Wednesday 18 May 2011

Sistem Sosial Islam

KERTAS 1

BAHAGIAN A : Soalan Objektif

Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.

1. Berikut adalah cara untuk merealisasikan keadilan sosial dalam sesebuah negara kecuali.

A Mengagihkan zakat kepada semua ahli masyarakat.
B Menyediakan peluang pendidikan kepada rakyat.
C Mengenakan tindakan tanpa mengira keturunan.
D Menyediakan kemudahan asas kepada rakyat.

2. Antara berikut, yang manakah bukan implikasi pengabaian tanggungjawab sosial?

A Perbalahan dan perpecahan keluarga.
B Keharmonian dan perpaduan tergugat.
C Penyelewengan tanggungjawab dan amanah.
D Sumber-sumber alam digunakan sebaik-baiknya.

3. • Mentaati Allah s.w.t.
• Menjaga kesihatan rohani dan jasmani
• Mengamalkan akhlak mulia

Pernyataan di atas adalah tanggungjawab manusia terhadap
A Keluarga
B Diri sendiri
C Masyarakat
D Makhluk lain

4. Ciri-ciri sistem sosial Islam ialah:

i Perhubungan atas dasar iman dan takwa.
ii Berpandukan al-Quran dan al-Hadis.
iii Mengutamakan kepentingan umum daripada individu.
iv Mengutamakan kepentingan individu daripada umum.

A i, ii dan iii
B i , ii dan iv
C i , iii dan iv
D ii, iii dan iv



5. Sifat tawakal penting kerana:

i Menguatkan azam untuk terus berusaha
ii Meyakini takdir tidak akan berubah
iii Bersyukur dengan nikmat Allah s.w.t.
iv Reda dengan ketentuan Allah s.w.t.

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

6. Teguh dan tahan ujian dalam menghadapi dugaan hidup dengan redha, ikhlas dan tawakal kepada Allah s.w.t.
-Imam al-Ghazali-

Pernyataan di atas adalah merujuk kepada maksud:
A Amanah
B Sabar
C Tekun
D Ikhlas

7. Syarat amalan yang dilakukan menjadi ibadat kecuali:

A Mengikut syariat.
B Pekerjaan yang halal.
C Ikhlas kerana Allah s.w.t.
D Disertakan dengan sifat riak.

8. Antara tanggungjawab manusia kepada Allah s.w.t. adalah:

i Patuh kepada perintah-Nya.
ii Sentiasa berdoa.
iii Reda dan sabar dengan ketentuan-Nya.
iv Mengutamakan kepentingan umum daripada individu.

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

9. X – memulihara alam dengan membaik pulih dan meningkatkan kualiti alam supaya manusia dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.
( X ) menerangkan tentang:

A Tanggungjawab manusia sesama manusia.
B Tanggungjawab manusia dengan keluarga.
C Tanggungjawab manusia dengan makhluk lain.
D Tanggungjawab manusia dengan masyarakat.


BAHAGIAN B : Respon terhad

Soalan 10 hingga 18


Lengkapkan pernyataan berikut
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa

10.
Tawakal ialah berserah diri kepada ____________ Allah s.w.t. setelah berusaha bersungguh-sungguh melakukan sesuatu.


11.
Antara contoh ibadat ________ ialah solat 5 waktu dan puasa di bulan Ramadhan.


12.
Setiap perbuatan yang dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan mengikut landasan syariat dianggap sebagai ________.


13.
Sistem Sosial Islam bersifat ___________ dan berteraskan perancangan Allah s.w.t.


14.
Perasaan ______________ sesama manusia boleh diumpamakan seperti “cubit paha kanan terasa sakit di paha kiri”.


15.
Manusia bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara _______________.


16.
Pergaulan dan hubungan sesama manusia dalam menjalani kehidupan dikenali sebagai ______________ Islam.


17.
Matlamat sistem sosial Islam merangkumi hubungan manusia dengan ________ dan manusia dengan manusia.


18.
Slogan rumahku ______________ digunakan untuk merealisasikan impian keluarga bahagia.











Soalan 19 hingga 22

Nyatakan istilah bagi perkara berikut.
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa
19. Berserah diri kepada ketentuan Allah s.w.t. setelah berusaha bersungguh-sungguh.


