Wednesday 18 May 2011

Falsafah Ibadah Unit 2

KERTAS 1

BAHAGIAN A : Soalan Objektif

Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.

1 Perkara utama yang menentukan sesuatu amalan diterima Allah s.w.t ialah
A Riak semasa melakukan ibadat
B Beribadat ikhlas kerana Allah s.w.t
C Beribadat mengikut kelapangan masa
D Memenuhi tuntutan syarak dalam sesuatu situasi

2

Seseorang wanita memakai tudung kerana memenuhi tuntutan hukum wajib menutup aurat

Pernyataan di atas adalah ciri kesempurnaan ibadat dari segi
A Memenuhi tuntutan hukum syarak
B Memenuhi peraturan hukum syarak
C Bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadat
D Niat hati yang ikhlas beribadat kerana Allah s.w.t

3 Tujuan berzikir dan berdoa adalah untuk
A Menggambarkan kesungguhan dalam menghayati syariat Allah s.w.t
B Mencapai kehidupan luar biasa yang mengkagumkan
C Mendidik manusia supaya tidak mencintai dunia
D Melatih jiwa serta melembutkan emosi

4 Syariat yang diamalkan adalah untuk menghubungkan
i Manusia sebagai hamba
ii Allah s.w.t sebagai pencipta
iii Allah s.w.t sebagai pemerhati
iv Manusia sebagai pembimbing kebaikan

A i dan ii
B ii dan iii
C iii dan iv
D i dan iv

5 Berikut adalah kesan syariat tanpa ibadat kecuali
A Ibadat yang dilakukan mendapat perhatian daripada Allah s.w.t
B Menimbulkan huru hara dan salah faham dalam masyarakat
C Merosakkan syariat dan menjadi sia-sia
D Dilaknat oleh Allah s.w.t


6 X berdoa di atas kubur seorang imam untuk memohon dimurahkan rezeki.
Perbuatan tersebut dianggap.


A Syirik
B Kufur
C Riddah
D Khurafat

7 Konsep ihsan semasa melakukan ibadat ialah
i Melakukan ibadat dengan betul dan sempurna syaratnya
ii Ibadat yang dilakukan hanya kerana Allah s.w.t
iii Ibadat yang dilakukan mengikut keperluan masa
iv Beribadat sekadar untuk menyempurnakan perintah Allah s.w.t

A i dan ii
B ii dan iii
C iii dan iv
D i dan iv

8 Berikut adalah kesan syariat yang dilakukan tanpa bersandarkan niat beribadat kepada Allah s.w.t
i Dilaknat oleh Allah s.w.t
ii Merosakkan syariat Islam
iii Hidup dalam kemunduran
iv Menimbulkan huru-hara dalam masyarakat

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv






















BAHAGIAN B : Respon terhad.

Soalan 9 hingga 30


Lengkapkan pernyataan berikut
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa


9
___________ ialah mengingati Allah s.w.t untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan kebahagian hidup.


10
Ibadat dalam Islam merangkumi semua _____________ yang dilakukan oleh manusia.

11
Apabila sesuatu amalan itu hukumnya __________, maka amalan tersebut mestilah dilakukan.

12
Setiap perbuatan baik yang dilakukan oleh orang Islam akan dikira sebagai _________jika dilaksanakan dengan sempurna.

13
___________ ialah melakukan ibadat dengan betul dan mengikut peraturannya serta ikhlas kerana Allah s.w.t.


Tuliskan jawapan yang betul di dalam ruangan yang disediakan
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa


14
Mengeluarkan harta tertentu, pada kadar tertentu, diberikan kepada golongan tertentu dengan syarat-syarat tertentu.



15
Orang yang baru memeluk Islam.



16
Orang yang ditugaskan untuk mengutip wang zakat.








Untuk kegunaan Pemeriksa Tandakan ( ü ) pada pernyataan yang BETUL.
Tandakan ( Î ) pada pernyataan yang SALAH.




17
Ibadat yang dilakukan mestilah merangkumi aspek rohani dan jasmani.


18
Ibadat yang dilakukan tidak perlu terlalu terikat dengan syariat Islam.


19
Ibadat dalam Islam hanya terhad kepada hubungan orang Islam dengan Allah s.w.t.


20
Ibadat yang sempurna mendidik manusia bersifat sederhana mencari keredhaan Allah s.w.t.


21
Ibadat dalam Islam boleh dilakukan dengan mudah dan menepati kemampuan manusia.



Untuk kegunaan Pemeriksa Tandakan ( ü ) pada pernyataan yang BETUL.
Tandakan ( Î ) pada pernyataan yang SALAH.


