Wednesday 18 May 2011

Ting. 5 : Islam dan Pekerjaan

KERTAS 1

BAHAGIAN A : Soalan Objektif

Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.

1 Berikut ialah kebaikan Islam menggalakkan umatnya bekerja kecuali
A Mengurangkan masalah pengangguran
B Membolehkan seseorang itu berdikari
C Meningkatkan taraf hidup seseorang
D Memenuhi masa lapang


2 Mengapa Islam menuntut umatnya bekerja?
I Memenuhi keperluan asas hidup manusia
II Bekerja merupakan ibadat dalam Islam
III Dipandang mulia oleh masyarakat
IV Menjadi manusia yang kaya raya

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

3 Pilih pasangan yang benar tentang jenis pekerjaan dan kelebihannya

Jenis pekerjaan Kelebihan
Makan gaji Pendapatan tetap
Bekerja sendiri Risiko ditanggung bersama
Bekerja sendiri Bebas membuat keputusan sendiri
Makan gaji Tidak terikat dengan waktu dan tempat

I
II
III
IV

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV









4 Melakukan pelbagai pekerjaan mengikut kepakaran, melaksanakan penyelidikan sains dan teknologi serta mencipta perkakasan untuk kemudahan manusia


Situasi di atas menggambarkan
A Cara melaksanakan amanah Allah s.w.t
B Kelebihan bekerja kerana Allah s.w.t
C Langkah meningkatkan kualiti kerja
D Etika kerja dalam Islam

5 Jelaskan etika kerja dalam Islam
I Sentiasa berdisiplin
II Bekerja dengan ikhlas
III Bekerja dengan bersungguh-sungguh
IV Sentiasa mengadakan mesyuarat

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

6 • Membuat perancangan yang rapi
• Berdisiplin dan menepati sasaran kerja
• Menilai hasil dan membaiki kelemahan


Pernyataan di atas merujuk kepada
A Langkah meningkatkan kualiti kerja dalam Islam
B Syarat menjadikan perkerjaan suatu ibadat
C Budaya kerja Islam
D Disiplin kerja Islam

7 Ciri-ciri pekerjaan yang digalakkan Islam ialah
A Mudah naik pangkat
B Berpendapatan lumayan
C Seronok dan mengembirakan
D Tidak mengganggu ketenteraman awam

8 Berikut merupakan kelebihan bekerja sendiri kecuali
A Tidak terikat dengan waktu dan tempat
B Bebas membuat keputusan sendiri
C Mendapat kepuasan hasil kerja
D Pendapatan tetap

9 Manakah ciri-ciri pekerjaan yang digalakkan oleh Islam?
I Pekerjaan yang mudah dilakukan
II Pekerjaan yang menepati kehendak syarak
III Pekerjaan yang tidak mencemarkan alam sekitar
IV Pekerjaan yang tidak mengganggu ketenteraman awam
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
10 • Mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga
• Membangun dan memajukan ekonomi diri dan keluarga
• Mengelakkan diri dari bergantung dengan orang lain


Pernyataan di atas merujuk kepada
A Ciri-ciri pekerjaan yang halal
B Dalil kewajipan bekerja
C Matlamat bekerja
D Kebaikan bekerja

11 Berikut ialah kesan positif pekerjaan yang halal kepada sesebuah negara
I Ekonomi berkembang
II Pelaburan asing meningkat
III Masyarakat aman damai
IV Negara menjadi ikutan dan contoh

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

12 Pilih kesan baik pekerjaan halal kepada masyarakat
A Menjadi teladan kepada masyarakat kerana dapat membantu
B Hubungan bertambah erat dan hidup bersatu padu
C Kehidupan menjadi tenang dan bahagia
D Ekonomi negara semakin berkembang

13 Berikut adalah kesan buruk pekerjaan yang haram terhadap diri dan keluarga
I Hidup dalam ketakutan dan kebimbangan
II Dibelenggu rasa bersalah terhadap masyarakat
III Kehidupan masyarakat akan bertambah mundur
IV Hidup tidak akan diberkati oleh Allah s.w.t

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

14 Manakah merupakan syarat sesuatu pekerjaan menjadi ibadat?
I Pekerjaan halal
II Pekerjaan dengan keuntungan yang banyak
III Pekerjaan yang tidak mengganggu kepentingan awam
IV Pekerjaan yang tidak melalaikan seseorang dari melakukan ibadat fardhu

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV




15 • Menghasilkan produk yang berkualiti
• Meningkatkan mutu barangan yang berkualiti
• Mengurangkan kos pengeluaran sesuatu barangan


Pernyataan di atas merujuk kepada kelebihan bekerja
A Terhadap diri
B Terhadap keluarga
C Terhadap hasil kerja
D Terhadap pelanggan

16 • Bekerja dengan ikhlas kerana Allah s.w.t
• Bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh
• Sentiasa meningkatkan produktiviti yang berkualiti


Pernyataan di atas merujuk kepada
A Etika kerja dalam Islam
B Tuntutan bekerja dalam Islam
C Ciri-ciri pekerjaan dalam Islam
D Matlamat bekerja dalam Islam

17 Berikut merupakan langkah untuk mengatasi masalah pengangguran kecuali
A Memberi kursus kemahiran
B Menyediakan peluang pekerjaan
C Memberi kesedaran tentang keburukan hidup tanpa pekerjaan
D Memberi pinjaman wang kepada penganggur sebanyak mungkin



























BAHAGIAN B : Respon terhad.

