Wednesday 18 May 2011

Konsep Kerasulan



PELAJARAN 2 : KONSEP KERASULAN
 







KERTAS 1



BAHAGIAN A : Soalan Objektif



Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.



1
Para nabi dan rasul terpelihara daripada dosa dan maksiat



Pernyataan di atas merujuk kepada

A
mukjizat
C
maksum

B
makrifah
D
maunah





2
·         Membuktikan kebenaran kerasulan
·         Menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t.
·         Menambah keyakinan terhadap rasul
X










Berdasarkan pernyataan di atas, X ialah

A
maksum
C
mukjizat

B
makrifah
D
maunah





3
Berikut adalah pernyataan yang benar mengenai rasul, kecuali

A
dianugerahkan wahyu
C
setiap nabi adalah rasul

B
bilangan rasul 313 orang
D
rasul menerima suhuf





4

·         Menerima wahyu
·         Tidak wajib menyampaikannya
·         Tidak diturunkan kitab









Ciri-ciri di atas merujuk kepada

A
nabi
C
wali

B
rasul
D
imam





5
Rasul Ulul Azmi ialah rasul-rasul yang __________

A
memiliki kesabaran paling tinggi
C
tidak mudah putus asa

B
paling disayangi Allah s.w.t.
D
memimpin umat





6
Berikut adalah rasul Ulul Azmi kecuali

i
Nabi Nuh a.s.
iii
Nabi Zakaria a.s

ii
Nabi Salleh a.s
iv
Nabi Ibrahim a.s






A
i dan ii
C
iii dan iv

B
ii dan iii
D
i dan iv





7
Gelaran Ulul Azmi diberikan kepada rasul kerana _________

i
memiliki kesabaran yang paling tinggi
iii
sentiasa berdoa untuk kesejahteraan kaumnya

ii
memiliki keazaman dan keteguhan jiwa
iv
sentiasa memberi perlindungan kepada kaum  mereka






A
i, ii dan iii
C
i, iii dan iv

B
i, ii dan iv
D
ii, iii dan iv





8
Antara sifat mustahil bagi rasul ialah

A
al-Sidq
C
al-Kitman

B
al-Tabligh
D
al-Fatanah





9
Bilangan rasul yang wajib diimani ialah

A
313 orang
C
25 orang

B
99 orang
D
5 orang





10
Pilih pernyataan yang salah mengenai rasul.

A
Rasul yang wajib diketahui seramai 25 orang
C
Rasul memiliki keazaman yang tinggi semasa berdakwah

B
Rasul menyeru kepada perkara mazmumah sahaja
D
Rasul dipilih daripada golongan lelaki yang terbaik sahaja





11
Antara berikut yang manakah tugas rasul?.

i
Menyampaikan khabar gembira sahaja
iii
Menerangkan tentang perkara-perkara ghaib

ii
Menyeru manusia menyembah Allah s.w.t.
iv
Mengajar manusia cara beribadat dengan betul






A
i, ii dan iii
C
i, iii dan iv

B
i, ii dan iv
D
ii, iii dan iv





12
Mukjizat ialah perkara luar biasa kurniaan Allah s.w.t. kepada

A
wali
C
rasul

B
nabi
D
manusia






Soalan 13 hingga 22

Lengkapkan pernyataan berikut.





13
Perutusan para rasul bermula dengan _________________ dan diakhiri dengan nabi Muhammad s.a.w.





14
__________________ ialah rasul yang terakhir diutuskan oleh Allah s.w.t..





15
Kita hendaklah mengamalkan ______________ rasul dalam kehidupan seharian.



16
Rasul _________________ ialah mereka yang memiliki kesabaran yang tinggi dalam menghadapi dugaan dan cabaran.



17
___________________ yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w wajib diikuti sehingga hari kiamat.


18
Kita hendaklah menyayangi __________________  melebihi makhluk yang lain.



19
Rasulullah s.a.w menyampaikan berita gembira dan buruk kepada umatnya sebagai __________________


20
Rasul tidak pernah melakukan maksiat kerana mereka memiliki sifat ______________.


21
Nabi Ibrahim a.s menerima sebanyak  ________________ suhuf.


22
Rasul yang wajib diimani berjumlah ____________ orang.



Soalan 23 hingga 29

Tuliskan istilah yang bersesuaian dengan pernyataan berikut di dalam ruangan yang disediakan.


23
Terpelihara daripada dosa kecil dan dosa besar yang boleh mencacatkan kemuliaan mereka sebagai utusan Allah s.w.t.




24
Perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada para nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran dan kerasulan mereka.




25
Perkara luar biasa yang boleh dipelajari dengan bantuan kuasa jahat.





26
Perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia biasa yang tinggi darjatnya di sisi Allah s.w.t.




27
Perkara luar biasa yang berlaku kepada umat Islam tanpa diusahakan untuk mempelajarinya




28
Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang derhaka kepada Allah s.w.t.





29
Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang bakal dilantik oleh Allah s.w.t. sebagai rasul.





Tandakan (  ü  ) pada pernyataan yang BETUL.
Tandakan (  Î ) pada pernyataan yang SALAH.

30
Bilangan nabi sebanyak 313 orang.





31
Nabi Muhammad s.a.w ialah nabi akhir zaman.


32
Nabi Adam a.s adalah salah seorang rasul Ulul Azmi.





33
Mukjizat dianugerahkan kepada para wali.





34
Nabi tidak menerima kitab.





35
Istidraj ialah perkara luar biasa yang boleh dipelajari dengan bantuan jin.





36
Rasul wajib menyampaikan wahyu kepada umatnya.





37
Syariat yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w belum lengkap sepenuhnya





38
Karamah ialah perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia biasa yang tinggi darjatnya di sisi Allah s.w.t.




39
Kita hendaklah mematuhi semua ajaran yang disampaikan oleh rasul






Tentukan pernyataan di bawah dengan menandakan P, Q, R dan S dalam ruang yang disediakan


P

Q

R

S


Irhas

Maunah

Karamah

Istidraj



40
Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang derhaka kepada Allah  untuk menyesatkannya lagi.




41
Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang bakal dilantik oleh Allah s.w.t. sebagai rasul




42
Perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia yang tinggi darjatnya di sisi Allah s.w.t.




43
Perkara luar biasa yang berlaku kepada umat Islam tanpa dipelajarinya






Tulis istilah bagi setiap pernyataan berikut.




44



Seorang yang kebal atau tidak lut oleh senjata




45



Bulan terbelah dua apabila Rasulullah s.a.w. menunjukkan jarinya.
46



Seorang yang kaya, tetapi beransur-ansur  menjadi sombong




47



Seorang yang terlibat dengan kemalangan yang dahsyat, namun dia selamat.




Carta di bawah berkaitan sifat-sifat mustahil bagi rasul





Y
al-Baladah
X
al-Kizb
Sifat mustahil

48
X ialah  : _______________




49
Y ialah : _______________



50
Sifat rasul yang berlawanan bagi berdusta ialah ______________.





Carta di bawah berkaitan dengan konsep kerasulan




Nabi Muhammad s.a.w
Nabi Ibrahim a.s
Nabi Musa a.s
Y
Nabi Isa a.s
X

51
Namakan golongan  X __________________




52
Namakan nab  Y ______________________






Carta di bawah berkaitan dengan sifat rasul

P
Sifat Wajib
·         Berdusta
·         Menyembunyikan
·         Khianat
·         Bodoh
Q
·         Tidur
·         Bekerja
Sifat Harus
Rasul

53
P ialah  _______________________




54
Q ialah ______________________






Tentukan pernyataan di bawah dengan menandakan ( X ) dan ( Y ) dalam ruangan yang disediakan.





X
Sunnah Rasul

Y
Bukan Sunnah Rasul





Pernyataan
Jawapan

55
Bercakap ketika mengambil wuduk.

56
Menyertai perarakan Maulidur Rasul.

57
Berselawat kepada rasul.

58
Berbuka puasa dengan buah tamar.

59
Memotong kuku pada hari Rabu.

60
Memerahkan janggut dengan inai.






Carta di bawah berkaitan nabi-nabi yang menerima suhuf.

Y
30 Suhuf
10 Suhuf
10 Suhuf
Nabi Idris a.s
X
Nabi Syis a.s
Nabi Musa a.s
Nabi Yang Menerima Suhuf

61
Namakan nabi  X ____________________




62
Jumlah suhuf yang diterima oleh nabi Syis sebanyak ____________ lembaran.










Carta di bawah cara beradab kepada rasul.

CARA
BERADAB
KEPADA
RASUL
Mentaati ajaran rasul
Mengasihi para rasul
Y
X





Nyatakan cara beradab kepada rasul di petak X dan Y.


63
X : _________________________________________


64
Y : _________________________________________










Carta di bawah berkaitan dengan konsep kerasulan

UTUSAN ALLAH S.W.T
Manusia lelaki pilihan Allah s.w.t yang diberikan wahyu untuk dirinya dan tidak wajib  menyampaikannya kepada orang lain
Manusia lelaki pilihan Allah s.w.t. yang diberikan wahyu untuk dirinya dan wajib  menyampaikannya kepada orang lain
Y
x





65
X ialah : ____________________




66
Y ialah : ___________________




67
Bilangan X ialah : ____________________




68
Bilangan Y ialah : ___________________










KERTAS 2

Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan.





