Wednesday 18 May 2011

Ting. 5 : Falsafah Ibadah Unit 3

KERTAS 1

BAHAGIAN A : Soalan Objektif

Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.

1 Falsafah munakahat bermaksud
A Ikatan untuk memupuk kasih sayang suami isteri
B Ikatan untuk merapatkan hubungan silaturrahim suami isteri
C Ikatan antara suami isteri untuk membina keluarga secara sah
D Ikatan yang teguh antara lelaki dan perempuan melalui akad nikah yang sah

2 Antara tanggungjawab isteri ialah
A Memberikan kasih sayang kepada anak-anak
B Mendidik anak dengan didikan yang sempurna
C Membelanjakan harta suami dengan berhemah untuk diri sendiri
D Taat kepada suami dalam perkara yang tidak bertentangan dengan syarak

3 Kebahagiaan rumah tangga boleh dicapai dengan cara
i Bertanggungjawab antara satu sama lain
ii Mengadu kepada ibu bapa mengenai masalah rumah tangga
iii Sentiasa bertoleransi dan bertolak ansur
iv Menjauhi perkara mungkar

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

4 Antara berikut merupakan punca keruntuhan perkahwinan kecuali
i Tidak mengutamakan diri sendiri sahaja
ii Rajin berusaha memenuhi keperluan keluarga
iii Tidak melaksanakan tanggungjawab
iv Menghayati Islam

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv




5 Dengan adanya institusi perkahwinan
i Nasab seseorang dapat diketahui
ii Masalah sosial tidak dapat diatasi
iii Maruah diri tidak terpelihara
iv Terpelihara daripada fitnah

A i dan ii
B ii dan iii
C iii dan iv
D i dan iv


BAHAGIAN B : Respon terhad.

Soalan 6 hingga 20


Tuliskan istilah yang betul di dalam ruangan yang disediakan
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa

6 Penceraian yang berlaku atas kemahuan isteri dengan membayar gantirugi kepada suami.



7 Penceraian menurut keputusan kadi disebabkan tidak memenuhi syarat semasa akad nikah.



8 Pembubaran ikatan perkahwinan menggunakan lafaz talak atau yang seumpama dengannya.




















Untuk kegunaan Pemeriksa Tandakan (  ) pada pernyataan yang BETUL.
Tandakan (  ) pada pernyataan yang SALAH.




9
Penceraian merupakan perkara yang tidak dibolehkan malahan dibenci oleh Allah s.w.t

10 Perkahwinan boleh memberikan ketenangan jiwa

11 Anak wajib menjaga maruah diri dan ibu bapa

12 Nikah pada bahasa bermaksud penyatuan



Tentukan pernyataan di bawah dengan menandakan ( X ) dan ( Y ) dalam ruangan yang disediakan mengenai kepentingan perkahwinan dalam Islam


X Terhadap individu Y Terhadap masyarakat

Pernyataan Jawapan

13 Melahirkan zuriat yang sah
14 Melahirkan ikatan perpaduan yang kukuh
15 Menjamin keluhuran peribadi
16 Mengelakkan kekacauan













Carta di bawah menunjukkan rukun nikah













Tuliskan rukun-rukun nikah tersebut :

17 P : _______________

18 Q : _______________

19 R : _______________

20 S : _______________

KERTAS 2

Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.

1 Perkahwinan amat dituntut oleh Islam.
Nyatakan pengertian perkahwinan dari segi bahasa dan istilah.

2 Jelaskan dua hikmat perkahwinan dalam Islam.

3 Jelaskan dua kriteria sesuatu perkahwinan yang boleh menjadi ibadat.

4 Jelaskan tiga tanggungjawab suami.

5 Perkahwinan dapat membentuk keluarga bahagia.
Nyatakan dua tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak.

6 Jelaskan dua tanggungjawab isteri.

7 Huraikan dua bukti perkahwinan dapat membentuk akhlak manusia.

8 Terangkan tiga faktor keruntuhan institusi perkahwinan.

9 Jelaskan dua bukti keengganan berkahwin boleh mendatangkan keburukan.

10 Cadangkan dua cara penyelesaian masalah dalam perkahwinan.

11 Nyatakan tiga hikmat penceraian.




KERTAS 1

BAHAGIAN A

1. C 2. D 3. C 4. B 5. D

BAHAGIAN B

6 Khulu` / Tebus talak
7 Fasakh
8 Talak
9 X
10 ü
11 ü
12 X
13 X
14 Y
15 X
16 Y
17 Bakal isteri
18 Wali
19 Dua orang saksi
20 Sighah / Ijab dan qabul




KERTAS 2

1 Perkahwinan amat dituntut oleh Islam.
Pengertian perkahwinan dari segi bahasa dan istilah ialah
• Bahasa : kumpul atau cantum
• Syarak :
• Ikatan yang teguh antara lelaki dan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk hidup sebagai suami isteri secara halal

2 Dua hikmat perkahwinan ialah
• Mendapat ketenangan jiwa
• Melahirkan rasa bertanggungjawab antara suami isteri
• Memelihara keturunan
• Mengembangkan zuriat umat Islam

3 Dua kriteria sesuatu perkahwinan yang boleh menjadi ibadat ialah
• Niat perkahwinan kerana Allah s.w.t
• Segala kaifiat perkahwinan hendaklah mengikut syarak
• Niat kerana mengikut sunnah Rasulullah s.a.w


4 Tiga tanggungjawab suami ialah
• Memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri
• Berlaku adil jika berpoligami
• Memberi layanan yang baik kepada isteri
• Memberikan didikan agama

5 Perkahwinan dapat membentuk keluarga bahagia.
Dua tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak ialah
• Bertolak ansur dan berunding sebelum membuat keputusan
• Mendidik anak dengan didikan yang baik dan sempurna
• Memberi kasih sayang kepada anak-anak

6 Dua tanggungjawab isteri ialah
• Taat kepada suami dalam perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah s.w.t.
• Menjaga harta suami
• Menjaga maruah diri dan keluarga
• Memberi layanan baik kepada suami

7 Dua bukti perkahwinan dapat membentuk akhlak manusia ialah
• Menjadikan seseorang berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap keluarga
• Menghindarkan perkara mungkar
• Memupuk perasaan kasih sayang dan mesra dalam keluarga

8 Tiga faktor keruntuhan institusi perkahwinan ialah
• Mengabaikan tanggungjawab
• Malas berusaha memenuhi keperluan keluarga
• Gagal bertolak ansur
• Bersikap ego
• Kurang pendidikan dan penghayatan Islam

9 Dua bukti keengganan berkahwin boleh mendatangkan keburukan.
• Membantutkan perkembangan zuriat manusia
• Terdorong melakukan maksiat
• Menghapuskan institusi kekeluargaan
• Menyalahi sunnah Rasulullah s.a.w

10 Dua cara penyelesaian masalah dalam perkahwinan ialah
• Merujuk kepada pihak yang berkaitan sekiranya pergaduhan berpanjangan
• Membubarkan perkahwinan secara talak atau fasakh
• Bertindak bijak tanpa mengikut emosi

11 Tiga hikmat penceraian ialah
• Memberi peluang kepada pasangan memulakan hidup baru
• Mengelakkan pergaduhan berterusan
• Memberi peluang menginsafi kesalahan masing-masing
• Memberi ketenangan jiwa kerana dapat mengatasi masalah

No comments:

Post a Comment