Wednesday 18 May 2011

Ting. 5 : Islam Dan Harta

KERTAS 1

BAHAGIAN A : Soalan Objektif

Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.

1 Berikut merupakan kenyataan tentang pengertian harta kecuali
A Boleh dimiliki oleh setiap manusia
B Memberi manfaat kepada pemiliknya
C Menjadi matlamat mutlak hidup manusia
D Memberi perlindungan dan keselesaan kepada pemiliknya

2 Harta yang dicari dikira sebagai ibadat apabila
I Mencarinya ketika lapang
II Daripada sumber yang halal
III Ibadat fardhu tidak ditinggalkan
IV Memanfaatkan alam untuk kepentingan diri

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D II dan IV

3 Umat Islam dituntut mencari harta secara halal untuk
I Menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat
II Mengelakkan penindasan dan penganiayaan
III Mengumpul wang sekadar yang mampu
IV Dipandang mulia oleh masyarakat

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D II dan IV

4 Menunaikan yang wajib terhadap harta
Melaksanakan tanggungjawab sosial
Memanfaatkan harta untuk kepentingan ramai
Membelanjakan harta secara berhemah

Pernyataan di atas menerangkan tentang

A Ujian kepada pemilik harta
B Kelebihan menguruskan harta
C Cara menguruskan harta
D Keperluan mencari harta



5 Harta yang dibelanjakan secara Islam menyebabkan
A Pungutan zakat berkurangan
B Pembangunan negara terjejas
C Pemiliknya dikenakan tindakan
D Kadar kemiskinan berkurangan

6 Apakah yang dimaksudkan dengan harta wakaf?
A Harta yang diserahkan untuk faedah orang ramai yang berkaitan dengan agama Islam
B Pemberian seseorang kepada orang lain untuk kegunaan orang tertentu
C Rumah yang telah usang yang mempunyai penghuni yang ramai
D Tempat berhenti atau berehat di tepi sungai atau pantai

7 Berikut ialah kebaikan yang diperolehi apabila melaksanakan tanggungjawab terhadap harta kecuali
A Jiwa menjadi tenang
B Pemilik harta akan dihormati
C Harta yang ada akan bertambah
D Mudah mendapat apa yang diingini

8 Apakah kesan yang dihadapi oleh masyarakat jika memperoleh harta secara haram?
A Pelabur takut untuk melabur dalam negara
B Harta tidak diberkati Allah s.w.t
C Masyarakat tidak bersatu padu
D Ekonomi negara runtuh

9 Manakah pernyataan yang menggambarkan cara membelanjakan harta untuk keluarga?
A Membelanjakan harta dengan berhemat dan tidak membazir
B Mengeluarkan zakat dan membayar cukai
C Membantu orang yang ditimpa bencana
D Bersedekah dan menderma

10 Peperangan yang berlaku memusnahkan harta dan mengorbankan jiwa manusia

Ujian terhadap pemilik harta di atas merujuk kepada
A Ujian terhadap negara
B Ujian terhadap individu
C Ujian terhadap keluarga
D Ujian terhadap masyarakat

11 Harta terbahagi kepada dua jenis
A Harta boleh alih dan harta tidak boleh alih
B Harta orang kaya dan harta orang miskin
C Harta kekal dan harta sementara
D Harta dunia dan harta akhirat





12 Penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan

Pernyataan di atas merujuk kepada
A Manipulasi
B Monopoli
C Rasuah
D Sabotaj

13 En. X memberi RM 700 kepada En. Y kerana meluluskan permohonannya mendapatkan ruang niaga di kawasan bandar

Situasi di atas mempunyai unsur
A Riba
B Rasuah
C Monopoli
D Manipulasi

14 En. X seorang pengatur cara komputer telah memindahkan sejumlah wang tanpa disedari oleh pendeposit bank ke dalam akaunnya sendiri


Situasi di atas menerangkan tentang
A Riba
B Rasuah
C Monopoli
D manipulasi

15 Manakah situasi yang menggambarkan cara memperolehi harta secara haram?
A Berkongsi perniagaan dengan orang bukan Islam
B Melabur dalam saham berasaskan spekulasi
C Membuka kedai runcit hingga larut malam
D Menanam pokok






















BAHAGIAN B : Respon terhad.

Soalan 16 hingga 34

Lengkapkan pernyataan berikut.

Untuk kegunaan Pemeriksa Tandakan ( ü ) pada pernyataan yang BETUL.
Tandakan ( Î ) pada pernyataan yang SALAH.