20. Tolak-ansur dan saling memahami serta menghormati pendapat orang lain.


21. Bukti kepatuhan hamba kepada pencipta-Nya melalui tindakan dan perbuatan.


22. Persaudaraan Islam berlandaskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.




Soalan 23 hingga 29

Untuk kegunaan Pemeriksa Tandakan (  ) pada pernyataan yang BETUL.
Tandakan ( X ) pada pernyataan yang SALAH.




23.
Ibadat bermaksud pengabdian atau kepatuhan kepada Allah s.w.t.


24.
Sistem Sosial Islam hanya menghubungkan manusia dengan Allah s.w.t. dan manusia sesama manusia.


25.
Sifat tawakal boleh menyebabkan seseorang cepat putus asa.


26.
Sistem Sosial Islam bersifat rabbani dan berteraskan perancangan Allah s.w.t.


27.
Perbezaan warna kulit dan taraf hidup tidak menghalang wujudnya kerjasama dan toleransi.


28.
Tawakal membawa maksud berserah diri tanpa berusaha bersungguh-sungguh.


29.
Ibadat boleh dibahagikan kepada empat jenis.



Soalan 30 hingga 32

Carta di bawah menunjukkan jenis-jenis tanggungjawab sosial.














Nyatakan jenis tanggungjawab sosial bagi petak kosong di atas.

30. X : ____________________________

31. Y : ____________________________

32. Z : ____________________________


Soalan 33 hingga 34 dan 35 hingga 36
Carta di bawah berkaitan dengan hubungan yang telah digariskan dalam sistem sosial Islam.











Nyatakan perkara P dan Q.

33. P : ____________________________

34. Q : ____________________________

Bardasarkan rajah di atas, nyatakan dua contoh ibadat yang menghubungkan manusia dengan Allah.

35. i : __________________

36. ii : __________________

Soalan 37 hingga 39
Jadual di bawah merujuk kepada perbezaan di antara Sistem Sosial Islam dengan Sistem Sosial Ciptaan Manusia.

Sistem Sosial Islam Sistem Sosial Ciptaan Manusia
____________37______________
Perhubungan atas dasar keluarga atau darjat


Pergaulan terbatas
______________38_____________
_____________39______________
Mengutamakan kepentingan individu daripada umum



































KERTAS 2

Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.

Soalan 1 hingga 20

1. Slogan “Rumahku Syurgaku” sering digunakan bagi merealisasikan impian membina keluarga bahagia.
Bagaimanakah cara untuk mencapai slogan ‘Rumahku Syurgaku’.

2. Masyarakat yang makmur akan melahirkan negara yang maju.
Terangkah dua peranan individu dalam melahirkan masyarakat yang sejahtera.

3. Nyatakan dua etika hidup dalam masyarakat berbilang kaum.

4. Jelaskan dua kesan jika rakyat tidak mensyukuri nikmat keamanan dan keharmonian negara

5. Terangkan tiga cara untuk memupuk tanggungjawab sosial di kalangan ahli masyarakat.

6. Nyatakan perbezaan antara sistem sosial Islam dengan sistem sosial bukan Islam.

7. Jelaskan tiga peranan remaja dalam membangunkan sesebuah negara.

8. Nyatakan punca-punca keruntuhan akhlak remaja.

9. Nyatakan aspek sosial Islam yang boleh berubah dan tidak boleh berubah

10. Bagaimanakah cara untuk mencapai Sistem Sosial Islam yang bersifat Rabbani.

11. “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara” (surah al-Hujurat: 10)
Nyatakan usaha-usaha untuk memperkukuhkan persaudaraan / ukhuwwah Islamiyyah di kalangan masyarakat.


12. Hubungan kekeluargaan amat penting di dalam Sistem Sosial Islam.
Jelaskan pernyataan di atas.

13. Bersyukur kepada Allah merupakan salah satu tanggungjawab manusia. Bagaimanakah cara anda bersyukur dengan kurniaan fizikal yang sihat.

