Wednesday 18 May 2011

Ting. 5 : Falsafah Perundangan Islam Unit 2

KERTAS 1

BAHAGIAN A : Soalan Objektif

Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.

1 Pernyataan manakah yang bukan merujuk kepada kebaikan ijtihad
A Memastikan hukum Islam dapat dikembangkan secara berterusan.
B Memastikan umat Islam sentiasa berpegang teguh dengan hukum yang baru.
C Memastikan peristiwa yang berlaku dapat diselesaikan mengikut kaedah Islam.
D Memberikan peluang kepada mujtahid untuk mengeluarkan pendapat masing-masing.

2 Antara berikut yang manakah bukan matlamat fatwa
A Mengelakkan perselisihan pendapat dalam masyarakat
B Memastikan umat Islam sentiasa patuh kepada perintah Allah s.w.t
C Memastikan masyarakat prihatin dengan setiap fatwa yang dikeluarkan
D Menyelesaikan masalah dalam masyarakat dengan cara yang terbaik berlandaskan al-Quran dan al-Hadis.

3 Berikut merupakan keperluan ijtihad kecuali
A Mengelakkan pertikaian dalam menyelesaikan masalah.
B Menyelesaikan setiap masalah yang timbul dengan sempurna.
C Menggalakkan para ulama berfikir untuk mencari hukum yang baru
D Merapatkan hubungan para ulama ketika berbincang mengenai sesuatu hukum yang baru

4 Yang manakah bukan matlamat fikah
A Mewujudkan sebuah negara yang harmoni.
B Mewujudkan sebuah masyarakat yang aman damai.
C Menentukan perintah Allah s.w.t sesuai sepanjang masa.
D Memudahkan kefahaman individu terhadap suruhan dan larangan Allah s.w.t

5 Berikut merupakan fatwa yang telah diwartakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kecuali
A Hukum haram pengklonan manusia
B Hukum gantung kepada pengedar dadah
C Hukum harus menderma organ badan manusia
D Hukum harus bayi tabung uji daripada pasangan suami isteri yang sah



6 Suatu usaha yang dilakukan secara bersunguh-sungguh untuk menghasilkan penetapan sesuatu hukum syarak berdasarkan al-Quran dan al-Hadis


Pernyataan di atas merujuk kepada
A Qadha
B Fatwa
C Ijtihad
D Fikah

7 Antara berikut ialah matlamat Qadha kecuali
A Menyelesaikan pertelingkahan antara kedua-dua belah pihak yang bertelagah
B Memastikan hukuman yang dijatuhkan setimpal dan adil kepada semua pihak
C Mengelakkan berlaku huru-hara di luar mahkamah selepas sesuatu perbicaraan
D Memastikan pihak yang bertelagah menghormati keputusan yang dibuat oleh mahkamah

8 Yang manakah tidak benar mengenai kebaikan qadha
A Keputusan yang dibuat oleh mahkamah berdasarkan kenyataan saksi
B Keputusan yang dibuat berdasarkan pertimbangan yang wajar dan adil
C Hukuman yang dijatuhkan bersumberkan dalil-dalil dan hujah yang benar
D Hukuman diputuskan oleh orang yang adil dan berkelayakan dalam bidang tersebut

9 Berikut merupakan kebaikan fikah kecuali
A Membolehkan umat Islam melaksanakan ibadat tanpa keraguan
B Menggalakkan umat Islam agar sentiasa beribadat kepada Allah s.w.t
C Menentukan hukum Islam sesuai diamalkan dalam kehidupan manusia
D Menjadikan hukum Islam berkembang serta bersesuaian dengan masa, tempat dan keadaan

10 Yang manakah bukan matlamat ijtihad
A Memastikan hukum-hukum Islam sentiasa berkembang
B Keputusan yang dikeluarkan menepati kehendak syarak
C Memastikan para ulamak sentiasa mencari hukum yang baru
D Memastikan setiap keputusan yang dilakukan boleh diterima dan sesuai dengan keadaan

11 Berikut adalah kebaikan fatwa kecuali
A Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu
B Menjadikan umat Islam patuh kepada ajaran agama
C Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin dan harmoni
D Melahirkan umat Islam yang sentiasa berfikir dalam mencari kebenaran







