Wednesday 18 May 2011

Sistem Pemerintahan Islam

PELAJARAN 15 : SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
 









KERTAS  1



BAHAGIAN  A : Soalan Objektif




Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.



1.
Negara Islam ialah:




A
Negara yang bersumberkan hukum akal.

B
Negara yang bersumberkan hukum syarak.

C
Negara yang diketuai oleh pemimpin Islam.

D
Negara bersumberkan al-Quran dan Hadis.



2.
Pemilihan Ketua Negara Islam mestilah melalui:




A
Pilihanraya

B
Musyawarah

C
Badan Legislatif

D
Mesyuarat kabinet.



 3.
Berikut adalah prinsip dasar pembinaan pemerintahan Islam kecuali.




A
Al-Syura

B
Al-Adalah

C
Al-Hadiah

D
Al-Huriyyah



 4.
Berikut adalah elemen-elemen penting dalam pembentukan Negara Islam kecuali.



A
Wilayah

B
Pilihanraya

C
Majlis Syura

D
Ketua Negara



 5.
Sebuah badan yang mempunyai kuasa membuat, meminda atau memansuhkan undang-undang dari segi perlembagaan.




Kenyataan di atas menerangkan




A
Badan Eksekutif

B
Badan Legislatif

C
Badan Regislatif

D
Badan Eksklusif





 6.
·         Pengiktirafan identiti kaum
·         Kebebasan mengamalkan ajaran agama
·         Kuatkuasa undang-undang
·         Perpaduan




Aspek-aspek di atas adalah merujuk kepada

A
Perlembagaan Islam

B
Perlembagaan Makkah

C
Perlembagaan Madinah

D
Perlembagaan Malaysia



 7.
Asas pemerintahan Islam berdasarkan kepada




A
Ijma Ulama

B
Ijma dan Qias

C
Al-Quran dan Hadis

D
Perlembagaan Islam



8.
Manakah antara berikut ciri-ciri seorang khalifah




i
Pengetahuan yang luas.

ii
Memiliki harta kekayaan.

iii
Menguasai teknik-teknik berkomunikasi

iv
Memiliki keadaan fizikal yang sihat dan sempurna.




A
i, ii dan iii

B
i, ii dan iv

C
i, iii dan iv

D
ii, iii dan iv



9.
Islam telah menetapkan syarat-syarat untuk menjadi ketua negara. Syarat tersebut adalah.




i
Seorang muslim yang mukmin.

ii
Lelaki atau wanita.

iii
Berilmu dan mamahami masalah negara.

iv
Adil dan saksama.




A
i, ii dan iii

B
i, ii dan iv

C
i, iii dan iv

D
i, iii dan iv



















10.
Pilih pernyataan yang tidak benar tentang matlamat negara Islam.




i
Merealisasikan keadilan.

ii
Jaminan kebebasan hak asasi.

iii
Majlis syura sebagai asas pemerintahan.

iv
Menegakkan perundangan dan hukum Allah s.w.t.




A
i dan ii

B
ii dan iii

C
iii dan iv

D
i dan iv



11.
Piagam Madinah secara umumnya menyentuh aspek-aspek berikut:




i
Kepimpinan Negara

ii
Pengiktirafan Identiti Kaum

iii
Hak Asasi

iv
Pilihanraya




A
i, ii dan iii

B
i, ii dan iv

C
i, iii dan iv

D
ii, iii dan iv

























































BAHAGIAN  B : Respon terhad



Soalan 12 hingga 19



Lengkapkan pernyataan berikut

Untuk
Kegunaan
Pemeriksa


12.


Pemerintahan Islam hanya dapat ditegakkan dengan wujudnya ______tertentu dengan semua rakyat terikat kepada peraturannya.

1



13.


________ merupakan badan permesyuaratan tertinggi negara.

1



14.


_________ mestilah dilantik daripada orang yang terbaik dan beliau berautoriti membuat keputusan serta wajib dipatuhi.
1



15.


Pada zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w. baginda hanya merujuk kepada ______ Allah dalam melaksanakan pemerintahannya.
1



16.


Rasulullah s.a.w. telah mendirikan negara dan pemerintahan Islam yang pertama di __________ berdasarkan kepada Al-Quran.
1



17.


_______ dalam negara Islam terdiri daripada orang Islam dan orang bukan Islam.
1



18.


_____________ mempunyai kuasa yang mutlak dan bebas daripada pengaruh badan eksekutif dan legislatif.

1


19.


