Wednesday 18 May 2011

Konsep Insan

PELAJARAN 3 : KONSEP INSAN
 









KERTAS 1



BAHAGIAN A : Soalan Objektif



Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.





1
Takrif yang tepat bagi perkataan insan ialah

A
makhluk istimewa yang boleh berfikir dan mempunyai kehendak
C
makhluk istimewa yang berkemampuan menerima ilmu dan mempunyai kehendak

B
makhluk istimewa yang boleh berfikir dan berkemampuan menerima ilmu
D
makhluk istimewa yang boleh berfikir dan, berkemampuan menerima ilmu dan mempunyai kehendak





2
Berikut adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh sesama insan, kecuali

A
Memelihara hal ehwal rumah tangga jiran
C
Sentiasa hormat menghormati tanpa mengira warna kulit

B
Membantu mereka yang memerlukan pertolongan
D
Menjalinkan hubungan dengan orang Islam dan bukan Islam.





3
Pilih proses yang betul tentang kejadian insan menurut Islam.






A
Nutfah → mudghah → tulang berbalut daging → alaqah → bayi.
C
Nutfah → mudghah → alaqah → tulang berbalut daging → bayi.

B
Nutfah → alaqah → mudghah → bayi → tulang berbalut daging.
D
Nutfah → alaqah → mudghah → tulang berbalut daging → bayi.





4
Antara berikut yang manakah tanggungjawab manusia terhadap Allah s.w.t.?.

i
Menjauhi semua suruhan-Nya
iii
Menyembah Allah s.w.t dengan ikhlas

ii
Mentaati segala larangan-Nya
iv
Menggunakan nikmat pemberian-Nya






A
i, ii dan iii
C
i, iii dan iv

B
i, ii dan iv
D
ii, iii dan iv





5
Dengan akal manusia dapat melakukan perkara berikut, kecuali

A
merekacipta sesuatu
C
membezakan antara perkara buruk dan baik

B
memikirkan perkara ghaib
D
membezakan antara kebenaran dengan kebatilan





6
Unsur utama yang membezakan manusia dengan makhluk Allah s.w.t. yang lain ialah

A
pancaindera
C
akal fikiran

B
hawa nafsu
D
fizikal





7
Allah s.w.t. mencipta manusia untuk

A
menjadi khalifah mentadbir alam
C
membina bangunan yang canggih

B
menghapuskan musuh-musuh Islam
D
menghapuskan kemungkaran dan maksiat






Lengkapkan pernyataan berikut.





8
Ketika janin berusia ______________ , Allah s.w.t. telah meniupkan roh ke dalam jasad.





9
Manusia dikehendaki ________________ Allah s.w.t. sebagai tanda bersyukur.





10
Manusia ialah makhluk ________________ ciptaan Allah s.w.t.





11
Manusia pertama dicipta daripada _________________.





12
_______________ adalah manusia pertama diciptakan oleh Allah s.w.t.





13
Allah s.w.t. melantik manusia sebagai _______________ untuk mentadbir dan memakmurkan alam.





14
Nutfah akan bertukar membentuk _________________.





15
Manusia adalah sebaik-baik ______________ Allah s.w.t.





16
______________ ialah unsur utama yang membezakan antara manusia dengan makhluk lain.





17
Allah s.w.t. menciptakan ________________ sebagai pasangan nabi Adam a.s. di syurga.






Tandakan (  ü  ) pada pernyataan yang BETUL.
Tandakan (  Î ) pada pernyataan yang SALAH.



18
Perjanjian yang dipersetujui oleh manusia ketika Allah s.w.t. meniupkan ruh ke dalam jasad ialah belajar bersungguh-sungguh mencari ilmu.




19
Allah s.w.t. melantik manusia sebagai khalifah Allah s.w.t. untuk memakmurkan alam.




20
Mudghah terbentuk selepas terbentuknya nutfah.





21
Tanggungjawab manusia kepada Allah s.w.t. ialah menyembah dan mengabdikan diri kepadaNya.




22
Menurut kajian sains, terdapat 105 jenis unsur yang ada pada tanah ditemui juga dalam tubuh manusia.




23
Manusia ialah makhluk yang berbudaya dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka.




24
Menurut al-Quran, kehidupan bernyawa di muka bumi ini dicipta daripada tanah.






X
Tanggungjawab manusia kepada Allah s.w.t.

