Wednesday 18 May 2011

Ting. 5 : Falsafah Perundangan Islam Unit 3

KERTAS 1

BAHAGIAN A : Soalan Objektif

Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.

1 Memelihara agama bermaksud memelihara
A Kebersihan jasmani
B Kesucian akidah
C Kesucian akhlak
D Kebersihan rohani

2 Keluar daripada agama Islam


Pernyataan di atas menerangkan pengertian
A Syirik
B Riddah
C Munafiq
D Khurafat

3 Islam telah menetapkan beberapa cara bagi menjamin kehormatan dan maruah diri, antaranya ialah
A Menghormati hak milik individu
B Sentiasa melakukan ibadat dan membaca buku
C Menjaga kesihatan, kebersihan dan keselamatan diri
D Melarang umatnya menghina dan menjatuhkan maruah seseorang

4 Berikut ialah cara untuk mencapai matlamat perundangan Islam kecuali
A Melaksanakan sesuatu mengikut kepentingan diri
B Berpegang teguh dengan peraturan Allah s.w.t
C Bertindak mengikut ajaran Islam
D Mengamalkan cara hidup Islam

5 Kepentingan matlamat perundangan Islam terhadap agama ialah
A Menjaga akidah umat Islam supaya tidak terpesong
B Memastikan pemikiran manusia sentiasa waras
C Memantapkan kemajuan negara
D Melahirkan zuriat yang sah







6 Yang manakah antara berikut merupakan matlamat perundangan Islam
i Memelihara nyawa
ii Memelihara agama
iii Memelihara kewangan
iv Memelihara harta benda

A i, ii dan iii
B ii, iii dan iv
C i, ii dan iv
D i, iii dan iv

7 Memelihara keharmonian negara dapat dicapai melalui
i Meningkatkan semangat perpaduan di kalangan rakyat
ii Menghormati hak awam seperti memelihara harta benda
iii Mentaati pemerintah yang adil yang dipilih secara demokrasi
iv Menjaga hubungan diplomatik antara negara dengan negara

A i, ii dan iii
B ii, iii dan iv
C i, ii dan iv
D i, iii dan iv

8 Islam telah menyarankan cara untuk memelihara keturunan. Antara berikut, manakah pernyataan yang benar
i Menjalankan hukuman sebat dan rejam kepada orang yang berzina
ii Menjauhi perbuatan zina, liwat, homoseks dan lesbian
iii Melarang umat Islam menghina orang lain
iv Mensyariatkan perkahwinan

A i, ii dan iii
B ii, iii dan iv
C i, ii dan iv
D i, iii dan iv




















BAHAGIAN B : Respon terhad.

Soalan 9 hingga 28


Lengkapkan pernyataan berikut
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa


9
_____________adalah melakukan persetubuhan antara lelaki dan lelaki.


10
Islam melarang manusia menceroboh harta orang lain dengan cara yang tidak sah mengikut ________________.

11
Islam mensyariatkan ________________ untuk melahirkan keturunan manusia yang sempurna.

12
Memelihara ___________________ bermaksud menjaga akhlak dan menjauhi segala kelakuan buruk.


Tuliskan jawapan yang betul di dalam ruangan yang disediakan
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa


13
Kepercayaan atau perbuatan karut yang bercanggah dengan ajaran Islam



14
Orang yang tertarik nafsu syahwatnya kepada orang yang sejenis dengannya


15
Menyekutukan Allah s.w.t dengan sesuatu dari segi zat, sifat dan perbuatan seperti beribadat selain kepada Allah s.w.t









Untuk kegunaan Pemeriksa Tandakan (  ) pada pernyataan yang BETUL.
Tandakan (  ) pada pernyataan yang SALAH.




16
Kesan matlamat perundangan Islam terhadap individu ialah menjadikan kehidupan lebih cemerlang


17
Maksud memelihara akal adalah menjaga akhlak dan menjauhi segala kelakuan buruk


18
Pelaksanaan perundangan Islam dapat menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat


19
Setiap individu mesti mencari harta dengan apa cara sekalipun


20
Islam tidak melarang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan


21
Memelihara nyawa adalah satu tuntutan syariat terhadap setiap muslim


22
Melakukan aktiviti seperti riadah dapat memelihara kewarasan akal


23
Menjatuhkan hukuman sebat atau rejam kepada orang yang melakukan zina hanya boleh dilakukan jika dirasakan perlu


24
Syirik ialah menyekutukan Allah s.w.t dengan sesuatu hanya dari segi zat dan sifat sahaja



















Carta di bawah menunjukkan matlamat perundangan Islam.
















