Wednesday 18 May 2011

Ting. 5 : Falsafah Ibadah

KERTAS 1

BAHAGIAN A : Soalan Objektif

Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.

1 Perbuatan yang diharamkan oleh syarak sama ada berlaku terhadap nyawa, diri dan harta merujuk kepada


A Pencerobohan
B Gejala sosial
C Kesalahan
D Jenayah

2 Keistimewaan hukum jenayah Islam kepada individu ialah
A Menjaga nyawa dan keselamatan harta daripada dicerobohi
B Mewujudkan keamanan dalam masyarakat
C Mewujudkan kemajuan dalam negara
D Perpaduan kaum dapat dieratkan

3 Hukuman Qisas boleh dijatuhkan kepada penjenayah berikut kecuali
A Baligh
B Berakal
C Berniat jahat
D Dilakukan dengan sengaja

4 Manakah antara berikut yang salah mengenai kesalahan dan hukumannya?

Kesalahan Hukuman
A Merompak harta tanpa membunuh Penjara
B Zina bagi yang belum kahwin Disebat 100 kali
C Kesalahan jalan raya Denda
D Minum arak Disebat 40 kali












5 Ali menembak Zainal yang disangka rusa ketika berburu di hutan


Situasi di atas boleh dihukum secara
i Takzir
ii Hudud
iii Qisas
iv Diat

A i dan ii
B ii dan iii
C iii dan iv
D i dan iv

6 Berikut merupakan perlakuan jenayah menurut Islam
i Tidak menunaikan solat zohor ketika musafir
ii Tidak berpuasa pada bulan Ramadan
iii Memakai baju pelbagai fesyen
iv Mengumpat

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

7 Syarat-syarat taubat ialah
i Taubat dengan hati yang ikhlas
ii Mengulangi kesilapan yang sama
iii Menyesal atas dosa yang dilakukan
iv Meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan kepada manusia

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv


















BAHAGIAN B : Respon terhad.

Soalan 8 hingga 29


Lengkapkan pernyataan tentang perbezaan hukum jenayah Islam dan hukum jenayah bukan Islam. Untuk
Kegunaan
Pemeriksa
Bil Hukum Jenayah Islam Hukum Jenayah Bukan Islam


8 Berdasarkan ___________________________ Berdasarkan pendapat manusia


9
Kuasa pengampunan hukum qisas berada pada keluarga mangsa Kuasa pengampunan berada pada _______________

10
Hukumannya bermatlamatkan __________________sejagat Hukumannya bermatlamatkan kebendaan

11 Berjaya mendidik jiwa manusia ______________ mendidik jiwa manusia


Tuliskan istilah yang betul di dalam ruangan yang disediakan
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa
12 Kesalahan dan hukuman yang ditetapkan oleh syarak serta wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah s.w.t



13 Hukuman yang melibatkan kecederaan tubuh badan dan nyawa


14 Hukuman yang tidak ditetapkan oleh syarak


15 Harta benda yang wajib diberikan kepada waris orang yang dibunuh


16
Menuduh seseorang yang baik melakukan zina tanpa bukti


Untuk kegunaan Pemeriksa Tandakan ( ü ) pada pernyataan yang BETUL.
Tandakan ( Î ) pada pernyataan yang SALAH.



17 Kesalahan khalwat dikategorikan di bawah hukum takzir


18
Kepentingan hukum diat adalah untuk membuktikan jaminan sosial kepada masyarakat dalam soal ganti rugi


19
Hukuman qisas tidak boleh dijatuhkan ke atas orang yang berniat jahat


20
Orang yang mengganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara dan dibunuh


21
Hukuman ke atas kesalahan merompak dan membunuh ialah dibunuh serta dipalang



Tentukan pernyataan di bawah dengan menandakan ( X ) dan ( Y ) dalam ruanganyang disediakan.