12 Fatwa manakah yang telah diputuskan oleh Majlis fatwa Kebangsaan?
i Hukum haram pengklonan manusia
ii Hukum wajib menutup aurat
iii Hukum wajib sembahyang Jumaat
iv Hukum harus menderma organ badan manusia

A i dan ii
B ii dan iii
C iii dan iv
D i dan iv

13 Pernyataan manakah yang merupakan matlamat ijtihad?.
i Keputusan yang dikeluarkan menepati kehendak syarak
ii Memastikan hukum-hukum Islam sentiasa berkembang
iii Menyelesaikan masalah yang timbul secepat mungkin
iv Memastikan setiap keputusan boleh diterima dan sesuai dengan keadaan

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

14 Pernyataan manakah yang menunjukkan kebaikan fatwa
i Menyelesaikan masalah yang timbul dalam masyarakat dengan cepat
ii Melahirkan umat Islam yang sentiasa berfikir dalam mencari kebenaran
iii Menjadikan umat Islam yang patuh kepada ajaran agama
iv Mewujudkan umat Islam yang berdisiplin dan harmoni

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv




















BAHAGIAN B : Respon tehad.

Soalan 15 hingga 35


Lengkapkan pernyataan berikut
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa

15
______________ bermaksud ahli hukum Islam yang memutuskan sesuatu hukum fikah berasaskan bimbingan al-Quran, al-Hadis dan menurut pendapatnya sendiri.

16
Hukum _____________ yang diputuskan oleh pihak mahkamah mempunyai keperluan, matlamat dan kebaikan untuk seluruh manusia.

17
___________ bermaksud sesuatu usaha yang dilakukan secara bersunguh-sungguh untuk menghasilkan penetapan sesuatu hukum syarak berasaskan al-Quran dan al-Hadis.

18
____________ ialah sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa yang telah diwartakan berhubung dengan suatu hukum syarak bagi menyelesaikan masalah semasa.





























Tuliskan istilah yang betul di dalam ruangan yang disediakan
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa

19 Penghakiman atau keputusan yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah dalam sesuatu perbicaraan berdasarkan hujah dan bukti yang nyata



20 Ahli hukum Islam yang memutuskan sesuatu hukum fikah berasaskan bimbingan al-Quran, al-Hadis dan menurut pendapatnya sendiri


21 Orang lelaki dan perempuan yang sah dikahwinkan antara kedua-duanya

22 Kefahaman tentang hukum amali yang diijtihadkan oleh para mujtahid yang diambil daripada dalil-dalil syarak


23 Suatu usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh untuk menghasilkan penetapan sesuatu hukum syarak berdasarkan al-Quran dan al-Hadis


24 Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa yang telah diwartakan berhubung dengan suatu hukum syarak bagi menyelesaikan masalah semasa





















Untuk kegunaan Pemeriksa Tandakan ( ü ) pada pernyataan yang BETUL.
Tandakan ( Î ) pada pernyataan yang SALAH.




25
Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang ajnabi tidakmembatalkan wuduk menurut mazhab Syafii




26
Fatwa ialah sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa yang telah diwartakan berhubung dengan suatu hukum syarak bagi menyelesaikan masalah semasa




27
Qadha ialah hukum yang diputuskan oleh mahkamah berdasarkan bukti-bukti yang benar



28
Setiap fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa tidak mempunyai penguatkusaan undang-undang



29
Hukum fikah yang diijtihadkan oleh para mujtahid mempunyai keperluan, matlamat dan kebaikan kepada semua manusia



30
Mujtahid bermaksud ahli hukum Islam yang memutuskan sesuatu hukum fikah berasaskan bimbingan al-Quran, al-Hadis dan pendapatnya sendiri


Tentukan pernyataan di bawah dengan menandakan ( X ) dan ( Y ) dalam ruangan yang disediakan.


X Fatwa Y Ijtihad

Pernyataan Jawapan

31 Mempunyai kesan penguatkuasaan undang-undang
32 Merujuk kepada pelbagai sumber

33
Berkaitan dengan hal umum sama ada yang berkaitan atau yang tidak berkaitan dengan agama
34 Merujuk kepada al-Quran, al-Hadis, al-Ijmak dan al-Qias
35 Berkaitan dengan hukum-hukum agama

KERTAS 2

Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.

