Wednesday 18 May 2011

Ting. 5 : Islam Dan Hak Milik

KERTAS 1

BAHAGIAN A : Soalan Objektif

Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.


1 Berikan pengertian hak milik dalam Islam
A Memiliki sesuatu yang berharga
B Hak milik mutlak seseorang yang tidak boleh diambil
C Harta kurniaan Allah s.w.t untuk dimiliki dan dimanfaatkan
D Harta yang dikurniakan Allah s.w.t kepada semua makhluknya

2 Berikut ialah peranan harta dalam hidup manusia kecuali
A Alat untuk menikmati kehidupan mengikut cara yang diingini
B Menimbulkan kasih sayang dalam masyarakat
C Alat untuk merapatkan hubungan silaturrahim
D Menikmati keselesaan hidup

3 Berikut merupakan peranan harta kecuali
A Merapatkan hubungan sesama manusia
B Sebagai alat untuk beribadat
C Alat menikmati kehidupan
D Memenuhi tuntutan nafsu

4 Manusia diberi kebebasan untuk memiliki harta kerana
I Itulah fitrah manusia
II Telah bersusah payah mencari harta
III Harta perantaraan bagi kebahagiaan hidup
IV Menggalakkan manusia bekerja bersungguh-sungguh

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

5 Mengapakah manusia diberi kebebasan memiliki harta?
A Supaya boleh berbangga dengan kemewahan
B Kerana Allah s.w.t ciptakan fitrah manusia gemarkan harta
C Agar manusia dapat mencari harta dengan apa cara sekalipun
D Dapat menggunakan harta untuk keperluan dan keselesaan semata-mata






6 Golongan yang tidak layak menguruskan harta Sebab
X Tidak mempunyai kemampuan untuk membuat penilaian yang sempurna


X merujuk kepada
A Orang gila
B Anak yatim
C Kanak-kanak
D Orang terencat akal

7 Berikut ialah golongan yang tidak layak menguruskan hartanya sendiri
I Orang miskin
II Orang gila
III Orang yang lemah akal
IV Anak yatim yang masih kecil

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

8 Mengambil harta orang lain tanpa kebenaran


Pernyataan di atas merujuk kepada
A Monopoli harta
B Melaburkan harta
C Merosakkan harta
D Mencerobohi harta

9 Berikut adalah keburukan pencerobohan harta terhadap individu kecuali
A Tersisih daripada masyarakat
B Harta tidak diberkati Allah s.w.t
C Masyarakat hidup dalam ketakutan
D Menyuburkan sikap pentingkan diri sendiri

10 Hak yang wajib ditunaikan ke atas orang lain ialah
A Derma
B Cukai
C Zakat
D Keperluan keluarga

11 Pemilik harta secara individu dalam Islam ialah
A Melalui harta yang dipindah secara percuma seperti hibah
B Melalui harta yang menjadi hak milik awam
C Melalui wang pertambahan loteri
D Melalui wang zakat




12 Hak milik dalam Islam terbahagi kepada tiga
A Hak milik peribadi, umum dan negara
B Hak milik peribadi, keluarga dan negara
C Hak milik peribadi, umum dan rakyat
D Hak milik peribadi, umum dan khusus

13 Perbuatan yang merosakkan harta ialah
A Membayar saman had laju
B Menjelaskan cukai pendapatan
C Melabur dalam saham spekulasi
D Membeli belah keperluan keluarga

14 En. X bekerja sebagai pemandu lori. Lori itu dipenuhi dengan barangan seludup. Akibat mengejar masa beliau tidak sempat menunaikan solat pada waktunya


Situasi pekerjaan di atas mempunyai unsur
I Haram
II Melalaikan
III Manipulasi
IV Rasuah

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D II dan IV



























BAHAGIAN B : Respon terhad.

Soalan 15 hingga 32

Lengkapkan pernyataan berikut.