Faedah mengamalkan Perundangan Islam


X Hudud Y Qisas

Pernyataan Jawapan

22 Kesalahan membunuh
23 Hukuman berupa menunaikan hak Allah s.w.t
24 Kesalahan zina

25
Boleh diganti dengan diat bagi kesalahan yang tidak disengajakan






Carta di bawah menunjukkan jenis kesalahan yang boleh dijatuhkan hukuman hudud
















Tuliskan golongan-golongan tersebut :

26 P : ___________

27 Q : ___________

28 R : ___________

29 S : ___________


KERTAS 2

Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.

1 Nyatakan maksud falsafah jenayah Islam.

2 Jelaskan pengertian istilah berikut menurut syarak :
A) Qisas
B) Hudud
C) Takzir
D) Diat

3 Jelaskan tiga hikmat pelaksanaan hukum qisas dan hudud.

4 Terangkan tiga hikmat pelaksanaan hukum diat.

5 Jelaskan bukti pelaksanaan hukum jenayah berteraskan Islam dapat menyelesaikan pelbagai masalah negara.

6 Sesetengah orang beranggapan hukuman bunuh terhadap orang murtad dianggap zalim.
Nyatakan alasan anda untuk menolak pendapat tersebut.

7 Jelaskan cara menangani masalah minum arak dalam kalangan remaja sekolah.

8 Terangkan kesan perbuatan mencuri dan merompak ke atas masyarakat.

9 Perbuatan mencuri masih berleluasa walaupun hukuman dijatuhkan ke atas pesalah.
Jelaskan tiga faktor perbuatan tersebut masih berlaku.

10 Jelaskan cara mengatasi masalah kecurian menurut Islam.

11 Jelaskan tiga perbezaan antara hukum jenayah islam dengan hukum jenayah bukan Islam.

12 Nyatakan keistimewaan hukum jenayah Islam terhadap individu

13 Nyatakan maksud jenayah berserta contoh.







































KERTAS 1

BAHAGIAN A

1. D 2. A 3. A 4. A 5. D
6. B 7. C

BAHAGIAN A

8 Al-Quran dan al-Hadis
9 Mahkamah
10 Keadilan
11 Gagal
12 Hudud
13 Qisas
14 Takzir
15 Diat
16 Qazaf
17 ü
18 ü
19 X
20 X
21 ü
22 Y
23 X
24 X
25 Y
26 Qazaf
27 Mencuri
28 Merompak
29 Murtad















KERTAS 2


1 Maksud falsafah jenayah Islam ialah
• Merupakan peraturan-peraturan dan hukuman yang telah ditetapkan Allah s.w.t. terhadap kesalahan yang melibatkan pencerobohan ke atas nyawa, anggota tubuh badan serta harta benda manusia bagi menjamin keselamatan manusia dan kestabilan negara

2 Pengertian istilah berikut menurut syarak :
E) Qisas
F) Hudud
G) Takzir
H) Diat
Qisas
• Hukuman yang ditetapkan syarak berdasarkan al-Quran dan al-Hadis kerana kesalahan yang melibatkan kecederaan tubuh badan dan nyawa manusia
Hudud
• Kesalahan dan hukuman yang ditetapkan syarak serta wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah s.w.t.
Takzir
• Kesalahan dan hukuman yang tidak ditetapkan syarak dan diserahkan kepada budi bicara hakim untuk memutuskannya
Diat
• Harta benda yang wajib diberikan kepada waris orang yang dibunuh sebagai ganti hukum qisas yang tidak dilaksanakan

3 Tiga hikmat pelaksanaan hukum qisas dan hudud ialah
• Menjamin keamanan, keharmonian individu dan masyarakat
• Melindungi nyawa dan harta benda dari dianiaya
• Mengelakkan berlakunya persengketaan dalam keluarga dan masyarakat
• Menjaga nama baik dan maruah seseorang
• Keyakinan umat Islam kepada kesucian agamanya akan terpelihara