1 Senaraikan tiga fatwa yang telah diwartakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

2 Nyatakan pengertian fikah dan contohnya.

3 Jelaskan pengertian qadha dan contohnya.

4 Terangkan tiga perbezaan antara fatwa dengan ijtihad.

5 Jelaskan tiga perbezaan antara fatwa dengan pendapat.

6 Terangkan kepentingan fatwa kepada masyarakat.

7 Berikan pengertian istilah-istilah berikut :
1. Fatwa
2. Ijtihad
3. Fikah
4. Qadha

8 Jelaskan kebaikan qadha kepada seluruh manusia.

9 Jelaskan kepentingan ijtihad pada masa kini.

10 Apakah kebaikan fatwa kepada umat Islam pada masa kini?

11 Jelaskan keperluan fatwa yang diwartakan oleh Majlis Fatwa kepada masyarakat umum.

12 Terangkan kebaikan hukum fikah terhadap manusia.

13 Jelaskan keperluan hukum fikah dalam kehidupan manusia seharian.

14 Nyatakan matlamat qadha terhadap manusia.

15 Mengapakah manusia perlu kepada ijtihad.

16 Berikan tiga tujuan ijtihad.

17 Jelaskan tiga matlamat fatwa.












KERTAS 1

BAHAGIAN A

1. D 2. C 3. D 4. A 5. B
6. C 7. C 8. A 9. B 10. C
11. A 12. D 13. B 14. D

BAHAGIAN B

15 Mujtahid
16 Qadha
17 Ijtihad
18 Fatwa
19 Qadha
20 Mujtahid
21 Ajnabi
22 Fikah
23 Ijtihad
24 Fatwa
25 X
26 ü
27 ü
28 X
29 ü
30 ü
31 X
32 Y
33 Y
34 X
35 X















KERTAS 2

37 Tiga fatwa yang telah diwartakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
• Hukum bunuh kepada pengedar dadah
• Hukum haram pengklonan manusia
• Hukum harus menderma organ badan manusia
• Hukum harus bayi tabung uji daripada pasangan suami isteri

38 Pengertian fikah dan contohnya ialah
• Kefahaman tentang hukum amali yang diijtihadkan oleh para mujtahid yang diambil daripada dalil-dalil syarak
• Contohnya bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang ajnabi membatalkan wuduk menurut mazhab Shafii
39 Pengertian qadha dan contohnya ialah
• Penghakiman atau keputusan yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah dalam sesuatu perbicaraan berdasarkan hujah dan bukti yang nyata.
• Contohnya : hakim memutuskan hukuman supaya suami menceraikan isterinya setelah suami tidak melaksanakan tanggungjawabnya

40 Tiga perbezaan antara fatwa dengan ijtihad ialah

Fatwa Ijtihad
• Dikeluarkan oleh Majlis Fatwa
• Mempunyai kesan penguatkuasaan
• Merujuk kepada al-Quran, al-Hadis, al-Ijmak dan al- Qias • Dikeluarkan oleh individu yang berkelayakan
• Tidak mempunyai kesan penguatkuasaan undang-undang
• Merujuk kepada sumber yang pelbagai



41 Tiga perbezaan antara fatwa dengan pendapat ialah

Fatwa Pendapat
• Dikeluarkan oleh Majlis Fatwa
• Berkaitan dengan hal agama
• Wajib dipatuhi
• Merujuk kepada sumber yang disepakati ulama • Dikeluarkan oleh individu
• Berkaitan dengan hal umum
• Tidak wajib dipatuhi
• Merujuk kepada pelbagai sumber



42 Kepentingan fatwa kepada masyarakat ialah
• Menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul
• Mengelakkan masyarakat berpegang kepada pendapat individu
• Menghilangkan keraguan terhadap sesuatu isu