14. Nyatakan dua contoh amalan dalam keluarga yang boleh mengeratkan kasih sayang serta mendapat rahmat Allah s.w.t.

15. Sistem Sosial Islam bersifat Rabbani dan mempunyai nilai-nilai luhur tertentu.
Senaraikan dua daripada nilai tersebut.

16. Terangkan tiga akibat jika tidak mengamalkan Sistem Sosial Islam

17. Toleransi adalah amalan yang dituntut dalam Islam.
Nyatakan maksud toleransi.

18. Terangkan dua bentuk toleransi yang menyalahi tuntutan syarak.

19. Sistem Sosial Islam mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakannya dengan sistem sosial ciptaan manusia.
Jelaskan dua perbezaan tersebut.

20. Menurut Imam al-Ghazali, sabar terbahagi kepada beberapa jenis.
Nyatakan dua daripadanya.








































Jawapan





KERTAS 1
BAHAGIAN A

1. A 2.D 3.B 4.A 5.C 6.B 7.D 8.A 9.A


BAHAGIAN B

10. ketentuan 11. khusus 12. ibadat 13. rabbani 14. kasih sayang

15. alam 16. sistem sosial 17. Allah s.w.t. 18. syurgaku

19. tawakal 20. toleransi 21. ibadat 22. ukhuwah islamiah

23. betul 24. salah 25. salah 26. betul 27. betul 28. salah

29. salah

30. X : Allah

31. Y : Diri-Sendiri

32. Z : Masyarakat

33. P : manusia / insan

34. Q : Alam

35. i : solat / haji

36. ii : puasa / zakat

37. Perhubungan atas dasar takwa kepada Allah.

38. Pergaulan bebas.

39. Mengutamakan kepentingan umum daripada individu.








KERTAS 2

1. Cara untuk mencapai impian slogan “Rumahku Syurgaku”
• Memberi kasih sayang dan perihatin kepada ahli keluarga.
• Menyediakan keperluan asas mengikut kemampuan.
• Memastikan pendidikan ahli keluarga / pendidikan fardhu ain.
• Mengamalkan akhlak mulia / bersopan santun.

2. Dua peranan individu dalam melahirkan masyarakat yang sejahtera
• Memelihara keamanan dan kesejahteraan hidup masyarakat/ saling bekerjasama dan hormat-menghormati.
• Menyeru kebaikan dan mementingkan kebajikan.
• Mencegah perbuatan mungkar dan adat yang menyalahi peraturan agama.
• Bekerjasama menjaga keselamatan dan keutuhan masyarakat daripada dicerobohi.
• Saling bekerjasama dan hormat-menghormati.

3. Dua etika hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum.
• Menghormati adat dan budaya.
• Memberikan hak secara adil.
• Tidak menyentuh soal-soal sensitif.
• Saling bekerjasama membangunkan negara.

4. Dua kesan jika rakyat tidak mensyukuri nikmat keamanan dan keharmonian negara
• Negara menjadi mundur.
• Berlaku pergaduhan / huru hara / kekacauan.
• Negara mudah dijajah / kedaulatan negara tergugat.
• Negara tidak dihormati.
• Perbuatan mungkar / jenayah berleluasa.

5. Tiga cara memupuk tanggungjawab sosial di kalangan ahli masyarakat
• Didikan awal dalam keluarga / pendidikan agama.
• Kempen melalui media massa / secara berterusan / ceramah / kempen.
• Penerapan nilai-nilai murni (sivik, agama, moral) dalam aktiviti masyarakat.

6. Sistem Sosial Islam Sistem Sosial Bukan Islam
• Berasaskan al-Quran
• Berdasarkan kepada ukhuwah
• Mementing urusan dunia dan akhirat • Berdasarkan pemikiran
• Berdasarkan kedudukan, warna kulit dan lain-lain
• Mementingkan kebendaan / keduniaan semata-mata.

7. Peranan remaja dalam membangunkan sesebuah negara.
• Menumpukan perhatian terhadap pelajaran.
• Menjauhkan diri dari perkara-perkara negatif.
• Menceburi bidang kemahiran / teknologi.