4 Tiga hikmat pelaksanaan hukum diat ialah
• Jaminan sosial untuk memberi perlindungan kepada masyarakat
• Memberi peluang kepada penjenayah bertaubat
• Menanam sifat bertolak ansur dan bermaaf-maafan
• Menghindarkan perasaan ingin membalas dendam
• Memberi amaran agar tidak terlanjur melakukan kesalahan yang lebih besar







5 Bukti pelaksanaan hukum jenayah berteraskan Islam dapat menyelesaikan pelbagai masalah negara ialah
• Hudud : dapat menghindarkan jenayah tersebut daripada dilakukan kerana takut akan hukuman seperti disebat dan dibunuh.
• Qisas : Dapat mengelakkan rasa tidak puas hati mangsa atau keluarganya kerana hukuman adalah setimpal
• Takzir : memberi kesedaran kepada penjenayah dan orang ramai daripada melakukan jenayah

6 Sesetengah orang beranggapan hukuman bunuh terhadap orang murtad dianggap zalim.
Alasan anda untuk menolak pendapat tersebut ialah
• Hukuman bunuh adalah dari Allah s.w.t. mustahil hukum ini kejam dan zalim
• Hukuman berbentuk pencegahan dan bukan satu penganiayaan
• Kepentingan ramai dan kesucian agama Islam adalah lebih utama daripada kepentingan individu
• Orang yang murtad terlebih dahulu diberi peluang untuk kembali kepada ajaran Islam serta bertaubat

7 Cara menangani masalah minum arak dalam kalangan remaja sekolah ialah
• Menyebarkan mesej Islam melalui media massa tentang keburukan minum arak
• Mengetatkan undang-undang jenayah Islam
• Memantapkan penghayatan Islam
• Menghadkan penjualan arak kepada golongan bukan Islam sahaja

8 Kesan perbuatan mencuri dan merompak ke atas masyarakat ialah
• Menggugat keharmonian masyarakat
• Masyarakat ketakutan kerana bimbang harta dicerobohi oleh orang lain
• Masyarakat teraniaya kerana hasil usaha dirampas oleh orang lain

9 Perbuatan mencuri masih berleluasa walaupun hukuman dijatuhkan ke atas pesalah.
Tiga faktor perbuatan tersebut masih berlaku ialah kerana :
• Kerana hukuman yang dikenakan tidak mengikut syarak
• Kerana terpengaruh dengan keadaan persekitaran dan rakan
• Kerana kesempitan hidup
• Kerana kurang penghayatan agama

10 Caraara mengatasi masalah kecurian menurut Islam ialah
• Menanamkan sifat terpuji dan menjauhi sifat tamak
• Menjaga harta dengan baik
• Mengenakan hukuman mengikut hukum jenayah Islam
• Meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam



11 Tiga perbezaan antara hukum jenayah islam dengan hukum jenayah bukan Islam ialah
Hukum Jenayah Islam Hukum Jenayah Bukan Islam
• Ciptaan Allah s.w.t
• Pelaksanaan mendapat berkat
• Bermatlamatkan keadilan sejagat
• Dapat mendidik jiwa manusia
• Kuasa pengampunan hukum qisas berada dalam kuasa keluarga mangsa • Digubal hasil pendapat manusia
• Tiada keberkatan dari Allah s.w.t
• Bermatlamatkan kebendaan dan keduniaan
• Gagal mendidik jiwa manusia
• Kuasa pengampunan hukum qisas berada dalam kuasa mahkamah


12 Keistimewaan hukum jenayah Islam terhadap individu ialah
• Insaf dan segera bertaubat kepada Allah s.w.t.
• Menjaga nyawa dan keselamatan harta daripada dicerobohi
• Membentuk keperibadian muslim yang sejati

13 Maksud jenayah berserta contoh ialah
• Jenayah ialah setiap perbuatan yang diharamkan oleh syarak sama ada berlaku terhadap nyawa, diri, harta dan lain-lain
• Contohnya : mencuri, berzina, tidak menunaikan solat, rasuah dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment