Wednesday 18 May 2011

Ting. 5 : Cara Penyelesaian Masalah

KERTAS 1

BAHAGIAN A : Soalan Objektif

Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.

1 Antara berikut, yang manakah langkah penyelesaian masalah seperti yang dianjurkan oleh Islam.

A Mengenal pasti setiap yang berlaku.
B Tidak perlu kepada penilaian semula.
C Tidak menitikberatkan punca masalah.
D Menghukum orang yang melakukan punca masalah.

2 Niat Keazaman Tindakan Tawakkal Muhasabah


Carta aliran di atas menerangkan:
A Kesan penyelesaian masalah.
B Langkah penyelesaian masalah.
C Amalan dalam penyelesaian masalah.
D Perlakuan dalam penyelesaian masalah.

3 Tawakal bermaksud.........................

A Berserah diri kepada Allah s.w.t. dengan melakukan segala perintah dan ajaran-Nya.
B Berserah diri kepada Allah s.w.t. dengan meyakini sepenuh hati keesaan dan kekuasaan-Nya
C Berserah diri kepada Allah s.w.t. setelah berusaha bersungguh-sungguh melakukan sesuatu.
D Berserah diri kepada Allah s.w.t. denga memohon ampun serta berjanji tidak akan melakukan dosa lagi.

4 Manakah antara berikut bukan ciri orang yang bertawakal kepada Allah s.w.t?

A Sentiasa berdoa.
B Reda dengan ketentuan Ilahi.
C Berusaha bersungguh-sungguh.
D Meyakini takdir Allah s.w.t.. tidak akan berubah.








5 Kepentingan tawakkal adalah:

i Meyakini takdir tidak akan berubah.
ii Reda dengan ketentuan Allah s.w.t.
iii Bersyukur dengan nikmat Allah s.w.t.
iv Menguatkan azam untuk terus berusaha.

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

6 Antara berikut yang manakah tidak benar tentang amalan dalam penyelesaian masalah.

A Melalui kesungguhan bekerja.
B Melalui nasihat yang bijaksana.
C Melalui pegangan agama yang teguh.
D Melalui pembahagian tugas yang praktikal.

7 Berikut adalah cara berdakwah yang berkesan kecuali:

A Memberikan penerangan yang jelas.
B Menyalurkan khidmat amal kebajikan.
C Meraikan perayaan pelbagai agama.
D Mengadakan perbincangan yang baik.

8 Adab – adab berdoa ialah:

i Hati yang ikhlas.
ii Berpakaian baru.
iii Melunakkan suara.
iv Mengadap kiblat.

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

9 Amalan dalam penyelesaian masalah ialah:

i Melalui al-Qias.
ii Melalui al-Quran.
iii Melalui tindakan pemerintah.
iv Melalui kesungguhan bekerja.

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

10 Perbuatan menilai diri sendiri

Pernyataan di atas berkaitan dengan:
A Niat
B Tawakal
C Keazaman
D Muhasabah

11 Apakah kepentingan melakukan penilaian semula dalam menyelesaikan sesuatu masalah secara Islam.

i Memuaskan hati semua pihak.
ii Memberikan keadilan kepada masyarakat.
iii Memastikan keberkesanan dan kesempurnaan.
iv Mendapat kepujian dan perhatian masyarakat.

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

Soalan 12 berdasarkan gambarajah di bawah.
















Carta aliran di atas merupakan langkah yang diambil untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
12. X ialah:
A Melakukan penilaian semula.
B Menerangkan akibat perbuatan berkenaan.
C Mengenal pasti punca masalah secarfa terperinci.
D Memberi nasihat secara berhemah.






BAHAGIAN B : Respon terhad

Soalan 13 hingga 18


Lengkapkan pernyataan berikut
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa


13.

_________ sesuai dirujuk bagi menyelesaikan masalah pada setiap masa, keadaan dan tempat.


14.

____ adalah cara memohon kebaikan atau menolak sesuatu keburukan kepada Allah s.w.t.


15.

Kewajipan mengeluarkan ______ dan sedekah dapat mengeratkan perpaduan dan merapatkan jurang ekonomi antara golongan kaya dengan miskin.


16.

Dalam mewujudkan negara yang aman, ___________ hendaklah menyelesaikan masalah berpandukan hukum Islam.


17.

Setiap perbuatan bergantung kepada _____ individu.


18.

Setelah berusaha kita hendaklah __________ kepada Allah s.w.t.






















Soalan 19 hingga 22

Tuliskan istilah yang bersesuaian dengan pernyataan berikut di dalam ruangan yang disediakan.
Untuk
Kegunaan
Pemeriksa
19. Berserah diri kepada Allah setelah berusaha.


20. Suatu perbuatan menilai diri sendiri.


21. Permintaan kepada Allah s.w.t. untuk memohon kebaikan atau menolak bala.


22. Menyeru manusia ke arah kebaikan dan menjauhi kejahatan.




Soalan 23 hingga 29

Untuk kegunaan Pemeriksa
Tandakan (  ) pada pernyataan yang BETUL.
Tandakan ( x ) pada pernyataan yang SALAH.


23. Merujuk kepada orang yang berilmu merupakan salah satu cara penyelesaian masalah secara Islam.


24. Kemiskinan dapat diatasi dengan memberikan wang sara diri kepada penganggur.


25. Perbezaan warna kulit dan taraf hidup tidak menghalang wujudnya kerjasama dan toleransi.


26. Nasihat hendaklah secara bijaksana tanpa menyinggung perasaan orang lain.


27. Punca masalah dikaji setelah dilakukan penilaian.


28. Kaedah dalam penyelesaian masalah diperlukan setelah mengenal pasti puncanya.


29. Keazaman sudah memadai dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Soalan 30 hingga 31

Carta di bawah menunjukkan asas amalan dalam penyelesaian masalah.

















Nyatakan perkara P dan Q bagi rajah di atas

30. P : ____________________________

31. Q : ____________________________


Jawapan soalan berikut berdasarkan jadual di bawah:












Tuliskan sikap yang mesti diterapkan ke dalam diri seseorang dalam menyelesaikan sebarang permasalahan.

32. P : ____________________________

33. Q : ____________________________

34. S : ____________________________




KERTAS 2

Jawapan semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.

1. Terangkan langkah-langkah penyelesaian masalah menurut Islam.

2. Senaraikan perlakuan utama dalam penyelesaian masalah.

3. Bagaimanakah cara penyelesaian masalah secara Islam?

4. Jelaskan sifat-sifat yang mesti dimiliki oleh pendakwah.

5. Bagaimanakah cara berdakwah yang berkesan?

6. Mengapakah aktiviti dakwah mesti diteruskan?

7. Bagaimanakah cara anda berdakwah di sekolah?

8. Nyatakan adab-adab berdoa.

9. Jelaskan kesan doa terhadap peribadi muslim.

10. Jelaskan peranan kerajaan dalam menangani masalah kejahilan umat Islam.

11. Nyatakan takrif tawakal.

12. Apakah maksud muhasabah?

13. Terangkan kepentingan melakukan penilaian semula dalam menyelesaikan sesuatu masalah secara Islam.




















Jawapan




KERTAS 1
BAHAGIAN A

1. A 2.D 3.C 4.D 5.D 6.D 7.C 8.C 9.D 10.D 11.A

12.C


BAHAGIAN B

13. Al-Quran 14. Doa 15. Zakat 16. Pemerintah 17. Niat

18. Bertawakal 19. Tawakal 20. Muhasabah 21. Doa

22. Dakwah 23. Betul 24. Salah 25. Betul 26. Betul 27. Salah
28. Betul 29. Salah

30. P : Melalui al-Quran/ al-Hadis/ tindakan pemerintah/ nasihat yang bijaksana/
dakwah/ pendidikan/ doa.

31. Q : Melalui al-Quran/ al-Hadis/ tindakan pemerintah/ nasihat yang bijaksana/
dakwah/ pendidikan/ doa.

32. P : Keazaman

33. Q : Tawakal

34. R : Muhasabah
















KERTAS 2


1. Langkah-langkah penyelesaian masalah menurut Islam.
• Mengenal pasti setiap masalah yang berlaku.
• Mengenal pasti punca masalah secara terperinci dan menyeluruh.
• Mengenal pasti kaedah dan strategi untuk menyelsaikan masalah.
• Menguji dan mengaplikasi kaedah penyelesaian masalah.
• Melakukan penilaian semula.

2. Perlakuan utama dalam penyelesaian masalah.
• Niat
• Keazaman
• Tindakan
• Tawakal
• Muhasabah

3. Cara penyelesaian masalah secara Islam.
• Melalui ajaran al-Quran dan as-Sunnah
• Melalui pemerintah atau kerajaan
• Melalui nasihat yang bijaksana
• Melalui dakwah
• Melalui pendidikan
• Melalui doa
• Melalui kesungguhan bekerja
• Melalui pegangan agama yang tegas

4. Sifat-sifat yang mesti dimiliki oleh pendakwah.
• Beriman dan bertaqwa
• Memahami suasana dan masalah masyarakat
• Bijaksana / berilmu
• Berani menyatakan yang hak
• Ikhlas kerana Allah
• Gigih dan tekun

5. Cara melakukan dakwah secara berkesan
• Memberi penerangan dan penjelasan mengikut kemampuan orang mendengar.
• Memberi nasihat yang baik melalui contoh teladan.
• Mengadakan perbincangan dan perbahasan dengan baik.
• Menyalurkan khidmat amal kebajikan.
• Memberikan pengetahuan yang sempurna.

6. Aktiviti dakwah mesti diteruskan kerana
• Untuk meningkatkan kefahaman umat Islam tentang agama Islam.
• Masih banyak berlaku pelanggaran hukum Allah
• Untuk menyebarkan agama Islam.




7. Cara berdakwah di sekolah
• Menunjuk contoh teladan yang baik
• Menerbitkan risalah dakwah
• Menganjurkan Minggu Dakwah
• Mengadakan tazkirah / forum / ceramah

8. Adab-adab berdoa ;
• Berdoa dengan ikhlas
• Dalam keadaan suci daripada hadas kecil dan besar.
• Khusyuk dan tenang
• Berdoa dengan bersungguh-sungguh / tidak berputus asa
• Melunakkan suara
• Mengadap kiblat
• Memulakan dengan memuji Allah s.w.t. dan mengakhiri dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

9. Kesan doa terhadap peribadi muslim
• Melahirkan rasa rendah diri
• Mengelakkan perasaan sombong dan bangga diri
• Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
• Yakin kepada diri sendiri
• Bertawakal kepada Allah s.w.t.

10. Peranan kerajaan dalam menangani masalah kejahilan umat Islam
• Menyediakan kemudahan menuntut ilmu
• Berusaha mengatasi masalah keciciran pelajar
• Memperbanyak program agama
• Menyebarkan majalah dan kitab-kitab agama kepada orang ramai

11. • Berserah kepada Allah s.w.t. setelah berikhtiar.

12. • Perbuatan menilai diri sendiri.

13. • Memastikan kesempurnaan dan keberkesanan.
• Memuaskan hati semua pihak.
• Memberikan keadilan kepada masyarakat.

No comments:

Post a Comment