Wednesday 18 May 2011

Falsafah Perundangan Islam Unit 1

KERTAS 1

BAHAGIAN A : Soalan Objektif

Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.

1 Antara berikut yang manakah bukan sumber utama perundangan Islam?
A Al-Qias
B Al-Ijmak
C Al-Quran
D Al-Istihsan

2 Al-Quran dan al-Hadis merupakan sumber rujukan perundangan Islam yang utama kecuali
A Al-Quran dan al-Hadis mempunyai kebenaran yang mutlak
B Kandungan al-Quran dan al-Hadis merangkumi semua aspek kehidupan
C Al-Quran dan al-Hadis bersifat setempat dan sesuai untuk sesuatu bangsa
D Ajaran al-Quran dan al-Hadis sesuai diamalkan sepanjang masa dan tempat

3 Berikut adalah ciri-ciri perundangan Islam kecuali
A Al-Quran dan al-Hadis sebagai rujukan
B Sesuai pada semua tempat dan zaman
C Lengkap dan merangkumi dunia dan akhirat
D Melanggarnya akan dikenakan tindakan di dunia

4 Yang manakah antara berikut bukan ciri-ciri keunggulan perundangan Islam?.
A Hukuman yang adil
B Jenayah berkurangan
C Mendidik jiwa manusia
D Hukuman bersifat memberikan pengajaran

5 Masyarakat perlu mematuhi perundangan Islam untuk mencapai tujuan berikut kecuali
A Ekonomi berkembang dengan pesat
B Bebas melakukan aktiviti seharian
C Terpelihara harta dan nyawa
D Jenayah berkurangan







6 Setiap perkara yang diambil daripada Rasulullah s.a.w sama ada perkataan, perbuatan atau pengakuan baginda.
Pernyataan ini merujuk kepada :
A Al-Qias
B Al-Hadis
C Al-Ijmak
D Al-Quran

7 Berikut adalah di antara sumber utama perundangan Islam
i Al-Ijmak
ii Al-Istihsan
iii Al-Istishab
iv Al-Qias

A i dan ii
B ii dan iii
C iii dan iv
D i dan iv

8 Al-Quran dan al-Hadis merupakan sumber rujukan perundangan Islam yang utama kerana
i Al-Quran dan al-Hadis mempunyai kebenaran yang mutlak
ii Al-Quran dan al-Hadis sesuai pada sesuatu tempat dan keadaan sahaja
iii Ajaran al-Quran dan al-Hadis sesuai diamalkan sepanjang masa dan tempat
iv Kandungan al-Quran dan al-Hadis merangkumi semua aspek kehidupan manusia

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

9 Antara ciri-ciri keunggulan perundangan Islam adalah seperti berikut
i Bersifat setempat
ii Hukuman yang adil
iii Kekal hingga ke akhirat
iv Mendidik jiwa manusia

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv









BAHAGIAN B : Respon terhad.

Soalan 10 hingga 28


Tuliskan istilah yang betul dalam ruangan yang disediakan
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa


10
Hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. terhadap manusia yang merangkumi aspek akidah, syariat, akhlak dan sebagainya



11
Menghubungkan hukum yang tidak ada kepada hukum yang ada kerana bersamaan illat



12
Persetujuan antara ulama Islam mengenai hukum syarak pada suatu masa selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.



13
Kalam Allah s.w.t yang bermukjizat serta diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril dalam bahasa Arab



14
Setiap perkara yang diambil daripada Rasulullah s.a.w sama ada perkataan, perbuatan atau pengakuan baginda






















Untuk kegunaan Pemeriksa Tandakan ( ü ) pada pernyataan yang BETUL.
Tandakan ( Î ) pada pernyataan yang SALAH.




15
Perundangan Islam sesuai hanya pada suatu tempat dan keadaan sahaja.



16
Al-Quran merupakan sumber rujukan yang kedua.



17
Perundangan Islam sentiasa berkembang sesuai dengan perkembangan hidup manusia.



18
Hukuman dalam perundangan Islam dilaksanakan di khalayak ramai bertujuan untuk memalukan penjenayah.



19
Al-Quran diturunkan secara sekaligus kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibril a.s dalam bahasa Arab.



20
Kandungan al-Quran tidak dapat ditandingi oleh pakar-pakar bahasa dan sastera.


Tentukan pernyataan di bawah dengan menandakan ( X ) dan ( Y ) dalam ruangan yang disediakan.

Faedah mengamalkan Perundangan Islam


X Faedah kepada individu Y Faedah kepada masyarakat

Pernyataan Jawapan

21 Mengelakkan perpecahan dan pergaduhan.
22 Melahirkan insan yang bertanggungjawab dan bertaqwa.
23 Melahirkan masyarakat yang aman dan sejahtera.
24 Menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
25 Dikasihi dan diberkati oleh Allah s.w.t.
Carta di bawah menunjukkan sumber utama dalam Perundangan Islam










Tuliskan sumber bagi ruangan yang bertanda :

26 P : ____________

27 Q : ____________

28 R : ____________

KERTAS 2

Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.