Lengkapkan jadual di bawah















Nyatakan jawapan bagi

15 X : _____________

16 Y : _____________

Contoh X dan Y

17 X : _____________________

18 Y : _____________________

Lengkapkan jadual di bawah












Nyatakan jawapan bagi

19 X : _________________

20 Y : _________________
Carta di bawah adalah mengenai pengurusan harta














21 P : _____________________

22 Q : _____________________

23 R : _____________________


Carta di bawah adalah mengenai bentuk pencerobohan harta















Nyatakan bentuk pencerobohan
24 P : _____________________

Berikan contoh
25 Q : _____________________

26 R : _____________________







Lengkapkan pernyataan di bawah

27 Islam mengiktiraf __________________ di kalangan umatnya.

28 ______________ tidak layak menguruskan harta sehingga mencapai umur dewasa.

29 ____________ harta penting untuk mendorong manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari harta.

30 Membayar cukai dan menyumbang ke arah pembangunan negara dikenali sebagai ____________ ke atas negara.

31 Golongan _____________ tidak mampu mengurus harta kerana tidak mampu
menilai dengan sempurna.


32 ____________ ialah bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan pertolongan bagi meneruskan kehidupan.


KERTAS 2

Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.

1 Apakah yang dimaksudkan dengan hak milik menurut Islam ?

2 Nyatakan alasan yang menunjukkan bahawa Islam menggalakkan umatnya memiliki harta sebanyak mungkin.

3 Manusia tidak bebas sepenuhnya dalam memiliki harta.
Apakah yang dimaksudkan dengan Allah s.w.t. membataskan manusia dalam memiliki harta?

4 Mengapakah Allah s.w.t membenarkan manusia memiliki harta?

5 Jelaskan konsep pemilikan harta menurut Islam.

6 Senaraikan peraturan yang perlu diikuti dalam pemilikan harta dalam Islam.

7 Huraikan dua sebab Islam membataskan hak milik dalam pemilikan harta.

8 Apakah implikasi yang akan berlaku sekiranya Islam tidak mengiktiraf hak pemilikan harta ?

9 Jelaskan bagaimanakah pemegang amanah boleh menguruskan harta golongan yang tidak berkemampuan ?

10 Nyatakan contoh pemilikan harta yang dilarang oleh Islam.

11 Jelaskan dua perkara yang merosakkan harta.

12 Senaraikan keburukan pencerobohan harta terhadap individu dan masyarakat.

13 Senaraikan punca manusia menceroboh harta.

14 Terangkan dua sebab Islam melarang menceroboh harta orang lain.

15 Kemukakan dua langkah untuk membendung pencerobohan harta.

16 Jelaskan tiga kesan yang akan ditanggung oleh masyarakat sekiranya berlaku pengabaian tanggungjawab terhadap harta.











































KERTAS 1

BAHAGIAN A

1. C 2. A 3. D 4. C 5. B
6. D 7. D 8. D 9 C 10. C
11. A 12. A 13. C 14. A

BAHAGIAN B

15 X : hak milik umum / hak milik negara
16 Y : hak milik negara / hak milik umum
17 Contoh X : Jalan raya, sungai, laut
18 Contoh Y : Sekolah, pejabat kerajaan, hospital
19 X : pemberian kerajaan kepada rakyat / melalui perwarisan
20 Y : pemberian kerajaan kepada rakyat / melalui perwarisan
21 P : Anak yatim / kanak-kanak / terencat akal
22 Q : Anak yatim / kanak-kanak / terencat akal
23 R : Anak yatim / kanak-kanak / terencat akal
24 P : Mendapat harta dengan cara pecah amanah
25 Q : Mencuri, menipu, merompak
26 R : Tidak mengeluarkan zakat
27 pemilikan harta
28 Kanak-kanak
29 Hak milik
30 hak
31 lemah akal
32 Sedekah





















KERTAS 2

1 Maksudkan hak milik menurut Islam ialah
• Hak milik sesuatu harta yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada hamba-Nya untuk dimiliki dan dimanfaatkan

2 Alasan yang menunjukkan bahawa Islam menggalakkan umatnya memiliki harta sebanyak mungkin
• Ibadat zakat dan haji memerlukan harta yang banyak untuk dilaksanakan
• Untuk membantu golongan yang miskin
• Islam mewajibkan ketua keluarga menyediakan kemudahan asas kepada ahli keluarganya
• Islam tidak menggalakkan umatnya bergantung kepada orang lain

3 Maksud Allah s.w.t. membataskan manusia dalam memiliki harta ialah
• Maksud batasan dalam memiliki harta ialah menetapkan had-had dan garis panduan tertentu kepada umat Islam dalam mencari dan memiliki harta.