Y
Tanggungjawab manusia kepada sesama manusia

Z
Tanggungjawab manusia kepada alam



25
Merancang pembangunan dengan teliti




26
Menghubungkan tali silaturrahim tanpa mengira pangkat dan keturunan.




27
Mengawal kepupusan haiwan dan tumbuhan




28
Menjaga kebersihan dan keindahan sungai




29
Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam




30
Menunaikan zakat fitrah dan zakat harta




31
Menunaikan haji apabila berkemampuan




32
Membantu jiran yang berada dalam kesusahan




33
Mengiringi jenazah ke kubur

































Soalan 34 hingga 35

Carta di bawah berkaitan dengan proses kejadian manusia menurut al-Quran




Insan
Y
Mudghah
Nutfah
X


Nyatakan peringkat X dan Y




34
X : ____________________




35
Y : ____________________




Carta di bawah adalah berkaitan ciri-ciri insan




Ciri-ciri insan
Y
Mempunyai kehendak
X


Nyatakan ciri X dan Y




36
Ciri X : ____________________




37
Ciri Y : ____________________








Soalan 38 hingga 40

Carta di bawah merupakan satu laluan yang perlu dilalui oleh setiap insan

Alam Akhirat
Y
Alam Ruh
Alam Dunia
X


Nyatakan alam X dan Y




38
X : ____________________




39
Y : ____________________




40
Nabi Muhammad s.a.w. mendiami alam dunia selama __________ tahun.










Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.





1
Berikan pengertian insan


2
Jelaskan dua tanggungjawab insan terhadap Allah s.w.t.


3
Senaraikan tiga keistimewaan insan berbanding makhluk yang lain


4
Nyatakan dua amalan yang boleh dilakukan oleh manusia bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.


5
Berikan tiga keistimewaan kejadian manusia berbanding dengan makhluk yang lain.


6
Nyatakan perbezaan utama antara manusia dengan haiwan.


7
Jelaskan tiga kebaikan memerhati dan memikir kejadian manusia.


8
Huraikan peranan manusia terhadap alam


9
Terangkan akibat mengabaikan tanggungjawab sebagai insan






Jawapan

PELAJARAN 1 : KONSEP INSAN
 









KERTAS 1
BAHAGIAN A

1
D
5
B

2
A
6
C

3
D
7
A

4
D






BAHAGIAN B

8
4 bulan / 120 hari
13
khalifah
9
Menyembah / mentaati
14
Alaqah / sebuku darah beku
10
istimewa
15
ciptaan / kejadian
11
tanah
16
Akal
12
nabi Adam a.s.
17
Hawa



18
Î
26
Y
19
ü
27
Z
20
Î
28
Z
21
ü
29
X
22
ü
30
X
23
ü
31
X
24
Î
32
Y
25
Z
33
Y



34
alaqah / darah beku
35
al-Izam / tulang dibaluti daging
36
X = Boleh berfikir / Boleh menerima ilmu
37
Y = Boleh menerima ilmu / Boleh berfikir
38
X = alam rahim
39
Y =  alam barzakh / alam kubur
40
63



KERTAS 2





1
Insan ialah makhluk istimewa yang boleh berfikir, menerima ilmu dan berkehendak.


2
Tanggungjawab insan terhadap Allah s.w.t.
·         Mentaati perintah Allah dan menjauhi larangannya
·         Bersyukur dengan nikmat Allah s.w.t. dan menggunakannya dengan baik
·         Sentiasa mengingati Allah s.w.t. melalui amalan zikir






3
keistimewaan insan berbanding makhluk yang lain
·         Memiliki akal fikiran
·         Dilantik menjadi khalifah
·         Setiap amalan akan mendapat ganjaran
·         Rasul dilantik dari kalangan manusia
·         Mempunyai fizikal yang sempurna
·         Dijadikan daripada unsur-unsur jasmani dan rohani
·         Berbudaya dan bertamadun


4
Amalan yang boleh dilakukan oleh manusia bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat
·         Menunaikan solat fardu
·         Menjauhi perkara maksiat
·         Mentaati setiap perintah Allah
·         Menjalinkan hubungan dengan semua makhluk Allah


5
Keistimewaan kejadian manusia
·         Memiliki akal fikiran
·         Boleh mentadbir alam
·         Dilantik menjadi rasul
·         Mempunyai bentuk fizikal yang sempurna dan menarik
·         Berbudaya dan bertamadun


6
Perbezaan utama antara manusia dengan haiwan ialah manusia memiliki akal fikiran sedangkan haiwan tiada akal.


7
Kebaikan memerhati dan memikir kejadian manusia
·         Dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.
·         Dapat menyedari kelemahan diri
·         Dapat mengakui keagungan dan kekuasaan Allah s.w.t.


8
Peranan manusia terhadap alam
·         Mengurus alam secara bijaksana
·         Memelihara dan memulihara alam


9
Akibat mengabaikan tanggungjawab sebagai insan
·         Berlaku kerosakan di muka bumi
·         Manusia akan melakukan perkara syirik kepada Allah s.w.t.
·         Manusia menjadi sesat dari kebenaran


No comments:

Post a Comment