Soalan 18 hingga 32

Lengkapkan pernyataan berikut.

Tentukan pernyataan di bawah dengan menandakan ( X ) dan ( Y ) dalam ruangan yang disediakan.

Kesan pekerjaan yang halal terhadap:

X Diri Y Masyarakat

Pernyataan Jawapan

18 Harta yang dimiliki mendapat keredaan Allah.
19 Hidup bersama dalam keadaan aman dan damai.
20 Pertalian silaturrahim menjadi bertambah erat antara sama lain
21 Disanjung dan dihormati oleh orang lain
22 Tidak melakukan perbuatan mazmumah seperti mencuri





















Lengkapkan pernyataan berikut : Untuk
Kegunaan
Pemeriksa

23
_____________ ialah satu kegiatan yang dilakukan untuk mendapatkan sumber pendapatan berbentuk wang atau harta yang halal.


24
Rasulullah s.a.w. menggalakkan umatnya _______________ seperti berniaga, bertani dan sebagainya.

25
Harta yang diserahkan untuk faedah orang ramai berkaitan dengan agama Islam dikenali sebagai ____________.

26
___________ ialah tokoh usahawan wanita yang terkenal pada zaman Rasulullah s.a.w.

27
Hasil pertanian yang dimakan atau dicuri oleh manusia atau haiwan dianggap sebagai _____________


Untuk kegunaan Pemeriksa Tandakan ( ü ) pada pernyataan yang BETUL.
Tandakan ( Î ) pada pernyataan yang SALAH.




28
Kemiskinan boleh diatasi dengan memberikan wang sara diri kepada penganggur


29
Wakaf ialah harta yang didermakan untuk orang miskin


30
Budaya kerja Islam ialah untuk memaksimumkan produktiviti berkualiti


31
Sentiasa mematuhi arahan ketua merupakan salah satu etika kerja Islam


32
Tuntutan bekerja adalah fardhu kifayah









KERTAS 2

Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.

1 Nyatakan pengertian pekerjaan dalam Islam.

2 Jelaskan kenapa Islam menuntut umatnya melakukan pekerjaan.

3 Nyatakan tiga kebaikan bekerja.

4 Terangkan tiga matlamat bekerja menurut Islam.

5 Nyatakan dua kebaikan bekerja makan gaji.

6 Jelaskan dua implikasi pekerjaan halal dan pekerjaan haram terhadap individu.

7 Berikan dua hikmah pekerjaan yang halal terhadap diri dan keluarga.

8 Terangkan tiga kepentingan bekerja sendiri kepada pembangunan negara.

9 Nyatakan kesan buruk pengangguran.

10 Nyatakan maksud bekerja kerana Allah.

11 Terangkan dua etika bekerja kerana Allah s.w.t.

12 Nyatakan cara melaksanakan amanah Allah s.w.t melalui pekerjaan.

13 Terangkan tiga syarat sesuatu pekerjan menjadi ibadat.

14 Jelaskan etika kerja menurut Islam.

15 Terangkan dua langkah untuk meningkatkan kualiti kerja dalam Islam.

16 Huraikan dua kelebihan bekerja kerana Allah s.w.t terhadap individu.

17 Nyatakan dua kelebihan bekerja kerana Allah s.w.t.

18 Nyatakan kesan menceburi bidang pekerjaan yang halal terhadap pembentukan akhlak seseorang.

19 Huraikan budaya bekerja mengikut perspektif Islam.

20 Jelaskan tiga ciri pekerjaan yang digalakkan dalam Islam.




KERTAS 1

BAHAGIAN A

1. D 2. A 3. B 4. A 5. A
6. A 7. D 8. D 9. D 10. C
11. B 12. B 13. B 14. C 15. C
16. A 17. D

BAHAGIAN B

18 X
19 Y
20 Y
21 X
22 X
23 Pekerjaan
24 Bekerja sendiri
25 Wakaf
26 Saidatina Khadijah
27 Sedekah
28 Î
29 Î
30 ü
31 ü
32 ü























KERTAS 2

1 Pengertian pekerjaan dalam Islam
• Kegiatan yang dilakukan untuk mendapatkan sumber pendapatan berbentuk wang atau harta yang halal