16
Harta merupakan milik mutlak Allah s.w.t.


17
Pengurusan harta boleh dibuat mengikut cara sendiri


18
Harta mesti diuruskan dengan memanfaatkannya untuk kepentingan umum


19
Manipulasi ialah kita menggunakan kemahiran untuk memperolehi kepentingan peribadi


20
Memelihara dan memulihara sumber alam ialah satu cara pengurusan harta berkesan


21
Allah s.w.t menguji manusia dengan harta



Untuk kegunaan Pemeriksa Tandakan ( ü ) pada pernyataan yang BETUL.
Tandakan ( Î ) pada pernyataan yang SALAH.




22
Memiliki harta merupakan fitrah manusia


23
Menipu, mencuri dan monopoli merupakan sumber harta yang haram


24
Meninggalkan ibadat fardhu semasa mencari harta dikatakan satu ibadat


25
Pemilikan harta secara halal oleh individu diberkati oleh Allah s.w.t




Tentukan pernyataan di bawah dengan menandakan ( X ) dan ( Y ) dalam ruangan yang disediakan.

X Sumber harta yang halal Y Sumber harta yang haram





26


27



28



29



30 Pernyataan Jawapan

Kegiatan pertanian dan penternakan khinzir


Perkhidmatan membersihkan tangki najis


Bekerja di kilang atau kedai arak


Mengurangkan ukuran kain yang dibeli oleh pelanggan


Jualan hasil kraftangan batik dan songket
















































Carta di bawah menunjukkan cara memperolehi harta. Anda dikehendaki melengkapkan carta mengikut jawapan yang sesuai

















31 P : _____________________

Berikan contoh-contoh bagi :

32 Q : ____________________

33 R : ____________________

34 S : ____________________

















KERTAS 2

Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.

1 Jelaskan konsep harta mengikut perspektif Islam.

2 Apakah yang dimaksudkan dengan pecah amanah?

3 Jelaskan implikasi pecah amanah.

4 Jelaskan contoh pecah amanah dan kesan daripada contoh yang diberikan tersebut.

5 Apakah yang dimaksudkan dengan rasuah?

6 Mengapakah masih terdapat segelintir umat Islam masih yang mengamalkan rasuah walaupun mengetahui perkara tersebut dilarang dalam Islam?.

7 Jelaskan kesan mengamalkan rasuah.

8 Apakah yang dimaksudkan dengan monopoli?

9 Jelaskan kesan-kesan monopoli.

10 Jelaskan cara-cara yang terbaik untuk menangani monopoli.

11 Apakah yang dimaksudkan dengan riba?

12 Berikan contoh-contoh riba.

13 Jelaskan implikasi amalan riba.

14 Bagaimanakah amalan riba boleh dihindarkan.

15 Mengapakah masih terdapat umat Islam yang mengamalkan riba.

16 Apakah yang dimaksudkan dengan manipulasi?

17 Jelaskan keburukan manipulasi.

18 Nyatakan sebab manusia disuruh mencari harta secara halal.

19 Bagaimanakah cara menguruskan harta menurut Islam?

20 Nyatakan dua bentuk ujian terhadap orang yang berharta.

21 Terangkan dua sebab mengapa Allah s.w.t menguji manusia dengan harta.
22 Mengapakah Islam menggalakkan umatnya mencari harta?

23 Nyatakan dua sumber harta yang halal dan haram.

24 Nyatakan dua langkah mendapatkan harta secara halal.

25 Senaraikan dua kesan memperoleh harta secara halal kepada individu dan masyarakat.

26 Huraikan cara membelanjakan harta agar diredhai Allah s.w.t

27 Apakah yang dimaksudkan dengan pembaziran harta?

28 Mengapakah Islam menghalang umatnya membazir?

29 Huraikan kesan pembaziran terhadap ekonomi negara.

30 Mengapakah umat Islam masih melakukan pembaziran walaupun mengetahui perbuatan tersebut dilarang oleh Allah s.w.t

31 Bagaimanakah kita dapat mencegah perbuatan membazir?

32 Jelaskan dua cara mensyukuri nikmat Allah s.w.t.

33 Nyatakan dua akibat jika tidak mensyukuri nikmat harta.

34 Jelaskan kepentingan harta terhadap pembangunan negara.

35 Nyatakan tiga kesan yang ditanggung oleh masyarakat sekiranya pengabaian tanggungjawab terhadap harta.

36 Mengapakah harta begitu penting dalam membangunkan negara?
























KERTAS 1

BAHAGIAN A

1. C 2. B 3. A 4. C 5. D
6. A 7. D 8. C 9. A 10. D
11. A 12. B 13. B 14. D 15 B

BAHAGIAN B

16 ü (Betul)
17 Î (Salah)
18 ü (Betul)
19 ü (Betul)
20 ü (Betul)
21 ü (Betul)
22 ü (Betul)
23 ü (Betul)
24 Î (Salah)
25 ü (Betul)
26 Y
27 x
28 Y
29 Y
30 x
31 (P) Secara haram
32 (Q) Makan gaji
33 (R) Kekerasan / kezaliman
34 (S) Melakukan aktiviti haram



















KERTAS 2

1 Konsep harta menurut Islam ialah
• Harta merupakan milik Allah s.w.t
• Harta adalah amanah Allah s.w.t
• Harta menjadi ujian kepada manusia
• Kewajipan mencari dan membelanjakan harta secara halal

2 Maksud pecah amanah ialah
• Perbuatan yang mensia-siakan atau melanggar amanah yang telah diberikan, contohnya memberi dan menerima rasuah.