Nyatakan matlamat perundangan Islam bagi X dan Y

25 X : __________________________

26 Y : __________________________

Nyatakan contoh bagi X dan Y

27 X : __________________________

28 Y : __________________________




















KERTAS 2

Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.

1 Nyatakan maksud memelihara keharmonian negara.

2 Jelaskan dua cara perundangan Islam dalam memelihara keharmonian negara.

3 Terangkan dua matlamat perundangan Islam dalam memelihara keturunan.

4 Mengapa Islam menyarankan supaya memelihara akal?

5 Jelaskan dua kesan matlamat perundangan Islam terhadap masyarakat.

6 Huraikan tiga cara untuk mencapai matlamat perundangan Islam.

7 Senaraikan dua cara untuk memelihara nyawa.

8 Nyatakan dua cara manusia dapat memelihara kesempurnaan akal.



































KERTAS 1

BAHAGIAN A

1. B 2. B 3. D 4. A 5. A
6. C 7. D 8. C

BAHAGIAN A

9 Liwat
10 Syarak
11 Perkahwinan
12 Kehormatan diri
13 Khurafat
14 Homoseks / lesbian
15 Syirik
16 ü
17 X
18 ü
19 X
20 X
21 ü
22 ü
23 X
24 X
25 X : memelihara nyawa
26 Y : memelihara keharmonian negara
27 contoh bagi X
• Menjaga kesihatan, kebersihan dan keselamatan diri
• Mengharamkan perbuatan bunuh diri dan orang lain
• Menjauhi kecederaan yang disengajakan
28 Contoh bagi Y
• Menjaga hubungan diplomatik
• Menghormati hak-hak individu
• Mentaati pemerintah yang adil
• Membangun dan memakmurkan negara










KERTAS 2

1 Maksud memelihara keharmonian negara ialah
• Menjaga keamanan dan keselamatan negara daripada ancaman dalaman dan luaran

2 Dua cara perundangan Islam dalam memelihara keharmonian negara ialah
• Menjaga hubungan diplomatik antara negara
• Menghormati hak-hak individu di negara tersebut
• Meningkatkan semangat perpaduan di kalangan rakyat
• Mentaati pemerintah yang adil yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat
• Mempertingkatkan usaha ke arah membangun dan memakmurkan negara

3 Dua matlamat perundangan Islam dalam memelihara keturunan.
• Untuk melahirkan zuriat yang bersih dan sah
• Memantapkan institusi kekeluargaan

4 Islam menyarankan supaya memelihara akal kerana
• Kerana akal adalah anugerah Allah s.w.t kepada manusia yang mesti dijaga
• Supaya kewarasan akal manusia lebih terjamin
• Memastikan pemikiran manusia sentiasa waras

5 Dua kesan matlamat perundangan Islam terhadap masyarakat.
• Masyarakat hidup dalam keadaan aman dan damai
• Persaudaraan Islam akan bertambah kukuh
• Masyarakat sentiasa bekerjasama

6 Tiga cara untuk mencapai matlamat perundangan Islam ialah
• Berpegang teguh dengan peraturan Allah s.w.t
• Bertindak mengikut ajaran Islam
• Mengamalkan cara hidup Islam
• Mencintai kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat
• Melaksanakan perundangan Islam dalam kehidupan
• Berfikir, mengkaji serta mengabui kebenaran ajaran Islam

7 Dua cara untuk memelihara nyawa ialah
• Menjaga kesihatan, kebaikan dan keselamatan
• Mengharamkan perbuatan membunuh diri dan orang lain
• Menjauhi perkara-perkara yang boleh menyebabkan kecederaan dengan sengaja

8 Dua cara manusia dapat memelihara kesempurnaan akal ialah
• Tidak minum minuman keras, mengambil dadah dan pil khayal
• Sentiasa melakukan ibadat, membaca buku-buku dan beriadah
• Mendampingi ulama dan para cendiakawan

No comments:

Post a Comment