2 Islam menuntut umatnya melakukan pekerjaan kerana
• Bekerja merupakan Ibadat
• Membolehkan umat Islam melakukan ibadat
• Merupakan tanggungjawab setiap individu untuk memenuhi keperluan hidup

3 Tiga kebaikan bekerja ialah
• Meningkatkan taraf hidup
• Membolehkan seseorang berdikari
• Mengurangkan pengangguran

4 Matlamat bekerja menurut Islam ialah
• Mencari rezeki yang halal
• Membangunkan ekonomi diri dan negara
• Supaya dapat mengerjakan ibadat wajib dan sunat
• Mencari keredaan Allah s.w.t
• Menyara diri dan keluarga

5 Dua kebaikan bekerja makan gaji ialah
• Mendapat pendapatan tetap
• Produktiviti dihasilkan secara bersama
• Risiko untung rugi ditanggung bersama

6 Dua implikasi pekerjaan halal dan pekerjaan haram terhadap individu
Pekerjaan halal
• Mendapat redha Allah s.w.t
• Menjadi teladan kepada masyarakat
• Kehidupan menjadi tenang
Pekerjaan haram
• Hidup tidak diberkati
• Dibelenggu rasa bersalah
• Sentiasa hidup dalam ketakutan dan kebimbangan

7 Dua hikmah pekerjaan yang halal terhadap diri dan keluarga ialah
• Mendapat keredhaan Allah s.w.t
• Menjadi teladan kepada masyarakat
• Kehidupan menjadi tenang dan bahagia

8 Tiga kepentingan bekerja sendiri kepada pembangunan negara
• Menghasilkan produktiviti yang berkualiti
• Menyumbang tenaga kepada perkembangan ekonomi
• Mengurangkan kadar kemiskinan
• Mengurangkan pengangguran
9 Kesan buruk pengangguran ialah
• Kadar jenayah meningkat
• Merebaknya gejala sosial
• Dibenci oleh masyarakat
• Negara menjadi mundur
• Kadar kemiskinan meningkat

10 Maksud bekerja kerana Allah ialah
Mengusahakan atau melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan secara berterusan untuk mencari nafkah kerana Allah

11 Dua etika bekerja kerana Allah s.w.t ialah
• Bekerja dengan ikhlas
• Beramanah melaksanakan tugas
• Bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh

12 Cara melaksanakan amanah Allah s.w.t melalui pekerjaan
• Melakukan berbagai pekerjaan mengikut kepakaran
• Melakukan pelbagai penyelidikan dan penemuan sains
• Bekerja dalam bidang perusahaan untuk mencipta pelbagai peralatan untuk kemudahan manusia

13 Tiga syarat sesuatu pekerjan menjadi ibadat ialah
• Pekerjaan yang halal dan dibenarkan syarak
• Pekerjaan yang tidak melalaikan seseorang dari melakukan ibadat kepada Allah s.w.t
• Pekerjaan yang tidak mengganggu ketenteraman awam dan alam sekitar



14 Etika kerja menurut Islam ialah
• Bekerja ikhlas kerana Allah s.w.t
• Amanah dalam melaksanakan pekerjaan
• Cekap dan tekun
• Toleransi semasa berurusan / mesyuarat

15 Dua langkah untuk meningkatkan kualiti kerja dalam Islam ialah
• Sentiasa bekerja ikhlas kerana Allah s.w.t
• Sentiasa membuat perancangan yang rapi sebelum melakukan kerja
• Sentiasa berdisiplin dan menepati sasaran kerja

16 Dua kelebihan bekerja kerana Allah s.w.t terhadap individu ialah
• Melahirkan pekerja yang ikhlas kerana Allah s.w.t
• Melahirkan pekerja yang amanah dalam melakukan pekerjaan
• Melahirkan pekerja yang cekap dan bersungguh-sungguh
• Melahirkan pekerja yang bermotivasi

17 Dua kelebihan bekerja kerana Allah s.w.t ialah
• Melahirkan pekerja yang ikhlas
• Menghasilkan produk yang berkualiti
• Pelanggan akan berpuas hati dengan barangan yang dihasilkan

18 Kesan menceburi bidang pekerjaan yang halal terhadap akhlak seseorang
• Jiwa menjadi tenang
• Hidup dan hartanya diberkati Allah s.w.t
• Dimuliakan oleh masyarakat
• Tidak mudah berputus asa

19 Budaya kerja Islam
• Bekerja kerana Allah s.w.t
• Memaksimumkan produktiviti yang berkualiti
• Berdisiplin dan menepati masa
• Perancangan yang betul

20 Ciri-ciri pekerjaan yang digalakkan oleh Islam
• Pekerjaan yang halal dan tidak melanggar hukum syarak
• Pekerjaan yang tidak mengganggu ketenteraman awam
• Pekerjaan yang tidak membahayakan diri dan orang lain
• Pekerjaan yang tidak melalaikan diri seseorang daripada beribadat kepada Allah s.w.t

No comments:

Post a Comment