disenangi oleh orang lain
• Supaya gemar melakukan perkara baik

12 Hikmat penetapan hukum sunat terhadap umat Islam ialah
• Mendorong mereka melakukan kebaikan
• Mendorong mereka sentiasa mendekatkan diri kepada Allah s.w.t
• Memberi peluang kepada mereka untuk menambah pahala ibadat
• Menghapuskan dosa-dosa kecil yang telah dilakukan
• Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia

13 Dua implikasi jika anda terlibat dengan perbuatan haram ialah
• Tidak akan tenang dan akan menghadapi masalah
• Hilang rahmat dan petunjuk Allah s.w.t
• Wujud sikap sombong dan bangga diri
• Sentiasa berkeinginan untuk melakukan perkara mungkar

14 Dua cara untuk mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan makruh ialah dengan
• Elakkan diri daripada pembaziran
• Elakkan diri daripada melakukan perkara yang sia-sia
• Sentiasa melakukan perkara sunat

15 Segala hukum yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. adalah untuk memenuhi keperluan hidup manusia.
Kesan hukum-hukum tersebut dalam kehidupan manusia ialah
• Hidup manusia akan lebih teratur
• Manusia dapat membezakan antara yang baik dan buruk
• Manusia tidak akan melakukan perbuatan haram
• Sentiasa melakukan perkara-perkara wajib

16 Islam menggalakkan umatnya supaya melakukan perbuatan sunat.
Cara mendorong rakan anda supaya melakukan perkara sunat
• Menjadikan diri sendiri sebagai contoh dalam perbuatan tersebut
• Menerangkan kelebihan mengamalkan perkara sunat
• Mengajar cara terbaik mengamalkan perkara sunat
• Menyebarkan risalah tentang amalan sunat




17 Dua perbezaan antara hukum wajib dan hukum haram.
Hukum wajib Hukum haram
• Suruhan Allah s.w.t. yang wajib dilaksanakan
• Mendapat balasan pahala dan nikmat syurga jika dilakukan
• Mendapat balasan dosa dan azab neraka jika ditinggalkan
• Perkara baik yang wajib menjadi asas kepada ajaran Islam • Larangan Allah s.w.t. yang mesti ditingalkan
• Mendapat balasan dosa dan azab neraka jika dilakukan
• Mendapat balasan pahala dan nikmat syurga jika ditinggalkan
• Perkara buruk yang membawa kemusnahan kepada manusia

No comments:

Post a Comment