Pernyataan Jawapan


22
Ibadat yang dilakukan sekadar ikutan dan peniruan akan merosakkan ibadat seseorang.

23
Ibadat yang dilakukan tanpa erti perhambaan kepada Allah s.w.t masih boleh menghubungkan manusia dengan Allah s.w.t

24
Ibadat puasa yang dilakukan tanpa memenuhi rukun dan syaratnya tidak akan mendapat pahala daripada Allah s.w.t.

25
Melakukan hukuman hudud mengikut kefahaman sendiri akan menimbulkan huru-hara dalam masyarakat.

26
Pelaksanaan ibadat akan memberi kesan baik kepada individu sahaja.









Carta di bawah menunjukkan asnaf yang layak menerima agihan zakat.















Tuliskan golongan-golongan tersebut :

27 P : ___________

28 Q : ___________

29 R : ___________

30 S : ___________


KERTAS 2

Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.

1 Ibadat yang sempurna dapat menjamin keharmonian hidup manusia.
Nyatakan tiga ciri kesempurnaan ibadat dalam Islam.

2 Terangkan dua tujuan sesuatu ibadat itu diperintahkan Allah s.w.t kepada manusia.

3 Tujuan beribadat adalah untuk mendapatkan keredaan Allah s.w.t.
Cadangkan dua cara untuk mendapatkan keredaan Allah s.w.t dalam melakukan ibadat.

4 Jelaskan dua kesan pelaksanaan ibadat tanpa syariat.

5 Melakukan ibadat dapat menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Huraikan dua hujah yang membenarkan pernyataan di atas.

6 Syariat yang diturunkan oleh Allah s.w.t adalah untuk diamalkan oleh manusia.
Terangkan dua kesan pelaksanaan syariat tanpa ibadat.






KERTAS 1

BAHAGIAN A

1. B 2. A 3. D 4. A 5. A
6. D 7. A 8. B

BAHAGIAN B

9 Zikrullah
10 Perbuatan
11 Wajib
12 Ibadat
13 Ihsan
14 Zakat
15 Muallaf
16 Amil
17 ü
18 Î
19 Î
20 ü
21 ü
22 ü
23 Î
24 ü
25 ü
26 Î
27 P : Miskin / Amil / Muallaf / Musafir
28 Q : Miskin / Amil / Muallaf / Musafir
29 R : Miskin / Amil / Muallaf / Musafir
30 S : Miskin / Amil / Muallaf / Musafir

1 Ibadat yang sempurna dapat menjamin keharmonian hidup manusia.
Tiga ciri kesempurnaan ibadat dalam Islam ialah
• Melakukan ibadat dengan niat ikhlas kerana Allah s.w.t
• Memenuhi segala tuntutan hukum agama
• Menepati peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak
• Ihsan semasa melakukan ibadat

2 Dua tujuan sesuatu ibadat itu diperintahkan Allah s.w.t kepada manusia ialah
• Melatih manusia untuk menjalani kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat.
• Mendidik manusia supaya tidak terlalu mencintai kebendaan.
• Mendapat pahala dan keredaan Allah s.w.t.
• Dapat mencapai kebahagiaan hidup sebenar.
• Menyempurnakan perintah Allah s.w.t.

3 Tujuan beribadat adalah untuk mendapatkan keredaan Allah s.w.t.
Dua cara untuk mendapatkan keredaan Allah s.w.t dalam melakukan ibadat ialah
• Melakukan ibadat dengan sempurna dan menepati segala syaratnya.
• Melakukan ibadat dengan hati yang ikhlas.
• Melakukan ibadat dengan kesungguhan hati.
• Mematuhi segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

4 Dua kesan pelaksanaan ibadat tanpa syariat.
• Akan merosakkan ibadat yang dilakukan
• Akan merosakkan iman seseorang
• Tidak mendapat keredaan Allah s.w.t
• Tidak akan mendapat balasan pahala daripada Allah s.w.t
• Ibadat tidak akan diterima oleh Allah s.w.t

5 Melakukan ibadat dapat menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Dua hujah yang membenarkan pernyataan di atas.
• Ibadat yang dilakukan merangkumi aspek rohani dan jasmani. Ianya memberikan kecerdasan minda dan kesihatan tubuh badan.
• Melalui latihan rohani dan jasmani dalam beribadat dapat melahirkan individu yang berdisiplin, tekun dan berdaya juang.
• Dengan berzikir dapat menenangkan hati manusia, seterusnya menjauhkan diripada dari sifat-sifat keji yang merugikan.

6 Syariat yang diturunkan oleh Allah s.w.t adalah untuk diamalkan oleh manusia.
Dua kesan pelaksanaan syariat tanpa ibadat.
• Akan dilaknat oleh Allah s.w.t
• Akan merosakkan syariat
• Syariat yang dilakukan menjadi sia-sia.
• Akan menimbulkan huru-hara dan salah faham dalam masyarakat.

No comments:

Post a Comment