1 Berikan pengertian perundangan Islam dari segi istilah.

2 Huraikan dua ciri keunggulan perundangan Islam.

3 Nyatakan matlamat perundangan Islam.

4 Jelaskan tiga kesan perundangan Islam dalam menjaga nasab manusia.

5 Terangkan tiga faedah mengamalkan perundangan Islam kepada masyarakat.

6 Nyatakan keperluan perundangan Islam dalam kehidupan manusia.

7 Berikan dua sebab al-Quran dan al-Hadis menjadi sumber rujukan utama perundangan Islam.

8 Nyatakan keistimewaan perundangan Islam.

9 Jelaskan tiga perbezaan antara sistem perundangan Islam dengan sistem perundangan manusia.

10 Senaraikan sumber utama perundangan Islam.

11 Berikan alasan umat Islam mesti menerima perundangan Islam untuk dilaksanakan.

12 Nyatakan sumbangan anda untuk mencapai matlamat perundangan Islam.




KERTAS 1

BAHAGIAN A

1. D 2. C 3. D 4. B 5. A
6. B 7. D 8. C 9. D

BAHAGIAN B

10 Perundangan Islam
11 Al-Qias
12 Al-Ijmak
13 Al-Quran
14 Al-Hadis
15 Î
16 Î
17 ü
18 Î
19 Î
20 ü
21 Y
22 X
23 Y
24 X
25 X
26 P : Al-Quran
27 Q : Al-Ijmak
28 R : Al-Qias


KERTAS 2


1 Pengertian perundangan Islam dari segi istilah ialah
• Hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah s.w.t kepada manusia yang merangkumi aspek akidah, syariat, akhlak yang perlu diyakini dan dipatuhi untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat

2 Dua ciri keunggulan perundangan Islam ialah
• Kekal hingga ke hari akhirat
- perundangan Islam bersifat tetap dan kekal hingga ke hari akhirat
seperti ibadat puasa tetap kekal wajibnya hingga akhirat
• Memelihara keselamatan masyarakat dan negara
- perundangan Islam dapat memelihara keselamatan masyarakat
dan negara kerana dapat mencegah semua perkara yang
boleh merosakkan keharmonian masyarakat

3 Matlamat perundangan Islam ialah
• Memelihara keturunan
• Memelihara kehormatan diri
• Menjaga harta
• Memelihara akal
• Memelihara agama
• Memelihara nyawa

4 Kesan perundangan Islam dalam menjaga nasab manusia ialah
• Hak penjagaan anak terjamin
• Setiap ahli keluarga mendapat hak
• Menjaga maruah diri dan keturunan
• Menentukan hak mewalikan pernikahan
• Menentukan pembahagian harta pusaka

5 Tiga faedah mengamalkan perundangan Islam kepada masyarakat.
• Mengelakkan perpecahan dan pergaduhan
• Mengukuhkan hubungan silaturahim antara masyarakat tanpa mengira agama dan budaya
• Melahirkan masyarakat yang aman dan sejahtera

6 Keperluan perundangan Islam dalam kehidupan manusia ialah
• Bebas melakukan aktiviti seharian
• Terpelihara harta dan nyawa
• Jenayah berkurangan
• Kehidupan diberkati oleh Allah s.w.t

7 Dua sebab al-Quran dan al-Hadis menjadi sumber rujukan utama perundangan Islam ialah
• Al-Quran dan al-Hadis mempunyai kebenaran yang mutlak
• Ajaran al-Quran dan al-Hadis sesuai diamalkan sepanjang masa dan tempat.

8 Keistimewaan perundangan Islam ialah
• Dapat mendidik jiwa manusia
• Memberi persamaan hak dan keadilan
• Sesuai dilaksanakan pada semua tempat dan masa
• Merupakan ciptaan Allah s.w.t

9 Perbezaan antara sistem perundangan Islam dengan sistem perundangan manusia.
Perundangan Islam
• Ciptaan Allah s.w.t
• Bersifat universal
• Lengkap dan merangkumi dunia dan akhirat

Perundangan Ciptaan Manusia
• Ciptaan manusia
• Bersifat setempat
• Merangkumi dunia sahaja


10 Sumber utama perundangan Islam.
• Al-Quran
• Al-Hadis
• Al-Ijmak
• Al-Qias

11 Alasan umat Islam mesti menerima perundangan Islam untuk dilaksanakan ialah
• Undang-undang Islam adalah ciptaan Allah s.w.t
• Perundangan Islam lengkap dan sesuai dilaksanakan setiap masa dan tempat
• Perundangan Islam mampu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan manusia


12 Sumbangan anda untuk mencapai matlamat perundangan Islam
• Belajar bersungguh-sungguh
• Berakhlak mulia
• Sentiasa patuh kepada peraturan

2 comments:

  1. assalamualaikum. mohon izin guna soalan ini untuk latihan pelajar. jazakallahu khair.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum. mohon izin guna soalan dan nota2 utk latihan pelajar. jazakallahu khair

    ReplyDelete