43 Pengertian istilah-istilah berikut :
5. Fatwa
6. Ijtihad
7. Fikah
8. Qadha
• Fatwa : Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa berhubung hukum syarak bagi masalah baru berlandaskan al-Quran dan al-Hadis
• Ijtihad : Pendapat ulama mujtahid terhadap sesuatu perkara baru yang tidak terdapat hukumnya dalam al-Quran dan al-Hadis
• Fikah : Hukum amali yang diijtihadkan oleh para mujtahidin berdasarkan dalil-dalil syarak
• Qadha : Keputusan yang diputuskan oleh hakim / penguasa di dalam suatu hukuman atau perbicaraan berdasarkan hujah dan bukti

44 Kebaikan qadha kepada seluruh manusia ialah
• Hukuman yang dijatuhkan bersumberkan dalil-dalil dan hujah yang benar
• Keputusan yang dibuat berdasarkan pertimbangan yang wajar dan adil
• Hukuman yang diputuskan oleh orang yang adil dan berkelayakan

45 Kepentingan ijtihad pada masa kini ialah
• Memastikan hukum Islam dapat dikembangkan secara berterusan
• Memastikan umat Islam sentiasa berpegang teguh dengan hukum yang baru
• Memastikan peristiwa yang berlaku dapat diselesaikan mengikut kaedah Islam
• Memberikan peluang kepada mujtahid untuk mengeluarkan hukum yang tidak dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran dan al-Hadis

46 Kebaikan fatwa kepada umat Islam pada masa kini ialah
• Menjadikan umat Islam patuh kepada ajaran agama
• Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin dan harmoni
• Melahirkan umat Islam yang sentiasa berfikir dalam mencari kebenaran

47 Keperluan fatwa yang diwartakan oleh Majlis Fatwa kepada masyarakat umum ialah
• Menghilangkan keraguan masyarakat terhadap sesuatu hukum
• Mengelakkan masyarakat berpegang kepada hukum yang dikeluarkan oleh individu
• Memberikan keyakinan kepada umat Islam untuk berpegang kepada hukum agama
• Menyelesaikan masalah yang tidak terdapat hukum secara nyata dalam al-Quran dan al-Hadis




48 Kebaikan hukum fikah terhadap manusia ialah
• Membolehkan umat Islam melaksanakan ibadat tanpa keraguan
• Menentukan hukum Islam sesuai diamalkan dalam kehidupan manusia
• Menjadikan hukum Islam berkembang serta bersesuaian dengan masa, tempat dan keadaan

49 Keperluan hukum fikah dalam kehidupan manusia seharian ialah
• Memudahkan umat Islam berpegang teguh dengan hukum agama
• Meyakinkan umat Islam untuk melaksanakan ibadat kepada Allah s.w.t
• Menentukan hukum Allah s.w.t sesuai dilaksanakan pada setiap masa, tempat dan keadaan
• Memastikan umat Islam dapat mematuhi peraturan-peraturan yang terkandung dalam hukum agama
• Menentukan hukum halal dan haram

50 Matlamat qadha terhadap manusia ialah
• Menyelesaikan pertelingkahan antara kedua-dua belah pihak yang bertelagah
• Memastikan hukuman yang dijatuhkan setimpal dan adil kepada semua pihak
• Memastikan pihak yang bertelagah menghormati keputusan yang dibuat oleh mahkamah

51 Manusia perlu kepada ijtihad kerana
• Mengelakkan pertikaian dalam menyelesaikan masalah
• Menyelesaikan setiap masalah yang timbul dengan sempurna
• Menggalakkan para ulama berfikir untuk mencari hukum yang baru
• Menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t serta mendapat rahmatNya

52 Tiga tujuan ijtihad ialah
• Memastikan hukum-hukum Islam sentiasa berkembang
• Keputusan yang dikeluarkan menepati kehendak syarak
• Memastikan setiap keputusan yang dilakukan boleh diterima dan sesuai dengan keadaan

53 Tiga matlamat fatwa ialah
• Memastikan umat Islam sentiasa patuh kepada perintah Allah s.w.t
• Mengelakkan pertikaian dan perselisihan pendapat dalam masyarakat
• Menyelesaikan masalah dalam masyarakat dengan cara yang terbaik berlandaskan al-Quran dan al-Hadis

No comments:

Post a Comment