Ahli Majlis Syura mesti mengutamakan Allah s.w.t. dalam membuat sebarang ________ kerana setiap keputusan tersebut mesti dipatuhi.
1



























Soalan 20 hingga 27




Untuk kegunaan Pemeriksa

Tandakan (  ü  ) pada pernyataan yang BETUL.
Tandakan (  x ) pada pernyataan yang SALAH.





1

1

1

1

1

1

1

1

20.
Makkah adalah sebuah negara Islam yang pertama.



21.
Ahli Syura pada zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin dikenali sebagai ahlu halli wal-’aqdi.



22.
Ketua Negara Islam boleh dilantik dari kalangan wanita berpelajaran.



23.
Dalam Islam, semua rakyat adalah sama di sisi undang-undang.



24.
Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia.



25.
Rasulullah s.a.w. telah berhijrah ke Taif setelah 13 tahun kerasulan baginda.



26.
Piagam Madinah juga dikenali sebagai ”Sahifah Madinah”.




27.
Dalam Perlembagaan Madinah, masyarakat majmuk yang menganut pelbagai agama tidak diberi kebebasan mengamalkan agama masing-masing.







































Soalan 28 hingga 35.



Untuk kegunaan Pemeriksa

Tandakan (  ü  ) pada pernyataan yang BETUL.
Tandakan (  x ) pada pernyataan yang SALAH.




1


28.
Asas pemerintahan Islam berdasarkan al-Quran dan Hadis.


1



29.

Makkah al-Mukarramah merupakan kota pertama dalam pemerintahan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w.


1



30.

Ketua negara Islam boleh dilantik sama ada orang Islam ataupun bukan Islam.


1



31.

Pada zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w. baginda merujuk kepada Hadis dalam melaksanakan pemerintahannya.


1



32.

Islam tidak mengharuskan wanita dilantik menjadi pemimpin negara memandangkan tanggungjawab dan fungsinya amat berat.



1


33.

Al-Musawah bermaksud mengiktiraf semua manusia adalah sama dari segi hak dan tanggungjawab.



1



34.

Al-Adalah bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.



1



35.

Khalifah bertanggungjawab melaksanakan hukum syariat mengikut situasi dan tempat.









































Soalan 36 hingga 45





Tentukan pernyataan di bawah dengan menandakan ( X ) dan ( Y ) dalam ruangan yang disediakan.





X
Tanggungjawab Rakyat

Y
Hak Rakyat



Untuk kegunaan pemeriksa

Pernyataan
Jawapan

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

36.
Taat setia kepada negara.


37.
Menghormati kebebasan beragama


38.
Mendapat pendidikan


39.
Mendapat perlindungan dan jaminan keselamatan.


40.
Bekerjasama membanteras kemungkaran


41.
Bekerjasama mempertahankan negara.


42.
Kebebasan bersuara dan memberi pendapat.


43.
Mencari harta dan membelanjakannya.


44.
Menasihati pemimpin.


45.
Hak memilih pemerintah.
 























Soalan 46 hingga 49




Carta di bawah menunjukkan elemen-elemen penting dalam pembentukan negara Islam.



Pembentukan Negara Islam
Badan
Kehakiman
Wilayah

Q
Pentadbiran &
Penguasaan

S

R

P

























Nyatakan elemen-elemen bagi:




46.
P
:   ______________________




47.
Q
:   ______________________




48.
R
:   ______________________




49.
S
:   ______________________

































KERTAS 2



Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.



Soalan 1 hingga 21




1.
Jelaskan pengertian negara Islam.



2.
Mengapakah perlunya ditegakkan negara Islam?



3.
Jelaskan perbezaan negara Islam dan negara bukan Islam.



4.
Nyatakan keistimewaan negara Islam.



5.
Mengapakan Rasulullah membentuk satu perlembagaan sewaktu di Madinah?



6.
 Nyatakan asas pembentukan negara Islam:



7.
Terangkan ciri-ciri negara Islam.



8.
Senaraikan ciri-ciri masyarakat majmuk yang dikehendaki oleh Islam.



9.
Jelaskan kedudukan Rasulullah berdasarkan Perlembagaan Madinah.



10.
Nyatakan pengertian khalifah Islam



11.
Jelaskan ciri-ciri khalifah Islam



12.
Jelaskan mengapa pemerintahan Islam mesti memiliki sifat takwa dan amanah



13.
Jelaskan maksud syura.



14.
Nyatakan ciri-ciri negara Islam.



15.
Mengapakah sistem syura merupakan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang terbaik?



16.
Negara Islam ‘negara kebajikan dan mendapat keampunan Allah s.w.t.’. Bincangkan pernyataan tersebut.



17.
Bincangkan peranan kerajaan dalam menerapkan nilai-nilai murni di kalangan rakyat.



18.
Islam menghendaki setiap rakyat patuh kepada pemerintah selagi mereka tidak disuruh melakukan maksiat. Huraikan pernyataan di atas.



19.
Matlamat perundangan Islam bertujuan menjamin kesejahteraan hidup manusia. Huraikan bagaimana matlamat tersebut dicapai.





20.
Setiap muslim hendaklah melaksanakan tanggungjawabnya kepada Allah, Rasul, pemerintah Islam dan negara.
Apakah tanggungjawab setiap muslim terhadap negaranya?



21.
Jelaskan implikasi pengabaian tugas khalifah terhadap negara.





















































































Jawapan

PELAJARAN 15 : SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
 











KERTAS 1


BAHAGIAN A





1. D     2.B       3.C      4.B       5.B       6.C      7.C      8. C     9.C      10.B     11.A





BAHAGIAN B




12. Wilayah/Daerah/Kawasan   13. Majlis Syura   14. Ketua Negara/Khalifah



15. Wahyu      16. Madinah 17. Rakyat/Penduduk         18. Kehakiman         



19. Keputusan



20. Salah        21. Betul         22. Salah        23. Betul         24. Betul         25. Salah



26. Betul         27. Salah        18. Betul         29. Salah        30. Salah        31. Salah



32. Betul         33. Betul         34. Betul         35. Salah



36. X                37. X                38. Y                39. Y                40. X                41. X   



42. Y                43. Y                44. X                45. Y



46.
P
:   Rakyat




47.
Q
:   Majlis Syura




48.
R
:   Ketua Negara




49.
S
:   Undang-undang



























KERTAS 2



1.
Pengertian negara Islam ialah:

·         Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan yang berteraskan keada al-Quran dan al-Sunnah. Melaksanakan perundangan, ekonomi, politik, sosial dengan adil dan saksama berlandaskan syariat Islam.



2.
Sebab negara Islam perlu ditegakkan.

·         Untuk merealisasikan hukum Allah s.w.t.
·         Untuk menegakkan keadilan.
·         Untuk melaksanakan kebajikan.



3.

Perbezaan negara Islam dan bukan negara Islam

Negara Islam
Negara Bukan Islam

·         Berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
·         Hak asasi dilindungi.
·         Syura menjadi asas pemerintahan negara.
·         Iman dan taqwa sebagai asas dalam pemilihan ketua negara.
·         Berpandukan hukum ciptaan manusia
·         Hak asasi manusia tidak terjamin
·         Pendapat majoriti rakyat sebagai asas pemerintahan negara.
·         Pemilihan pemimpin tidak diambil kira mengenai keimanan dan ketaqwaan.



4.
Keistimewaan negara Islam.

·         Keadilan dapat ditegakkan.
·         Mendapat keampunan dan rahmat dari Allah.
·         Hak kebebasan rakyat terjamin.
·         Kehidupan aman dan harmoni.
·         Perundangan Islam dapat dilaksanakan.



5.
Rasulullah membentuk satu perlembagaan sewaktu di Madinah:

·         Untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian.
·         Menentukan kuasa dan hak pemimpin serta rakyat.
·         Menetapkan hukum dan undang-undang.
·         Menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.



6.
Asas pembentukan negara Islam ialah:

·         Lembaga pemilihan kepimpinan dan polisi negara berasaskan sistem syura.
·         Pemimpin yang mempunyai sahsiah mahmudah / akhlak mulia.
·         Undang-undang dan negara berdasarkan syariat Islam.



7.
Ciri-ciri negara islam ialah:

·         Menjalankan pemerintahan dan pentadbiran berasaskan sistem syura
·         Perundangan negara berasaskan syariat Islam / al-Quran dan Sunnah
·         Pemerintahan yang adil.
·         Pemilihan pemimpin berasaskan keimanan dan ketakwaan.











8.
Ciri-ciri masyarakat majmuk yang dikehendaki oleh Islam

·         Bebas mengamalkan agama dan budaya masing-masing
·         Saling bekerjasama / bertimbangrasa / bertolak ansur
·         Bersama menjaga dan mengawal negara dari ancaman luar.
·         Saling hormat menghormati di antara satu sama lain.