3 Implikasi pecah amanah ialah
• Hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap seseorang
• Mewujudkan sifat pentingkan diri sendiri
• Berlaku permusuhan dan pergaduhan
• Berlaku kezaliman dan penindasan

4 Contoh pecah amanah :
• Menggelapkan wang syarikat
• Memberi maklumat rahsia kepada musuh
• Menyalahgunakan kuasa
• Mengambil rasuah

Kesan
• Syarikat akan mengalami kerugian
• Melemahkan pertahanan negara
• Menzalimi pihak yang lemah
• Berlaku kezaliman dan merosakkan institusi negara

5 Maksud rasuah ialah
• Memberikan sesuatu barangan yang berharga kepada seseorang untuk mendapatkan atau melepaskan sesuatu tindakan dengan cara yang salah.

6 Segelintir umat Islam masih mengamalkan rasuah walaupun mengetahui perkara tersebut dilarang dalam Islam kerana :
• Lemah iman
• Kurang didikan agama
• Kedudukan ekonominya tidak kukuh
• Tekanan dari pihak tertentu / desakan hidup
• Tiada tindakan tegas dari pihak berkuasa

7 Kesan mengamalkan rasuah ialah
• Berlakunya penindasan dan kezaliman / keadilan tidak dapat ditegakkan
• Melahirkan sifat mementingkan diri
• Sesebuah negara akan menjadi mundur / matlamat negara tidak tercapai


8 Maksud monopoli ialah
• Penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan, perdagangan, perkhidmatan dan sebagainya dalam pasaran tertentu oleh seseorang atau firma tertentu

9 Kesan-kesan monopoli ialah
• Berlakunya penindasan / pergaduhan dalam masyarakat
• Berlakunya penipuan
• Menjejaskan kepentingan pengguna
• Mengikis sifat amanah dalam muamalah
• Melahirkan sifat tamak / mementingkan diri

10 Cara-cara yang terbaik untuk menangani monopoli ialah
• Memberi didikan agama
• Menerangkan keburukan monopoli
• Menguatkuasakan undang-undang

11 Maksud riba ialah
• Bunga atau pertambahan dalam urusan pinjaman hutang piutang dan pertukaran barangan sejenis atau pertambahan bayaran balik hutang akibat penangguhan bayaran.

12 Implikasi amalan riba ialah
• Berlakunya penindasan
• Melahirkan masyarakat mementingkan diri
• Dilaknati Allah s.w.t
• Melebarkan jurang perbezaan antara orang kaya dan miskin

13 Contoh-contoh riba ialah
• Hutang yang dikenakan lebih dari bayaran pokok
• Bunga pada gadaian yang dibuat

14 Amalan riba boleh dihindarkan melalui
• Berurusan dengan institusi kewangan yang berasaskan sistem kewangan Islam
• Membeli barangan secara tunai
• Berbelanja mengikut kemampuan
• Memberi penerangan tentang keburukan riba

15 Terdapat umat Islam yang mengamalkan riba kerana
• Lemah iman
• Kurang didikan agama
• Tamak / inginkan keuntungan dengan cepat
• Pengaruh persekitaran / hawa nafsu

16 Maksud manipulasi ialah
• Menggunakan kemahiran untuk mendapat keuntungan secara tidak sah seperti mengurangkan timbangan




17 Keburukan manipulasi ialah
• Berlaku penindasan
• Berlaku penipuan
• Menjejaskan kepentingan pengguna
• Mengikis sifat amanah dalam muamalah
• Melahirkan sifat tamak / mementingkan diri

18 Sebab manusia disuruh mencari harta secara halal ialah
• Menjamin kebahagiaan hidup
• Mengelakkan penindasan
• Mengelakkan permusuhan

19 Cara menguruskan harta menurut Islam.
• Harta itu dikeluarkan zakat
• Menderma / sedekah
• Digunakan untuk kepentingan ramai
• Tidak membazir

20 Dua bentuk ujian terhadap orang yang berharta ialah
• Harta musnah dalam kebakaran
• Hidup diselubungi keresahan
• Lalai dan leka menunaikan ibadat
• Cintakan harta dan enggan menderma