1
Nyatakan maksud nabi.


2
Nyatakan pengertian rasul.


3
Jelaskan maksud rasul Ulul Azmi


4
Berikan dua sebab gelaran Ulul Azmi diberikan kepada rasul-rasul tertentu.


5
Huraikan dua perbezaan antara nabi dan rasul


6
Terangkan tiga peranan rasul


7
Jelaskan tiga sebab nabi Muhammad s.a.w. dipilih sebagai rasul terakhir.








Jawapan

PELAJARAN 1 : KONSEP KERASULAN
 









KERTAS 1
BAHAGIAN A

1
C
7
A

2
C
8
C

3
C
9
C

4
A
10
B

5
A
11
D

6
B
12
C




BAHAGIAN B

13
Nabi Adam a.s
18
Rasul
14
Nabi Muhammad s.a.w
19
Peringatan / pengajaran
15
Sunnah
20
Maksum
16
Ulul Azmi
21
10
17
Syariat / Ajaran / risalah
22
25



23
Maksum
27
Maunah
24
Mukjizat
28
Istidraj
25
Sihir
29
Irhas
26
Karamah





30
Î
35
Î
31
ü
36
ü
32
Î
37
Î
33
Î
38
ü
34
ü
39
ü



40
S
44
(iv)
41
P
45
(i)
42
R
46
(iii)
43
Q
47
(ii)



48
X = Pecah amanah / menyembunyikan
49
Y = Menyembunyikan / pecah amanah
50
Amanah
51
X = Rasul Ulul Azmi
52
Y = Nabi Nuh a.s
53
Benar /Amanah / Menyampaikan / Bijaksana
54
Sifat mustahil



55
Y
58
X
56
Y
59
Y
57
X
60
X



61
Nabi Ibrahim a.s
62
50 suhuf
63
Berselawat / Mengamalkan sunnah / Beriman dengan ajarannya
64
Berselawat / Mengamalkan sunnah / Beriman dengan ajarannya
65
X = Nabi
66
Y = Rasul
67
X = 124,000 orang
68
Y = 313 orang



KERTAS 2



1
Nabi ialah manusia lelaki pilihan Allah s.w.t. yang diberikan wahyu untuk dirinya dan tidak wajib menyampaikannya kepada orang lain.


2
Rasul ialah manusia lelaki pilihan Allah s.w.t. yang diberikan wahyu untuk dirinya dan wajib menyampaikannya kepada orang lain.


3
Gelaran yang diberikan kepada rasul yang memiliki kesabaran yang amat tinggi dalam menghadapi cabaran semasa berdakwah.


4
Sebab diberi gelaran Ulul Azmi
·         Mendapat pengiktirafan Allah s.w.t.
·         Memiliki kesabaran yang tinggi semasa berdakwah
·         Sentiasa memohon kepada Allah s.w.t. supaya kaum mereka tidak diturunkan azab
·         Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberi hidayah kepada kaum mereka
·         Memiliki keazaman yang tinggi semasa berdakwah


5
Nabi
Rasul
·         Tidak wajib menyampaikan wahyu kepada orang lain.
·         Wajib menyampaikan wahyu kepada orang lain
·         Tidak diturunkan kitab
·         Menerima kitab dan sufuf
·         Tidak wajib diketahui nama dan bilangannya
·         Wajib mengetahui bilangan dan nama 25 orang rasul
·         Jumlah nabi 124,000 orang
·         Jumlah rasul 313 orang


6
Peranan rasul
·         Membimbing manusia ke jalan yang benar
·         Menyeru manusia supaya menyembah Allah s.w.t.
·         Menerangkan kepada manusia tentang perkara-perkara ghaib
·         Menyampaikan berita gembira dan berita buruk sebagai peringatan kepada manusia
·         Menyampaikan segala perintah Allah s.w.t.
·         Mengajar manusia cara beribadat yang betul
·         Menunjukkan akhlak yang mulia


7
Sebab nabi Muhammad s.a.w. dipilih sebagai rasul terakhir.
·         Syariat yang dibawa oleh rasulullah s.a.w.telah lengkap.
·         Termaktub dalam al-Quran bahawa nabi Muhammad s.a.w. rasul terakhir.
·         Syariat yang dibawa oleh rasulullah s.a.w. telah memansuhkan syariat terdahulu.


1 comment:

  1. bukanke nabi ibrahim dpt 30 suhuf je?rasenye jwpn soaln no.21 tu salah tu.nabi yg menerima 10 suhuf ialah nabi adam dan nabi musa jer

    ReplyDelete