4 Allah s.w.t membenarkan manusia memiliki harta kerana
• Dapat menunaikan zakat dan haji
• Dapat membantu orang miskin
• Memenuhi fitrah manusia
• Membantu manusia mencapai kebahagiaan hidup

5 Konsep pemilikan harta menurut Islam
• Mencari harta mestilah mengikut cara Islam
• Sebahagian dari harta mestilah dikeluarkan zakat
• Tidak mengganggu kepentingan orang lain
• Digunakan untuk diri dan masyarakat

6 Peraturan yang perlu diikuti dalam pemilikan harta dalam Islam
• Harta yang dimiliki hendaklah dibelanjakan dengan cara yang berhemat dan tidak membazir
• Menunaikan tuntutan dan kewajipan harta
• Harta yang dimiliki dikembangkan dengan cara yang dibenarkan syarak

7 Dua sebab Islam membataskan hak milik dalam pemilikan harta
• Mengelakkan manusia sombong dan cintakan dunia
• Kerana terdapat hak orang lain dalam harta tersebut
• Agar manusia bersyukur dengan apa yang dimiliki
• Supaya manusia sedar dengan apa yang dimiliki bukan milik mutlak







8 Implikasi yang akan berlaku sekiranya Islam tidak mengiktiraf hak pemilikan harta
• Manusia menjadi malas untuk berusaha kerana merasakan hartanya akan dirampas oleh pihak lain
• Manusia tidak bebas untuk mengguna dan memanfaatkan harta yang dimilikinya
• Harta mereka tidak akan diwariskan kepada warisnya

9 Pemegang amanah boleh menguruskan harta golongan yang tidak berkemampuan dengan cara
• Boleh membelanjakan untuk keperluan asas
• Tidak membazir
• Menyerahkan pewarisan apabila mampu
• Melaburkan harta tersebut untuk mendapat keuntungan

10 Contoh pemilikan harta yang dilarang oleh Islam
• Monopoli
• Riba
• Manipulasi
• Mencuri
• Rasuah
• Salah guna kuasa

11 Dua perkara yang merosakkan harta ialah
• Membelanjakan harta secara boros
• Kedekut untuk membelanjakan harta
• Membelanjakan harta untuk tujuan maksiat
• Merosakkan kemudahan awam

12 Keburukan pencerobohan harta terhadap individu dan masyarakat
Individu
• Hartanya tidak diberkati oleh Allah s.w.t
• Tersisih dalam masyarakat akibat perbuatan yang dilakukan
• Menimbulkan sikap mementingkan diri sendiri

Masyarakat
• Menimbulkan perbalahan dan pergaduhan dalam masyarakat
• Masyarakat hidup dalam ketakutan
• Masyarakat menjadi malas untuk bekerja

13 Punca manusia menceroboh harta
• Tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar
• Terpengaruh dengan kemewahan dunia
• Perasaan tamak dan ingin cepat kaya

14 Dua sebab Islam melarang menceroboh harta orang lain
• Lahir individu yang malas bekerja
• Berlaku perbuatan zalim
• Tercetus huru-hara dalam masyarakat
• Terhapus sikap tolong menolong




15 Dua langkah untuk membendung pencerobohan harta
• Memberi didikan agama
• Memberi penerangan / kempen berterusan
• Menguatkuasakan undang-undang pencerobohan harta

16 Tiga kesan yang akan ditanggung oleh masyarakat sekiranya berlaku pengabaian tanggungjawab terhadap harta
• Perasaan hasad dengki / iri hati akan timbul
• Permusuhan akan berlaku
• Golongan miskin dan berhajat akan terpinggir
• Semangat tolong menolong boleh terhakis
• Kehidupan hidup bermasyarakat tidak aman / tidak selesa

No comments:

Post a Comment