8. Punca-punca keruntuhan akhlak remaja ialah:
• Kurangnya penghayatan iman.
• Kurangnya ilmu agama.
• Kurang perhatian daripada ibu bapa.
• Pengaruh media massa dan persekitaran / rakan sebaya
• Kurang didikan agama.

9. Aspek sosial Islam yang boleh berubah dan tidak boleh berubah:
Boleh berubah Tidak boleh berubah



• Fesyen pakaian
• Kaedah mencari dan memiliki harta
• Methodologi menuntut ilmu • Hukum menutup aurat
• Peraturan mencari dan memiliki harta.
• Hukum menuntut ilmu.

10.
Cara mencapai Sistem Sosial Islam yang bersifat Rabbani.
• Mengenal dan menghayati Sistem Sosial Islam
• Berusaha memperkukuh perpaduan antara satu sama lain.
• Berusaha mencapai kebahagiaan diri, keluarga dan masyarakat berdasarkan syariat.

11. Usaha-usaha untuk memperkukuhkan persaudaraan / ukhuwwah Islamiyyah di kalangan masyarakat.
• Amalan ziarah menziarahi
• Memberi / menjawab salam
• Menunaikan solat secara berjemaah
• Tolong menolong / bantu membantu

12. Alasan yang menyatakan hubungan kekeluargaan amat penting di dalam Sistem Sosial Islam:
• Sistem Sosial Islam melahirkan individu yang mampu menyumbang ke arah pembentukan masyarakat berkualiti.
• Sistem Sosial Islam melahirkan ahli masyarakat yang berakhlak mulia , penyayang dan amanah.

13. Cara bersyukur dengan kurniaan fizikal yang sihat
• Meningkatkan kuantiti dan kualiti ibadah.
• Menjaga kesihatan fizikal.
• Menjauhi amalan yang merosakkan fizikal.
• Memakan makanan yang halal dan baik.

14. Dua contoh amalan dalam keluarga yang boleh mengeratkan kasih sayang serta mendapat rahmat Allah s.w.t.
• Solat berjamaah
• Berkongsi masalah
• Beriadah bersama-sama
• Makan bersama-sama
• Amalan bersalam sebelum keluar rumah



15. Nilai luhur Sistem Sosial Islam:
• Ukhuwwah Islamiyyah
• Kasih sayang
• Hormat-menghormati

16. Akibat jika tidak mengamalkan Sistem Sosial Islam
• Kehidupan tidak aman dan harmoni / berlaku pergaduhan
• Keadilan tergugat / tiada keadilan dalam masyarakat
• Melahirkan masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan amanah
• Mencemar dan merosakkan alam
• Tidak diberkati Allah s.w.t.

17. Maksud toleransi adalah:
• Bertolak ansur dan saling memahami serta menghormati pendapat orang lain.

18. Dua bentuk toleransi yang menyalahi tuntutan syarak:
• Toleransi yang menjejaskan akidah
• Toleransi yang menjejaskan ibadat khusus
• Toleransi yang melanggar etika muslim
• Toleransi yang menjatuhkan diri dan masyarakat

19. Perbezaan Sistem Sosial Islam dengan sistem sosial ciptaan manusia
Sistem Sosial Islam Sistem Sosial Ciptaan Manusia
• Perhubungan atas dasar takwa kepada Allah dan mendapatkan keredaan-Nya
• Pergaulan mengikut lunas-lunas Islam
• Berpandukan al-Quran dan al-Hadis • Perhubungan atas dasar keluarga/darjat/ada kepentingan.
• Pergaulan bebas mengikut nilai-nilai adat dan budaya.
• Mengikut nilai yang diwarisi oleh adat dan kebudayaan setempat.

20. Sabar menurut Imam al-Ghazali:
• Sabar dan taat dalam beribadat
• Sabar dalam menghadai dugaan
• Sabar terhadap kehidupan dunia
• Sabar dalam perjuangan
• Sabar terhadap maksiat

No comments:

Post a Comment