9.
Kedudukan Rasulullah berdasarkan Perlembagaan Madinah

·         Rasulullah sebagai ketua negara.
·         Rasulullah bertanggungjawab dalam semua hubungan diplomatik.
·         Rasulullah menjadi rujukan apabila berlaku perselisihan.
·         Rasulullah menjadi ketua angkatan tentera.



10.
Pengertian khalifah Islam

·         Pengganti nabi dalam urusan menegakkan agama dan mentadbir urusan dunia.



11.
Ciri-ciri khalifah Islam

·         Bertaqwa kepada Allah
·         Berakhlak mulia
·         Bijaksana dan berpandangan jauh.
·         Berani menghadapi cabaran.
·         Amanah terhadap tugas.
·         Berilmu dan beramal dengan ajaran Islam.

12.
Khalifah Islam mesti memiliki sifat takwa dan amanah:

·         Supaya ia sentiasa berhati-hati dalam mengurus dan mentadbir negara / mengelak daripada berlakunya penyelewengan.
·         Memastikan hak-hak dan keperluan rakyat ditunaikan.
·         Untuk menegakkan keadilan.
·         Memastikan rakyat mendapat kebajikan.
·         Untuk memastikan hukum Allah dilaksanakan.



13.
Maksud syura ialah:

·         Badan permesyuaratan tertinggi yang terdiri daripada khalifah, ulama dan cerdik pandai bagi membuat keputusan yang adil.



14.
Ciri-ciri negara Islam ialah:

·         Berpandukan al-Quran dan al-Sunnah
·         Ketua negara yang adil dan beriman
·         Majlis Syura sebagai asas pemerintahan
·         Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar
·         Mewujudkan keamanan dan kesejahteraan
·         Jaminan kebebasan hak asasi



15.
Sistem syura sistem pemerintahan yang terbaik kerana:

·         Mengambil pendapat ramai melalui perbincangan dan mesyuarat
·         Sesuatu perancangan mendapat sokongan semua anggota
·         Masing-masing merasa bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah dipersetujui
·         Mengeratkan hubungan / perpaduan bertambah erat



16.
Negara Islam ialah “negara kebajikan dan mendapat keampunan Allah” adalah benar kerana:

·         Negara Islam ditubuhkan untuk memastikan rakyat dapat hidup selesa mempunyai tempat tinggal, makanan, pakaian, pekerjaan dan pendidikan.
·         Negara Islam tidak mengamalkan sebarang bentuk kezaliman dan kekejaman terhadap rakyat.
·         Negara islam melaksanakan amanah dan hukum-hukum.



17.
Peranan kerajaan dalam menerapkan nilai-nilai murni di kalangan rakyat:

·         Melahirkan rasa bertanggungjawab terhadap sesuatu amanah yang diserahkan.
·         Mewujudkan perpaduan, kerjasama, dan bantu membantu di antara masyarakat.
·         Memupuk budaya kerja yang cemerlang yang akan memajukan organisasi / negara



18.
Huraian kenyataan “Islam menghendaki setiap rakyat patuh kepada pemerintah selagi mereka tidak disuruh melakukan maksiat” ialah:

·         Rakyat wajib menumpahkan taat setia kepada pemerintah yang adil supaya mudah bagi pemerintah mentadbir dan membangunkan negara. Sebaliknya apabila pemerintah melakukan penyelewengan atau kezaliman hendaklah dibantah dan dibetulkan.



19.
Cara untuk mencapai matlamat perundangan Islam.

·         Perundangan Islam mendorong manusia berpegang teguh kepada ajaran Islam.
·         Perundangan Islam sentiasa menegakkan keadilan dan kebenaran.
·         Pelaksanaan perundangan Islam menghindarkan masyarakat dari melakukan jenayah.



20.
Tanggungjawab setiap muslim terhadap negaranya:

·         Menumpukan taat setia kepada negara.
·         Menjaga keselamatan negara dengan baik.
·         Mendaulatkan undang-undang negara.
·         Aktif dalam pembangunan negara dan bidang ekonomi.
·         Melibatkan diri dengan aktiviti sosial yang sihat.



21.
Implikasi pengabaian tugas khalifah terhadap negara adalah:

·         Berlaku perpecahan kaum
·         Ketidakstabilan politik
·         Ketidakadilan pemerintahan
·         Kezaliman dan keruntuhan akhlak
·         Konflik dalaman










No comments:

Post a Comment