21 Dua sebab mengapa Allah s.w.t menguji manusia dengan harta.
• Supaya manusia bersyukur dan tidak sombong dengan hartanya
• Agar harta diuruskan dengan baik
• Supaya harta tidak dibazirkan
• Agar manusia sedar harta adalah amanah Allah s.w.t

22 Islam menggalakkan umatnya mencari harta kerana
• Bersesuaian dengan fitrah manusia
• Bagi memenuhi keperluan diri dan keluarga
• Membantu golongan yang memerlukan
• Supaya kadar kemiskinan dapat dikurangkan
• Supaya dapat membangun dan memakmurkan negara

23 Dua sumber harta yang halal dan haram.
Harta yang halal
• Didapati melalui perniagaan yang tiada unsur yang menyalahi syarak
• Didapati melalui pertanian,penternakan dan perikanan
• Didapati melalui hasil pertukangan
• Didapati melalui pekerjaan seperti guru dan lain-lain
Harta yang haram
• Harta yang diperolehi melalui penipuan, monopoli dan lain-lain
• Harta yang diperolehi melalui penindasan seperti riba, rasuah dan pecah amanah
• Harta yang diperolehi melalui barangan haram seperti menjual arak, babi dan lain-lain
• Harta yang diperolehi melalui perkhidmatan yang tidak diakui syarak seperti bekerja di pusat hiburan dan lain-lain
24 Dua langkah mendapatkan harta secara halal ialah
• Bekerja dalam bidang pekerjaan yang halal
• Bekerja dengan jujur dan ikhlas
• Memelihara akhlak ketika bekerja
• Memelihara ibadat ketika bekerja

25 Dua kesan memperoleh harta secara halal kepada individu dan masyarakat.

Kepada Individu
• Diberkati Allah s.w.t
• Hidup menjadi tenang
• Disayangi masyarakat

Kepada Masyarakat
• Hidup aman damai
• Tiada penipuan dan penindasan
• Perpaduan akan menjadi kukuh

26 Cara membelanjakan harta agar diredai Allah s.w.t
• Bersedekah / derma
• Menggunakannya di jalan Allah s.w.t / amal jariah
• Membina kemudahan asas
• Berzakat dan menunaikan haji

27 Maksud pembaziran harta
• Penggunaan harta pada jalan yang tidak diredhai Allah s.w.t / maksiat atau membelanjakan kepada perkara yang sia-sia

28 Islam menghalang umatnya membazir kerana
• Menyebabkan inflasi
• Menjejaskan ekonomi negara
• Terpaksa berhutang
• Tiada perasaan belas kasihan dan timbangrasa
• Mementingkan diri sendiri

29 Kesan pembaziran terhadap ekonomi negara.
• Ekonomi mundur
• Berlaku inflasi
• Tabungan negara berkurangan
• Membantutkan pembangunan negara

30 Umat Islam masih melakukan pembaziran walaupun mengetahui perbuatan tersebut dilarang oleh Allah s.w.t kerana
• Kurang didikan agama
• Mementingkan diri sendiri
• Jahil tentang cara hidup Islam
• Mementingkan kemewahan dunia


31 Kita dapat mencegah perbuatan membazir melalui
• Merancang perbelanjaan secara sistematik
• Membeli barangan mengikut keperluan
• Kempen kesedaran keburukan pembaziran
• Melalui pendidikan kepenggunaan

32 Dua cara mensyukuri nikmat Allah s.w.t
• Berbelanja secara halal
• Mengeluarkan zakat
• Menderma
• Tidak membazir
• Reda dengan rezeki Allah s.w.t walaupun sedikit

33 Dua akibat jika tidak mensyukuri nikmat harta ialah
• Dimurkai Allah s.w.t /tidak diredai
• Harta berkurangan / tidak berkat
• Jiwa tidak tenang
• Sering kesempitan wang
• Disisih dan dipulau

34 Kepentingan harta terhadap pembangunan negara ialah
• Harta digunakan untuk memajukan negara
• Harta dapat dijadikan modal bagi memulakan perniagaan
• Harta dapat meningkatkan taraf pendidikan masyarakat dengan membina pusat pengajian dan pusat kemahiran

35 Tiga kesan yang ditanggung oleh masyarakat sekiranya pengabaian tanggungjawab terhadap harta ialah
• Perasaan hasad dengki / iri hati akan timbul
• Pemusuhan dan perbalahan boleh tercetus
• Golongan miskin dan berhajat akan terpinggir / tersisih
• Kehidupan masyarakat tidak aman / tidak selesa

36 Harta begitu penting dalam membangunkan negara kerana
• Harta dapat digunakan bagi memajukan sektor ekonomi
• Ianya dapat dijadikan modal bagi golongan yang ingin berniaga
• Dapat meningkatkan taraf pendidikan negara
• Menarik minat pelabur untuk datang dan beroperasi

No comments:

Post a Comment